Wednesday, April 21, 2010

Nasib umat Islam Patani tanpa perhatian dunia

“Apa yang berlaku di Palestin sebenarnya berlaku di Patani. Sebenarnya tiada bezanya antara nasib umat Islam di kedua wilayah ini, cuma nasib rakyat Patani tidak mendapat perhatian masyarakat antarabangsa”.

“Bangsa kami dizalimi, hak dirampas, para pemuda dihalang mendapatkan pendidikan dan dikenakan tuduhan pengganas, berlaku transmigrasi dengan pemindahan beramai-ramai bangsa Siam ke kawasan penduduk Melayu-Islam. Asimilasi kaum juga berlaku dengan usaha menghilangkan budaya melalui perlembagaan”.

“Terdapat usaha yang kuat daripada pihak kerajaan sendiri bagi menghilangkan identiti Melayu-Islam termasuk memaksa penggunaan bahasa Siam dan melarang kami bertutur bahasa ibunda kami daripada sekolah rendah hingga ke universiti. Sehingga kini di kalangan generasi muda, tidak sampai 30 peratus sahaja yang boleh bercakap Melayu”.

Demikian diluahkan pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Selatan Thai, Ahmad Shah Masood, 25, ketika berceramah dalam program ‘Santai Anak Muda’ di di Lanai Lestari, Gantok, Temerloh baru-baru ini.

Beliau bersama rakan-rakannya Ismail Yusof, Ali Muhammad dan Arif Abdullah dalam road-show bagi menyedarkan masyarakat luar terutamanya Malaysia tentang nasib masyarakat Patani di wilayah bergolak selatan Thailand.

Ahmad Shah memilih Pahang sebagai destinasi pertama kerana menurutnya terdapat pertalian persaudaraan kerana pernah seorang kerabat di raja Patani berkahwin dengan anak raja Pahang.

“Setiap hari berlaku pembunuhan dan perempuan-perempuan dirogol. Ada kisah seorang gadis bernama Norhayati dirogol beramai-ramai oleh tentera Siam kemudian dibunuh. Bila ibu dia lihat, pihak tentera menangkapnya dan diselimutkan lalu dicucuh dengan api, tetapi nasib ibu itu baik dan tidak mati. Daripada situlah dipecahkan cerita kezaliman dan kebuasan pihak tentera,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Menurut Ahmad Shah, dendam zaman berzaman Siam terhadap masyarakat Melayu-Islam Patani bermula sejak penjajahan Bangkok 1786.

Sebelum itu, orang Melayu Patani mempunyai sebuah kerajaan yang besar dan kuat di Tanah Melayu. Selepas penjajahan dan pertelagahan dengan Siam dalam tempoh yang panjang akhirnya termeterai Anglo-Siam Treaty atau Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 dengan membahagikan Patani kepada 7 bahagian. Sejak itu pemerintahan Kesultanan Melayu terhapus.

Beberapa orang pejuang Patani seperti Tengku Mahmud Mahyudin dan Haji Sulung berusaha mendapatkan kemerdekaan Patani atau berusaha membawa wilayah tersebut masuk ke Malaysia yang merdeka. Namun kedua-duanya dibunuh oleh tentera Siam pada tahun 1954.

Menurut Ahmad Shah, selepas kematian kedua-dua pemimpin tersebut perjuangan masyarakat Melayu Patani tidak lagi dipimpin pemimpin besar disebabkan wujud banyak kumpulan pejuang-pejuang kecil. Itupun kebanyakannya dibunuh, ditangkap atau dihilangkan terus tanpa diketahui nasib mereka.

Sejak 2004, tekanan kerajaan Thailand terhadap orang Melayu Patani makin hebat iaitu dengan memberi kuasa kepada tentera, polis dan pegawai kerajaan untuk melakukan kezaliman. Mereka juga ditambat dengan undang-undang tanpa bicara Emergency Degree, Marshall Law dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Beberapa peristiwa menyayat hati umat Islam Patani ialah tragedi Masjid Krisek 28 April 2004 yang mengorbankan 108 orang Islam, peristiwa berdarah Tak Bai pada 24 Oktober 2004 yang meragut 78 nyawa dan pembunuhan 19 ahli jamaah di Masjid Al-Furqan daerah Cha-Airong, Narathiwat ketika menunaikan sembahyang Isyak pada 8 Jun 2009.

Dendam kesumat dan rasa curiga bangsa Siam terhadap umat Islam Patani tidak pernah padam dan pembunuhan berlaku hampir setiap hari. Sejak 2004 sehingga kini sudah lebih 4,000 yang menemui ajal.

“Namun semua itu tidak pernah menggentarkan hati kami dan perjuangan rakyat Patani tidak pernah berhenti. Jika dulu lelaki yang banyak ditangkap, kini perempuan pula yang terpaksa bangun berdemonstrasi. Kami yang masih belajar ini pula terpaksa berada di barisan hadapan,” jelas Ahmad Shah.

Ahmad Shah berkata, beliau bersama tiga sahabatnya pernah beberapa kali dipenjara dan didera oleh pihak berkuasa Thailand. Mereka juga melihat sendiri pihak tentera menyiksa orang kampung di depan mata mereka.

Pada peringkat ini, Ahmad Shah bersama kumpulannya sedaya upaya mengusahakan hubungan antarabangsa termasuk menemui duta dalam negara Asean, supaya mereka sedar penderitaan umat Islam Patani sama seperti nasib bangsa Moro, Rohingya, Palestin dan Bosnia.

“Kami mahu dunia sedar bahawa kami bangsa yang dilarang bertutur bahasa sendiri. Kami bangsa yang dihalang mengamalkan budaya kami sendiri. Kami bangsa yang disekat daripada menjalankan aktiviti agama kami. Kami mahu dunia sedar ada satu bangsa sudah makin memupus jika tidak diberi perhatian”.

“Kami berikrar tidak akan berhenti berjuang bagi menuntut keadilan dan kedamaian bangsa kami. Kami yakin kejayaan akan datang juga tetapi mengakui terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Jadi kami harapkan sekurang-kurangnya secebis doa daripada rakan-rakan seIslam di sini,” katanya penuh bersemangat.



Gambar: Ahmad Shah (dua dari kiri) bersama rakan-rakannya menyanyikan lagu ‘Mengangkat Bendera Revolusi’ dalam program Santai Anak Muda di Lanai Lestari, Gantok, Temerloh.











Tuesday, April 20, 2010

Pahang fokus 7 strategi kukuh ekonomi

KUANTAN: Pahang akan memberi tumpuan terhadap tujuh strategi pengukuhan ekonomi negeri selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilaksanakan.

