Friday, January 17, 2014

Nasrudin ajak orang ramai bantu Bob Lokman

Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Malaysia Nasrudin Hassan, mengajak orang ramai agar mendoakan kesihatan selebriti yang juga aktivis PAS Bob Lokman disamping menyalurkan sumbangan.

Bob atau sebenarnya Mohd Hakim Lokman kini terlantar di Hospital UiTM Sungai Buloh sejak sebulan lalu ekoran masalah paru-paru berair dan komplikasi jantung.

“Siapa tak kenal Bob Lokman, seorang selebriti terkenal yang telah sepenuh masa bersama perjuangan Islam. Beliau menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya melalui saya kepada Al-marhum Ustaz Azizan Razak di pentas Himpunan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman pada tahun 2011.

“Kini beliau terlantar di Hospital UiTM Sungai Buloh sejak sebulan yang lalu ekoran paru-paru berair dan jantungnya yang lemah. Namun semangat perjuangannya terus kental dan meminta supaya saya mendoakannya agar beliau kembali mampu meneruskan usaha dakwahnya seperti biasa. Pastinya beliau memerlukan doa dari semua agar kembali sembuh seperti biasa.

“Mengenangkan beliau seorang yang gigih berdakwah di pelbagai wajah pentas dan memanfaatkan sepenuhnya ruang untuk menyampaikan kesedaran Islam kepada ummah, saya mewakili Lajnah Dakwah mengambil kesempatan menyeru semua ummat Islam agar mendoakan kesihatan beliau,” kata Ahli Parlimen Temerloh itu.

Bob Lokman ialah cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Namanya melonjak naik selepas lagu ciptaannya 'Isabella' nyanyian Amy Search meletup.

Kata Nasrudin, Bob Lokman seorang pendakwah yang telah menjayakan projek dakwah kontemporari melalui filem Oley 1 dan Oley 2.

Oleh yang demikian, kepada insan budiman yang ingin menyumbang untuk meringankan beban beliau boleh salurkan sumbangan anda ke akaun isteri beliau : Public Bank 4416206406
Relawati binti Daud.


No comments:

Post a Comment