Wednesday, October 13, 2010

215 PKR keluar parti: Satu Malaysia Umno tipu

KUANTAN, 13 Okt [2.00 pm] - Laporan mengenai 215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO semalam, terbukti hanyalah satu pembohongan semata-mata. Demikiann diperjelaskan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) dalam sidang media di kediamannya padi tadi. Malah, katanya salah seorang ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu juga turut hadir dalam sidang media hari ini.

Tambah mengejutkan individu yang dikatakan ahli PKR itu sebenarnya adalah ahli UMNO cawangan terbabit. "Beliau dengan jujur dan beraninya mengaku bahawa dia telah ditipu untuk hadir dalam majlis yang diadakan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman itu. Hari ini dia dengan ikhlas hati sanggup datang ke rumah saya untuk menyatakan kebenaran.

Malah beliau turut mengaku yang dia bukanlah ahli PKR tetapi ahli UMNO. Semua yang berlaku hanyalah satu penipuan semata-mata bagi menjatuhkan maruah PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Tambahan pula menjelangnya kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi ", kata Dato' Fauzi.

Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin UMNO berkenaan sanggup menipu rakyat dengan membuat sidang media kononnya ranting PKR di cabang berkenaan seolah-olah sudah dibubarkan gara-gara tindakan tersebut.

"Saya hairan dengan sikap beliau (Tajuddin) yang tergamak mencari publisiti murahan dengan berita palsu dan pembohongan ini. Malah, saya juga mencabar beliau menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti. Apa yang saya tahu, hanya seorang sahaja ahli yang keluar akibat kecewa kerana tidak dipilih ke jawatankuasa cabang baru-baru ini. Itu pun ketika saya hubungi dia, individu terbabit masing menyokong PKR cuma berminat untuk bertukar ke cabang Kuala Krau selepas ini. Jika dakwaan Tajuddin benar, sila kemukakan bukti dakwaan itudan jangan berbohong", tambah beliau lagi.

Sementara itu, salah seorang saksi utama "sandiwara keluar parti" berkenaan, iaitu Ahmad Abdul Rahman, 62, (foto) mengesahkan bahawa apa yang diwar-warkan oleh media itu adalah satu penipuan dan pembohongan yang nyata.

"Kami sememangnya adalah ahli UMNO Paya Besar dan bukannya ahli PKR seperti yang dihebohkan. Saya tertipu dipanggil menghadiri majlis berkenaan. Saya dapati hanya ada lima ahli yang dipanggil ketika itu, kesemuanyaa adalah ahli UMNO cawangan Lepar Utara 1.

Kami yang tidak tahu apa-apa disuruh berlakon seolah-olah ahli PKR. Malah, kesemua yang ada di dalam sidang media berkenaan ialah pemimpin UMNO termasuk Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Pegawai JASA dan ada juga pemimpin UMNO dari cawangan lain yang turut dipanggil bagi meramaikannya. Saya tertipu dengan sikap pemimpin terbabit. Justeru itulah saya tampil di sidang media Dato' Fauzi untuk menyatakan kebenaran pagi ini", kata Ahmad yang juga seorang peneroka di Felda terbabit.

Ahmad juga hairan dengan apa yang berlaku. "Saya tidak nampak pun 215 ahli PKR yang dikatakan keluar parti itu. Apa yang ada hanyala borang UMNO (kosong) yang ditayangkan kepada media bagi menunjukkan seolah-olah ia berlaku. Hakikatnya tidak ada. Malah, ketua kumpulan terbabit (Rahim) sendiri akan takut dan gusar apabila diberitahu PKR akan menyaman beliau atas kenyataan palsu yang dikeluarkan itu. Dia takut dan saya mengesyaki seperti dia telah dipaksa untuk membuat kenyataan demikian", kata Ahmad lagi.

Keratan Sinar Harian (13 Okt), wajah Ahmad duduk di barisan belakang


~ Pahang Daily Online

1 comment:

  1. UMNO ni boleh digelar 'setan penipuan'. Kerana kuat sangat penipu dan rasuah, kebanyakan muka pemimpin mereka dilihat langsung tiada cahaya, malah kusam atau lusuh. Hinggakan kita boleh memilih dan menunjuk terus, mana satu pemimpin UMNO dan PAS dengan cara melihat sahaja raut wajah mereka tanpa memerlukan dokumen sokongan pun. Begitulah petunjuk dari Allah, bagi manusia yang mengkhianati dan membelakangi amanah sesama manusia. Contoh paling hampir, lihat foto di atas sahaja, kita dah boleh meneka personaliti pemimpin tersebut.

    ReplyDelete