Tujuh pengukuhan ekonomi itu adalah jaringan dan kemudahsampaian, pembesaran kapasiti utiliti, pemantapan modal insan, peningkatan nilai tambah sektor produktif, pelebaran jaringan sosial, peningkatan kualiti hidup dan pemantapan pelaburan swasta.

Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, antara tumpuan yang perlu diberikan perhatian adalah projek mesra rakyat bagi menjana ekonomi serta projek berdasarkan nilai wang berteraskan kepada tujuh strategi pengukuhan ekonomi negeri.

“Dalam usaha meningkatkan jaringan kemudahsampaian di negeri ini , projek naik taraf jalan utama sedang dalam peringkat awal pelaksanaan yang menghubungkan Kampung Relong (Lipis) ke Simpang Pelangai (Bentong) jalan Sungai Lembing ke Jerantut, jalan Benta-Jerantut-Maran dan beberapa jalan lagi yang bakal dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10).

“Selain itu untuk menambah nilai sektor produktif, usaha sedang dijalankan bagi membangunkan kawasan perindustrian mengikut kluster seperti industri maritim, minyak dan gas di :Tanjung Agas, Pekan yang dijangka menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 30,000 dalam tempoh 10 tahun di samping peruntukan untuk prasarana berjumlah RM150 juta dan pertimbangan RM350 juta lagi di bawah RMK-10,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika membacakan perutusan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Istiadat Perbukaan sempena Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang yang ke-12 di Wisma Sri Pahang, di sini semalam.

Tengku Abdullah bertitah, untuk pembesaran kapasiti utiliti, baginda yakin pelaksanaan projek naik taraf bekalan air melalui pembinaan loji air Pancing, loji Ganchong di Pekan, dan projek menaik taraf loji air di Pelangai dan Mempaga akan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Baginda juga sukacita dengan kesungguhan kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang berjaya meningkatkan kapasiti telekomunikasi dan teknologi maklumat di negeri ini yang menunjukkan peningkatan kadar penembusan internet dari 12 peratus pada Ogos 2009 kepada 18 peratus pada Mac tahun ini dan disasarkan meningkat pada kadar 30 peratus menjelang akhir tahun ini.

Monday, April 19, 2010

Apa kecoh-kecoh Zaid minum arak dulu... Najib?

Pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor berjalan dalam suasana ‘amat tidak sihat’ apabila Umno/BN memulakannnya dengan kempen mengaibkan peribadi calon Pakatan.

Anehnya, Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) tidak berketik pula berbunyi sesuatu, berbeza ketika pemimpinnya menghentam Mafrel dulu.

Jentera gerak saraf Umno memulakan kempen dengan menuduh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, sebagai pernah menjadi peminum arak, iaitu ketika dalam Umno.

Sebelum daripada itu mereka telah menabur gambar separuh bogel Exco Selangor yang pernah menjadi isu beberapa ketika dulu.


Barangkali jentera propaganda Umno ini lupa bahawa lebih ramai pemimpin Umno yang mentedarah arak dan kaki kasino. Apa nak diselindung?

YB Saifuddin Nasution sendiri pernah mendedahkan dalam parlimen, ada pemimpin Pemuda Umno yang tertidur di mesin slot judi!

Lagi pun, apa yang ada kebaikan dalam Umno? Dalam Umno bukan sahaja ada kaki arak, bahkan perogol gadis bawah umur yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka dan kini masih menjadi pemimpin Umno dan Pengerusi Risda.

Dalam Umno ada pembunuh, bahkan disabitkan di mahkamah. Malah, kematian Altantuya, iaitu gadis Monggolia yang dikatakan memeluk Islam itu juga dikaitkan dengan pemimpin tinggi Umno.

Bercakap soal rasuah, lebih-lebih lagi dan ada antaranya nmasih ekkal sebagai pemimpin.

Siapa Umno untuk bercakap soal moral?

Jika Zaid dikaitkan pernah minum arak, apakah ada jaminan calon BN dari MIC yang dipanggil “Kamal” oleh Umno itu tidak minum arak atau todi? Umno boleh bagi jaminan?

Di Pahang juga ada terdengar cerita pemimpin Umno yang pernah menghisap ganja! Ada yang kaki dangdut! Ada yang suka raba punggung perempuan! Ada yang jual harta benda khazanah rakyat untuk kekayaan peribadi! Apakah inipun mahu dijadikan modal politik?

Jadi tak payah cakap soal moral, malulah… Cakap berdegar-degar tahi sangkut di gelegar. Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.


Jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan sopan dan beradab, biar ada jati diri. Janganlah bila ada parti yang telah rosak, mahu merosakkan pemikiran rakyat pula.

Bersedia bubar Dun - Azizan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

~ BERNAMA

Ibu tunggal perlu bantuan sara anak

KUALA LIPIS: Puan Ainon binti Yusof, 40, dari Kampung Petola, Padang Tengku kini terpaksa menyara anaknya seramai lima orang yang kesemuanya masih bersekolah. Beliau yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kini menumpang berteduh di rumah ibunya setelah berpisah dengan suaminya beberapa bulan lalu.

Lebih memeritkan lagi, beliau kini perlu memberikan tumpuan kepada salah seorang lelakinya, Wan Ahmad Amiruladha bin Wan Mahzir, 11 tahun yang cacat setelah ditimpa kemalangan jalan raya ketika pulang daripada sekolah pada awal tahun ini. Dalam kejadian tersebut Wan Ahmad Amiruladha mengalami kecederaan parah apabila sebelah kakinya digilis tayar treler yang menghimpit motosikal yang tungganginya. Kakinya kirinya terpaksa dipotong di atas paras lutut dan masih dalam proses rawatan pemulihan.
Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Lipis, Sdra Roslan Zainal al-Ahmadi yang menziarahi keluarga tersebut baru-baru ini menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan wang dan makanan bagi meringankan bebanan mereka. Sumbangan wang tunai boleh disalurkan kepada akaun bank Puan Ainon (Agro Bank: 2005181000019164) atau melalui akaun PAS Kawasan Lipis (Maybank: 556114200647). SMSkan makluman kemasukan wang ke 013-922 5143 untuk tujuan pengurusan.
Sumbangan dalam bentuk makanan dan lain-lain boleh disalurkan melalui PAS Kawasan Lipis di alamat: No.31-1, Lorong BBKL 2/2/1, Bandar Baru Kuala Lipis,27200 Kuala Lipis. Tel. / Faks: 09-312 4077. PAS Kawasan Lipis juga amat mengalu-alukan sumbangan kebajikan am untuk disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan di seluruh kawasan Parlimen Lipis.

Gambar:
Roslan melihat bekas jahitan di kepala adik Wan Ahmad




Awas cicak, jaga bekas air anda jangan terbuka!

Oleh UMMU WAHEEDAH

Anda nampak cicak dalam bekas minuman di atas? Itulah cicak yang hampir-hampir sahaja jadi habuan tekak saya pada suatu hari yang belum malang. Ini adalah kali kedua saya terkena dengan gelagat cicak-cicak di rumah saya. Sebelum ini pernah saya membiarkan segelas teh tarik ternganga tanpa ditutup selama lebih kurang sejam. Ketika mahu meminum semula teh tersebut, tiba-tiba air dalam koleh berkocak ligat. Apalagi hampir tercampak koleh yang sudah bertemu bibir. Rupa-rupanya seekor cicak 3G (gemuk, gebu dan gempal) yang kelemasan cuba mengeluarkan diri dari dalam koleh tersebut. Nasib saya baik, jika tidak tentu cicak tu mungkin akan terus masuk ke tekak dan tak tahulah apa yg mungkin terjadi.


Kali kedua saya kena ketika nak menuangkan air sejuk yang disimpan dalam jag tupperware yg bertutup kemas tetapi saya buka sedikit di bahagian muncung untuk memudahkan menuang air. Rupa-rupanya ruang yang sekecil itu pun boleh dimasuki cicak. Mujurlah cicak itu masih hidup dan menggelepar cuba nak keluar. Itu membuatkan saya perasan ada cicak. jika cicak tu dah mati dan tak bergerak , mungkin saya dah tuang air dan minum tanpa was was,alamak loyanya tekak bila mengingat semua tu.

Sebenarnya saya begitu lalai. Lalai dan tak ambil peduli.Bila terkena baru serik. Ini adalah amaran Allah s.w.t sebenarnya. Saya telah pernah membaca hadis dari Rasulullah s.a.w yg menyuruh sahabat/ummatnya menutup bekas makanan dan tali air. Sebenarnya bukan sahaja cicak malah lalat juga cukup cekap hinggap dan meninggalkan najisnya di atas makanan.

Tahi lalat yang halus berwarna putih kekuningan mungkin tidak disedari oleh kita terutama kanak-kanak dan orang-orang tua. Tidak perlu tunggu sejam dua, malah 2-3 minit sudah memadai untuk makanan yang terdedah itu dicemari. Tahi cicak pula jika jatuh dalam makanan berkuah kicap tentu tidak ketara. Tan pasal makan kita bertambah perisa.

Saya menyemak semula buku bertajuk Healing with the medicine of the Prophet s.a.w pada ms 208 ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdullah. Daripada petikan hadis tersebut mari kita sama-sama amalkan menutup makanan dan minuman serta sumber air secepat mungkin.

Makanan yang terdedah sebaiknya jangan dimakan terutama jika terdedah di tempat lapang tanpa pengawasan. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi sewaktu kita tidak nampak. Kalau sudah ditutup, tawakal sahajalah. Mudah-mudahan dengan mengambil kira pesanan Nabi s.a.w, dapat kita hindari penyakit-penyakit berbahaya yang disebabkan pencemaran dari makanan dan minuman kita. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik.

Awas, pastikan penutup jag ditutup rapat terutama di waktu malam dan jika anda tidak menggunakannya. Lubang yang kecil pun cicak boleh masuk begitu juga lipas sesat. Jadi hati-hati, kadang-kadang mereka dah masuk dan keluar semua, akibatnya air sudah tercemar!

Sunday, April 18, 2010

Mesyuarat Agung PAS Rompin di Markas Sepakat

Oleh MAZLAN MOHD YASIN

ROMPIN
: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Rompin kali ke 26 pada 17 April telah dirasmikan oleh En.Roslan bin Zainal al-Ahmadi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Mesyuarat di Markas Sepakat, Kuala Rompin itu telah dihadiri lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati dari tiga DUN dari seluruh Kawasan Rompin , iaitu DUN Tioman, DUN Muadzam Shah dan DUN Ibam.

Dalam ucapannya antara lain Roslan telah mengingatkan tentang perlunya pimpinan dan ahli di semua peringkat mendokong Pelan Induk PAS Pahang (PIPP) bagi memenangi PRU 13 dan menawan Negeri Pahang.

Di samping itu juga pemimpin di peringkat kawasan perlulah menjadi murabbi kepada pimpinan dan ahli diperingkat cawangan. Murabbi bermaksud mampu berperanan sebagai fasilitator , moderator dan executor .

Mesyuarat berakhir pada jam 3.00 petang setelah meluluskan tiga usul untuk diangkat ke Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada Jun,2010 di Kota Bharu.

Friday, April 16, 2010

Hapuskan PRK – Tuan Ibrahim

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa pihak kerajaan mengkaji untuk dihapuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) demi faktor ekonomi, keselamatan dan untuk membendung aktiviti rasuah sebaliknya digantikan dengan mekanisme lain.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan siri PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU), wang dan masa yang sepatutnya ditumpukan kepada agenda pembangunan menjadi terganggu akibat tekanan politik berterusan.

Tambah beliau, sedangkan perlembagaan boleh dipinda seperti menghapus pilihan raya tempatan seperti yang pernah wujud dahulu.

“Walaupun proses demokrasi itu baik tetapi tidak semestinya tidak boleh diubah mengikut keadaan. Cuba bayangkan banyak wang dihabiskan dan petugas parti pula keletihan. Saya diberitahu kos bagi 20 PRK boleh menampung satu PRU”.

“Jadi wang dan masa yang sepatutnya ditumpukan kepada agenda pembangunan selama lima tahun selepas PRU sebagaimana dipilih rakyat menjadi terganggu, sedangkan ada mekanisme lain boleh difikirkan”.

“Selain daripada itu wujud ketegangan kepada pengundi dan tekanan melampau kepada penduduk setempat akibat gara-gara kempen parti yang bertanding. Rasuah menjadi subur, tengok PRK Hulu Selangor ini, belum apa-apa lagi saya diberitahu sudah berlaku rasuah kepada pengundi termasuk janji bernilai puluhan juta ringgit”.

Tuan Ibrahim sebaliknya mencadangkan jika berlaku kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya atau meletak jawatan, terus digantikan saja dengan orang lain yang dipilih daripada kalangan parti yang menang pada PRU di kawasan berkenaan.

Tuan Ibrahim melontarkan idea demikian semasa menyampaikan ucapan penangguhan selaku Yang Di-Pertua PAS Kawasan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Krau, 10 April lalu di Darul Hikmah, Kerdau.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan dihadiri kira-kira 200 perwakilan dan pemerhati.

Berucap lanjut Tuan Ibrahim menambah, akibat PRK kerajaan yang dipilih rakyat yang sepatutnya diberi peluang, menerima tekanan akibat kempen-kempen yang tidak seimbang.

“Berlaku di negeri-negeri Pakatan seperti Selangor, setelah menang mendapat mandat rakyat tetapi menerima tekanan berterusan dan jika banyak PRK risikonya sesebuah kerajaan boleh tumbang,” ujarnya.

Tambahnya, di negara-negara maju pun tidak mengamalkan sistem PRK ini dan sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula setelah negara ini lebih setengah abad merdeka demi kesejahteraan semua.

Mengenai wakil rakyat yang melompat Tuan Ibrahim mencadangkan digubal peraturan supaya kerusi yang disandang secara automatik kosongkan bagi memberi keadilan kepada pengundi.

“Bayangkan puluhan ribu yang mengundi, tetapi bila wakil rakyat melompat boleh menyebabkan jatuh sebuah kerajaan sedangkan pengundi yang memilih untuk sebuah kerajaan demi kesejahteraan mereka tak dapat apa-apa”.

“Pengundi yang pilih nak menangkan calon, bila dia melompat boleh jatuh sebuah kerajaan. Ini berlaku Kerajaan Perak tahun lalu dan Terengganu pada satu masa dulu akibat wakil rakyat melompat. Pengundi yang memenangkan wakil rakyat itu tiada kuasa apa-apa, ini tidak adil”.

“Apabila dibenarkan melompat parti ini, wakil-wakil rakyat sangat terdedah kepada rasuah terutama daripada pemerintah. Ketika PAS hanya memiliki majoriti satu kerusi di Kelantan pada PRU sebelum ini, tawaran rasuah kepada Adun-Adun PAS sangat banyak”.

“Jadi dalam sistem negara kita yang banyak rasuah ini, PRK dan lompat parti amat menyusahkan rakyat”.

Wawancara eksklusif bersama Datuk Ir. Amiruddin

Sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, menteri besar yang mula-mula mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi negeri Kedah Darul Aman dan diikuti dengan. Sehari selepas itu anggota-anggota Exco pula mengangkat sumpah. Ini menggambarkan peralihan berjalan dengan licin dan lancar.

Selepas itu negeri Kedah Darul Aman, kelihatannya benar-benar aman apabila tidak banyak dihiglight isu-isu pentadbirannya oleh media arus perdana seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak sebelum ini yang dikatakan sering ditimbulkan provokasi dan kontroversi bagi menggambarkan berlaku ketidakstabilan.

Jika berasaskan laporan media, tidak banyak yang diketahui perkembangan di Kedah. Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Kedah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah telah berkunjung ke Bera. Adun Anak Bukit yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bera.

Pahang Selamat mengambil kesempatan menemubual beliau selepas berceramah di markas Darul Ikhwan, Mengkarak.



Berbanding negeri-negeri PR lain, Kedah nampaknya tidak terlalu menonjol sama ada isu-isu kontroversi mahupun perkembangan positif yang berlaku. Boleh Datuk gambarkan pemerintahan PR Kedah selepas dua tahun ini?


YAB Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan mengambil pendekatan ‘non confrontational’ atau tidak berkonfrontasi sebaliknya memilih jalan damai, penyelesaian dan pelarasan setakat mana yang kita boleh lakukan. Banyak juga provokasi yang cuba dibawa. Antaranya mereka peringkat awal dulu timbulkan kontroversi dengan menyuruh murid-murid tadika Kemas untuk keluar dari Dewan-Dewan Orang ramai dan jaja cerita kononnya kerajaan negeri yang arahkan berpindah.

Macam cerita mula-mula PAS memerintah di Terengganu dulu?

Ya... macam di Terengganu itu. Tapi Ustaz Azizan ini bijak dan berhikmah, dia turun sendiri ke tadika-tadika Kemas itu bahkan tanya apa lagi yang tak cukup kerana kerajaan negeri nak bagi! Jadi hasutan-hasutan itu tak menjadilah.
Pernah juga berlaku mereka adakan demonstrasi untuk kes-kes bayaran perumahan rakyat yang tertunggak sehingga RM23 juta, lalu kita serahkan kes mereka kepada pihak bank untuk mengendalikannya untuk urusan pembayaran. Pada mulanya ada pihak Umno yang berdemonstrasi membantah. Tetapi Ustaz Azizan panggil mereka dan beritahu “... ada 23,000 lagi permohonan untuk perumahan rakyat, jadi kalau kamu bayar boleh dimanfaatkan untuk membangunkan perumahan untuk orang lain pula”. Alhamdulillah, akhirnya mereka faham dan kutipan meningkat setiap minggu. Pendek katanya kontoversi itu kurang kerana pendekatan kerajaan negeri bukan ‘berlawan’ untuk mereka timbulkan tekanan kepada kerajaan negeri.

Tapi Datuk rasa adakah usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Kedah dengan ‘membeli’ Adunnya. Dulu bekas Adun Bukit Selambau, V. Arumugam terpaksa meletakkan jawatan Kemudian Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan sebagai Adun Bebas. Jadi adakah usaha-usaha ini masih berlaku?

Ya. Usaha-usaha itu memang ada dan tidak pernah berhenti kerana Kerajaan Pakatan Kedah hanya memiliki kelebihan lima kerusi, kita ada 16 PAS, 5 PKR dan 1 DAP. Bila Adun Lunas menyertai Bebas kita cuma ada kelebihan empat kerusi, tetapi dengan penggantungan Adun Kota Siputeh baru-baru ini kita kembali mempunyai majoriti lima kerusi. Tetapi sebagaimana saya katakan tadi, usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Kedah masih belum berakhir.


Datuk rasa setakat ini sejauh mana prestasi dan pencapaian kerajaan dan jika diukur berapa peratus agaknya perancangan atau janji-janji Kerajaan Pakatan Kedah kepada rakyat telah terlaksana?

Sebenarnya PAS Kedah telah serahkan kepada Dewan Pemuda (DPP) untuk memantau prestasi, menilai pencapaian kerajaan dan janji-janji dalam manifesto kita yang lepas, yang kita namakan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' dan kini jadi motto kerajaan. Hasil daripada kajian dan tinjauan yang dibuat oleh DPP yang kita kata sebagai watch dog bagi pihak parti, mereka memberitahu sudah hampir 80 peratus janji manifesto dipenuhi, sama ada sudah terlaksana atau dalam proses dengan makna sudah bermula. Itu angka yang diberi hasil penelitian rapat DPP. Manakala baki yang belum dapat dilaksanakan itu mungkin kerana terdapat kekangan-kekangan dari segi peraturan yang ada sehingga terpaksa ditangguhkan.


Barangkali dari kaca mata orang luar, tidak banyak yang diketahui tentang sebarang reformasi dan pembaharuan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Kedah setelah mengambil alih tampuk pentadbiran daripada BN. Boleh Datuk perjelaskan sedikit sebanyak?

Banyak pembaharuan yang tidak diketengahkan. Contohnya negeri Kedah sejak dulu telah memperuntukkan seluas 2,340 hektar kawasan balak untuk ditebang setahun. Tetapi kerajaan negeri hanya dapat hasil cukainya sebanyak RM8 juta setahun. Kenapa? Kerana premium yang dikenakan hanya antara RM500 per hektar. Apabila kita ambil alih pemerintahan kita amalkan dasar tender terbuka dan hasilnya kita peroleh premium sebanyak RM16,000 ke RM19,000 per hektar dan jumlah hasil keseluruhan pembalakan ialah RM38 juta. Ini dicatatkan oleh Ketua Audit Negara dengan memuji kerajaan Kedah sekarang yang berjaya meningkatkan hasil sebanyak 205 peratus. Caj air kita yang kedua termurah di negara ini selepas Pulau Pinang iaitu 40 sen per meter padu. Pulau Pinang 36 sen. Pada 2009 Kedah menduduki tempat keempat tertinggi menerima pelaburan iaitu selepas Sarawak, Johor dan Selangor. Bagi kami dengan usia semuda ini, kami anggap satu pencapaian yang membanggakan.


Datuk sendiri sebagai exco berkaitan industri dan pelaburan, bagaimana dengan perkembangan ekonomi Kedah pada pandangan Datuk?

Penyumbang utama KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Kedah yang pertama sektor perkhidmatan yang besar dalam itu sektor pelancongan. Keduanya industri dalam sektor pembuatan, Dan yang ketiga sektor pertanian. Alhamdulillah, isu kilang-kilang ditutup dan pekerja-pekerja hilang pekerjaan tidak timbul bahkan negeri Kedah mendapat pelaburan baru iaitu bernilai RM1.853 bilion. Tahun lepas kita berada pada kedudukan keempat dalam negara. Hi-Tech saja bakal menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan baru dan yang lain-lain lagi saya kira mencapai sehingga 2,000 peluang yang sama. Jadi saya kira ini pencapaian yang sangat baik berbanding dengan negeri-negeri lain dalam keadaan iklim pelaburan yang masih tidak menentu sekarang ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang minta diberi tumpuan kepada sektor pertanian, kerana negeri Kedah merupakan negeri berasaskan pertanian. Sektor ini juga dalam portfolio saya dan sasaran kita ialah supaya semua rakyat dapat mengambil bahagian. Kita memperkenalkan cara ‘market driven’ di mana kita tentukan dulu pasarannya baru kita minta rakyat mengusahanya. Sebab selalu yang berlaku ialah rakyat diminta mengusahakan sesuatu projek, tetapi bila pasaran tidak ditentukan dulu akhirnya berlaku lambakan, jadi ini sudah tentu merugikan.

SULIHH antara pelaburan besar yang diperkatakan bakal memberi kesan positif kepada ekonomi negeri Kedah, namun ada laporan projek tersebut masih belum dapat dilaksanakan, boleh jelaskan?

SULIHH ialah projek loji penapisan minyak, Hab Hidrokarbon Sungai Limau SULIHH ialah Hab Hidrokarbon Sungai Limau iaitu projek berkaitan dengan industri utama di Kedah membabitkan kawasan seluas 1,000 hektar dengan jangkaan pelaburan keseluruhan RM50 bilion dan kerajaan negeri dijangka menjana pendapatan RM300 juta setahun di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Walaupun telah ditandatangani perjanjian antara pemaju projek oleh Merapoh Resources Corporation (Merapoh) dan Hijaz Refinery Sdn Bhd (Hijaz) dengan funder, dua pelabur dari China dan Korea masih terdapat permasalahan yang kita tidak dapat membantu. Pelabur dari China itu akan terbabit dalam kerja penambakan laut sepanjang lapan kilometer dari daratan, manakala syarikat Korea pula terbabit dalam pembinaan loji penapisan minyak. Tapi apa-apapun kita harap ia dapat segera diselesaikan sebab bagi saya semua perancangan adalah on track, krisis kewangan dunia tidak akan menjejaskan perancangan projek ini.

Mengenai ketelusan dalam pentadbiran yang menjadi satu perkara yang sering diberi perhatian ke atas negeri Pakatan. Kalau di Selangor mereka ada Selcat dan P.Pinang mereka memperkenalkan CAT, di Kedah pula apa makanisme yang digunapakai untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan atau salah laku pemimpin?

Amalan setakat ini jika berlaku salah laku dalam pengurusan mana anak-anak syarikat kerajaan negeri (SEDC) kita, YAB Menteri besar mengarahkan ditubuh pasukan menyiasat dan tentukan tindakan selanjutnya. Jadi kita pergi ‘case by case’.


Kenapa belum ada satu makanisme khusus, misalnya Hisbah, iaitu satu pendekatan atau idea PAS dalam memastikan amanah rakyat tidak akan dikhianati sekiranya diberi peluang memerintah, tambahan pula PR Kedah diterajui oleh PAS ketika ini sebagai parti yang paling mendominasi, jadi kenapa Hisbah ini belum dipraktiskan?

Itu sepatutnya dijawap oleh YAB Menteri Besar.

Kedah dan Pahang ini sedikit sebanyak ada persamaannya seperti negeri pertanian, majoriti Melayu dan negeri perdana menteri. Jadi bagaimana datuk berpendapat supaya pahang boleh mengikut jejak kemenangan Kedah pada PRU akan datang.

Kalau untuk itu saya berpendapat pertingkatkan kekuatan dengan tambah bilangan ahli dan cawangan. Banyakkan program, tetapi berbentuk memasyarakatkan PAS, bukan beredar di sekitar kelompok kita supaya PAS ini menjadi parti inklusif bukan eksklusif. Sebagaimana yang diperjelaskan oleh pimpinan, bahawa cabaran bagi PAS pada masa akan datang ialah bagaimana menambahkan sokongan orang Melayu seperti 1999. Jadi isu-isu Melayu inilah yang kita kena perjelaskan dalam program-program umum. Umpamanya pengkhinatan Umno terhadap Melayu. Saya bagi contoh tanah rizab Melayu. Selepas merdeka tanah rizab Melayu berkeluasan 3 juta hektar tetapi pada 1995 cuma tinggal 1.7 juta hektar saja iaitu tergadai sebanyak 44 peratus. Ini pengkhianatan, tetapi sejauh mana orang Melayu tahu? Begitu juga dengan bilangan kerusi parlimen Melayu yang terhapus akibat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dan kini Cuma ada 54 peratus kerusi dikuasai orang Melayu. Tapi apakah orang Melayu di luar sana sedar? Adakah jentera penerangan PAS menguasai dan menjelaskan isu-isu tersebut?



APCO: Pemuda PR lapor polis

KUANTAN: Susulan pendedahan kontroversi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan penglibatan sebuah syarikat Israel (APCO) dalam sistem maklumat strategik negara di parlimen baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang semalam.

Laporan telah dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Said dengan diiringi oleh kira-kira 50 orang pemuda Pakatan dari PAS dan PKR.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan Ustaz Fadli Ibrahim dan Timbalan Ketua AMK Pahang Kamarul Hatta Ali.

Menurut Suhaimi, beliau membuat laporan polis itu berdasarkan kenyataan dan ucapan Anwar di parlimen baru-baru ini.

"Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Anwar, bahawa surat daripada Datuk Mahsuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik PDRM) yang menyebut bahawa dia ada menulis surat kepada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan surat itu dibawah klausa tajuk cadangan penamatan kontrak projek Police Reporting System (PRS), dan dia memberi maklumat secara detail. Dihujung surat itu beliau mencadang penamatan kontrak tersebut kerana siasatan polis cawangan khas bahawa ada dua orang Israel yang terlibat dengan syarikat terbabit" katanya.

Maka itu, beliau meminta satu siasatan yang telus dilakukan kerana ia jelas sekali mengancam keselamatan negara.

Peranan akidah dalam pembentukan manusia

Pertanyaan-pertanya an yang selalu menghantui manusia dalam hidupnya adalah dari manakah ia berada (di dunia ini), kemanakah ia akan dikembalikan kelak dan apakah tujuan dari keberadaannya ini?

Pertanyaan-pertanya an yang dilontarkan manusia kepada dirinya sepanjang masa ini memerlukan jawaban yang jitu dan memuaskan, supaya ia, berdasarkan jawaban tersebut, dapat mengambil sikap yang tegas dalam kehidupannya, meluruskan perilakunya dan menegakkan undang-undang ideal yang diminati oleh masyarakatnya.

Dengan asumsi-asumsi hampa dan tidak memuaskan rasa haus manusia akan hakekat dan realitas hidup, akidah-akidah hasil rekayasa manusia (al-’aqa`id al-wadl’iyah) mengalami kegagalan fatal dalam menjawab pertanyaan-pertanya an tersebut. Jawaban-jawaban yang dilontarkan oleh akidah-akidah tersebut dalam menjawab pertanyaan-pertanya an itu antara lain;‘manusia ditemukan dengan sendirinya’, ‘manusia ditemukan akibat perkembangan materi’ dan lain sebagainya.

Dan kegagalan akidah-akidah itu tidak sampai di sini saja. Mereka juga gagal dalam menciptakan formulasi-formulasi undang-undang kemasyarakatan yang dapat membina manusia dan merealisasikan kebahagiannya.

Di saat akidah dan kepercayaan- kepercayaan agama yang tidak orisinil itu menjawab pertanyaan-pertanya an di atas dengan jawaban-jawaban yang palsu dan membingungkan dengan asumsinya bahwa manusia memiliki pencipta, akan tetapi pencipta yang serupa dengan makhluknya, akidah Islam telah berhasil menjawab pertanyaan-pertanya an tersebut dengan jitu dan memuaskan. Akidah Islam mengakui bahwa manusia memiliki Pencipta Yang Maha Bijaksana lagi Kuasa yang tidak dapat dicapai dengan indra dan tidak bisa disamakan dengan manusia. Akidah Islam menegaskan bahwa manusia diciptakan untuk sebuah tujuan yang tinggi, yaitu menyembah Allah yang konsekuensinya, ia akan dapat mencapai tingkat kesempurnaan dan keabadian yang tertinggi.

Di samping itu, akidah ini juga mewujudkan naluri ideal (dalam diri manusia) yang Islam menganjurkan agar naluri tersebut selalu dikembangkan demi terwujudnya manusia sempurna di bidang pemikiran, sosial dan perilaku. Begitu juga demi terwujudnya kepribadian berakidah yang berjalan sesuai dengan akal yang terarah, perilaku yang lurus dan siap mengemban missi, tidak seperti kepribadian yang mengalami kevakuman akidah, yang seluruh perhatiannya tercurahkan kepada egoisme dan kemaslahatan dirinya. Kepribadian semacam ini akan mengalami kevakuman akal, kemelut jiwa dan kehilangan tujuan dalam hidup.

Patut untuk diingat di sini bahwa akidah Islam bukan seperti akidah (yang didefinisikan oleh) para filsuf yang tidak lebih dari sekedar teori pemikiran yang tersembunyi di sudut-sudut otak manusia. Akan tetapi akidah Islam adalah sebuah power yang (bersemayam dan) bergerak di dalam hati dan berpengaruh secara positif pada jiwa dan anggota badan. Dengan ini, orang yang memiliki akidah akan terdorong untuk berkiprah di medan jihad dan amal. Atas dasar ini, akidah Islam (pada masa kejayaan Islam) telah menjadi sebuah kekuatan yang aktif dan motor penggerak (bagi muslimin) yang telah mampu mengubah perjalanan sejarah, merombak kebudayaan-kebudaya an (yang berlaku kala itu), meletuskan revolusi-revolusi agung dalam kehidupan manusia, baik di bidang tatanan hidup sosial maupun pemikiran dan menciptakan kemenangan militer. Telah kita ketahui bersama bahwa kelompok minoritas (muslim) Makkah yang tertindas telah mampu bertahan selama tiga belas tahun menghadapi kelaliman yang melanda mereka bagai topan dengan akidah tersebut.

Akidah inilah yang telah berhasil mengumpulkan tentara sebanyak sepuluh ribu orang untuk berkhidmat kepada Rasulullah saww yang sebelumnya beliau tidak memiliki kekuatan militer dan lari dari Makkah secara sembunyi-sembunyi karena diusir oleh orang-orang kafir Makkah -. Dan orang-orang yang memerangi beliau sepanjang masa itu tidak mampu bertahan menghadapi kekuatan iman yang kokoh ini. Oleh karena itu, mereka menyerah dan menyatakan keislaman mereka di hadapan beliau atau membayar jizyah.

Muslimin kala itu memiliki sarana kemenangan yang paling kuat, yaitu akidah Islam yang telah mampu menciptakan hal-hal yang tidak dipercayai oleh manusia biasa. Akidah ini telah memberanikan Hamzah untuk memimpin Sariyah pertama Islam yang hanya berkekuatan tiga puluh pasukan berkuda ketika menghadapi tiga ratus pasukan berkuda Quraisy di pinggiran Laut Merah. Sariyah Islam ini tidak keluar ke medan laga hanya demi memamerkan kekekaran tubuh. Sariyah ini memiliki semangat juang tinggi yang hanya ingin bertujuan menumpas musuh yang kekuatannya lebih besar sepuluh kali lipat dari kekuatan dirinya.

Dan belum pernah terjadi dalam sejarah pertempuran- pertempuran Islam yang selalu menghasilkan kemenangan-kemenang an gemilang itu, kekuatan muslimin secara materi setara dengan kekuatan musuh. Akan tetapi, dari sisi jumlah dan prasarana, kekuatan mereka terkadang hanya seperlima lebih kecil dari kekuatan musuh. Kemenangan yang mereka peroleh itu bersumber dari kekuatan spiritual yang terpancar dari akidah dan kekuatan-kekuatan ghaib yang turun kepada mereka secara kontinyu. Sarana dan prasarana materi hanyalah pelengkap kemenangan tersebut.

Dengan ini, akidah adalah kekuatan yang fundamental dalam setiap pertempuran (yang pernah terjadi pada masa kejayaan) Islam dan faktor utama terwujudnya kemenangan di segala bidang.

Dan supaya kita mampu mewujudkan sebuah kebangkitan peradaban di dalam diri setiap individu muslim, (salah satu cara yang efektif adalah) kita mengingatkannya akan persembahan- persembahan yang telah dianugerahkan oleh akidah Islam ini kepada masyarakat muslim masa lampau.

Betul, bahwa seorang muslim tidak akan melucuti akidahnya dari sanubarinya. Akan tetapi, dikarenakan adanya perang pemikiran yang menyerang akidah tersebut dan faktor-faktor dekadensi moral yang menyerang masyarakatnya sebagai akibat dari jauhnya mereka dari kultur dan ajaran-ajaran langit, akidah tersebut akan kehilangan fungsi, dan ia akan kehilangan rasa solidaritas sosial dalam praktek kehidupan sehari-hari.

Yang harus diperhatikan dalam hal ini adalah :

Pertama, mengenalkan setiap individu muslim dengan akidah yang benar lewat sumber-sumbernya yang bersih dan suci.

Kedua, meyakinkannya akan kebenaran akidah yang dimiliki, validitas akidah tersebut untuk dipromosikan di zaman modern ini dan keunggulannya secara mutlak atas akidah-akidah yang lain.

Ketiga, berusaha untuk memulihkan kembali peran akidah dalam membina manusia muslim supaya akidah tersebut merasuk ke dalam sanubarinya berbentuk sebuah iman yang kokoh, perilaku yang baik dan akhlak yang terpuji dalam perangainya sehari-hari, sebagaimana akidah tersebut telah mempengaruhi cara hidup muslimin terdahulu dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka.

Untuk merealisasikan tujuan ini, kami angkat pembahasan yang meliputi peranan akidah dalam membina manusia, baik secara pemikiran, tata cara kehidupan sosial dan kejiwaan, dan refleksi-refleksiny a terhadap etika dan perilaku seorang muslim ini ke permukaan. Dan di dalam buku ini kami juga memaparkan peran Ahlul Bayt a.s. yang besar dalam memelihara akidah dan memerangi usaha-usaha (sebagian orang) yang ingin melupakan muslimin (terhadap arti hidup) yang sedang menimpa masyarakat muslim dalam dunia politik di masa kini.

Patut disinggung di sini, dalam pembahasan ini kami mengikuti metode naqli dan bersandarkan kepada referensi-referensi Islam.

Dari Allahlah kami memohon bantuan dan taufik.

Thursday, April 15, 2010

Peneroka Lembah Klau dakwa ditipu

Projek Empangan Lembah Klau, Raub, Pahang yang bernilai RM2 bilion bagi menyalurkan bekalan air ke Selangor telah muktamad dan untuk tujuan pengambilan tanah penduduk di kawasan berkenaan telahpun dibayar pampasan sebanyak RM4,000 bagi setiap hektar.

Seluas 1,400 ekar tanah penduduk Felda Lembah Klau diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan 474 peneroka terlibat. Namun tidak semua tanah-tanah yang diambil itu akan ditenggelamkan menjadi empangan, malah sebahagian besar akan dijadikan kawasan penampan (buffer zone).


Menurut janji asal, di kawasan tersebut peneroka bekas pemilik tanah berkenaan dibenarkan untuk menuai hasil masing-masing. Namun apa yang terjadi kini, para peneroka-peneroka tu tidak dibenarkan menuai hasil di ladang bekas tanah mereka sendiri itu. Bahkan empat orang peneroka pernah ditangkap dan bermalam di lokap hanya gara-gara dituduh menceroboh tanah sendiri.

Dalam sidang media yang diadakan oleh wakil penduduk bersama peguam di sini 13 April lalu, mereka mendakwa semasa menerima bayaran pampasan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Tanah dan Galian (JKPG) ketika memberi taklimat di Dewan Orang Ramai Lembah Kelau telah berjanji mengekalkan hasil ladang boleh dituai oleh bekas tuan tanah.

Apa yang terjadi selepas itu apabila mereka masuk ke ladang untuk menuai hasil mereka ditangkap berlaku kekecohan. tidak cukup dengan itu, papan tanda (lihat gambar) telah dipacakkan di merata penjuru ladang di situ yang mencegah mereka daripada masuk menuai hasil sebagaimana yang dijanjikan peringkat awal kerana ladang telah diserahkan kepada JKKK dan memasukinya dianggap menceroboh.


Langsung dari Hulu Selangor 1 - Fitnah Umno bermula...

Khir Toyo Tabur Fitnah melampau terhadap Anwar, Datuk Zaid dan Kerajaan Negeri Selangor

Petang tadi Khir Toyo memberi taklimat kepada petugas-petugas UMNO di Felda Suharto. Entah jenis apa orangnya Khir Toyo ini! Dia mengakui dia berpegang kepada Islam Addin, dan menuduh Datuk Zaid sebagai sekular, tetapi dari ayat pertama hbingga ayat akhir taklimatnya, tidak ada perkara yang benar melainkan semuanya fitnah terhadap Anwar, Datuk Zaid dan Kerajaan Negeri Selangor.

Saya gunakan laptop Sdr Mankadir dan tidak ada alamat emel Dato Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim tetapi saya dapat address Tan Sri Khalid Ibrahim.


Malam esuk 16.4.10 bermula jam 8.45 malam akan diadakan Ceramah di Rumah PKR Pahang
dan YB Nurul Izza, YB Nizar Jamaluddin, Datuk Zaid (calon), YB Yaakob Sapari dan Dato Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ceramah.

Fitnah busuk Khir Toyo akan dijawab dan kita cabar Khir Toyo supaya berani datang mempertahankan fitnahnya.

Selain akan kita jawab fitnah jahat Khir Toyo ini, kita akan juga meminta para peguam kita supaya memberi notis kepada manusia bangsat ini dan akan kita failkan saman fitnah terhadap anak Toyo ini.

Biarlah saya tidak meletakkan fitnah itu didalam tulisan ini kerana fitnah itu terlalu jijik, hanya orang jijik, jahat dan tidak bermaruah sahaja sanggup meluahkan fitnah sebegini.

Khir Toyo adalah seorang manusia yang jahat dan jijik dan Insya Allah beliau akan menerima balasannya!

Saya akan perincikan fitnah-fitnah ini untuk diserahkan kepada DSAI, Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Khalid untuk jawapan dan tindakan masing-masing.

~ SUHAIMI SAID

Wednesday, April 14, 2010

RM76 juta kepada APCO, antaranya temu Najib-Obama

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengakui bahawa kos perkhidmatan yang dibayar kepada APCO Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, malah memuji sumbangan APCO dalam usaha memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Sambil menuding jari kepada dua orang bekas Perdana Menteri yang "menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur-Washington", Nazri mendakwa bahawa hubungan dua hala yang terjejas dalam tempoh 28 tahun ini hanya boleh diperbaiki dengan membelanjakan wang.

Nazri Aziz tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide untuk memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, "APCO Worldwide bertanggungjawab untuk membina imej negara kita di Amerika Syarikat, agar hubungan kita dengan Amerika Syarikat lebih erat. Apakah anda menganggap syarikat tempatan Malaysia boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan Amerika Syarikat?"

Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dianggap "kurang erat" semasa zaman pemerintahan PM keempat dan kelima, iaitu Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, jadi Nazri (gambar kiri) tidak melihat wujudnya masalah untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat atas nama diplomatik dan ekonomi.

"Sekiranya kita tidak berbaik dengan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat langsung tidak akan mempedulikan kita. Kita perlu memperbaiki hubungan yang terjejas semasa zaman pemerintahan 22 tahun oleh Mahathir Mohamad dan enam tahun oleh Abdullah Ahmad Badawi. Anda ingat kita boleh meredakannya tanpa berbelanja?" tanya Nazri ketika ditemuramah media di parlimen, semalam.

Malah, Nazri menambah bahawa kerja melobi adalah sesuatu yang lumrah di Amerika Syarikat. "Anda perlu lobi (barulah kerja diselesaikan dengan baik), dan pelobi terbesar di Amerika Syarikat ialah pelobi Israel."

Memuji Najib

Setelah mempersalahkan Mahathir dan Abdullah, berikutan hubungan kurang erat dengan Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, Nazri seterusnya memuji PM sekarang, Najib Razak, "Najib bukan untuk dirinya, beliau melakukan ini demi negara. Apa salahnya berbaik dengan Amerika Syarikat? Ia hanya akan memanfaat ekonomi kita."

Najib mengambil contoh pertemuan antara Najib dengan Obama (gambar kanan), sebagai bukti untuk menunjukkan APCO Worldwide menjalankan tugasnya dengan baik. "Apa yang kita belanjakan amat berbaloi, kita mendapat pulangannya."

"Prestasi APCO Worldwide cukup baik. Setakat ini Obama hanya meluangkan masa untuk berjumpa dengan Najib dan Hu Jintao (Presiden China). China tu China (pengaruh besar), tapi Obama berjanji untuk bertemu dengan Najib," jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim ketika membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dalam persidangan Dewan Rakyat penggal ini mencungkil kontroversi apabila mengkritik kerajaan kerana menggunakan perkhidmatan syarikat Israel, APCO Worldwide, yang juga digunakan oleh diktator negara lain. 【Baca: APCO dan 1Malaysia】

"...Diktator yang kaya akan menggunakan (syarikat) yang terbaik. Jadi, mengapa mereka menggunakan APCO Worldwide? Ini kerana APCO Worldwide terlalu baik (perkhidmatannya). Kalaulah mereka nak membina imej yang baik di Amerika Syarikat, mereka perlu menggunakan APCO Worldwide," ulas Nazri.

Mengambil contoh Karpal dan Anwar

Bahkan, Nazri mengambil contoh peguam terkemuka, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP, "Tahukah anda siapa yang akan mengupah Karpal Singh dalam kes mahkamah? Pembunuh, penyeludup... Kerana mereka nak bebaskan diri daripada hukuman. Mereka perlu mendapatkan peguam yang terbaik. Ada yang berkata Karpal Singh adalah yang terbaik. Jadi mereka mengambil Karpal Singh..."

"Tapi, bolehkah anda berkata Anwar Ibrahim adalah pembunuh kerana beliau menggunakan Karpal Singh (gambar kiri) sebagai peguam belanya?" tanya Nazri.

Karpal Singh kini adalah peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Oleh itu, Najib menganggap pembangkang tidak harus meringkaskan isu ini, menyamakan penggunaan APCO Worldwide dengan isu lain sewenang-wenangnya. Malah, beliau mendakwa bahawa beliau pernah menyemak senarai nama Zionis, dan akhirnya beliau mendapati lebih separuh daripadanya adalah kawan Anwar.

"Jadi, beliau (Anwar) boleh berkawan dengan orang ini, dan kami tak boleh," sindirnya.

Tian mempertikaikan Nazri

Sebelum ini, ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua mengadakan sidang media di koridor parlimen, mempertikaikan kejujuran Nazri dengan menunjukkan jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri. JPM memberi jawapan bahawa kontrak perkhidmatan APCO Worldwide bernilai RM76,820,563 setahun, jauh berbeza dengan jawapan yang diberikan Nazri sebelumnya ketika ditemuramah media, iaitu RM28 juta.

Namun, Nazri mendakwa bahawa kedua-dua pihak sebenarnya tidak pasti dengan angka RM28 juta itu, tetapi beliau berjanji kepada Tian Chua (gambar kanan) secara peribadi, bahawa beliau akan mengemukakan jawapan yang terperinci seandainya Tian Chua menulis secara rasmi kepada JPM.

"Jadi, inilah jawapan tepatnya," Nazri menegaskan bahawa beliau tidak menolak untuk memberi jawapan, "Anda boleh menyemak minit mesyuarat. Saya (pada ketika itu) berkata saya tidak mempunyai maklumat yang terperinci. Dan saya juga kata, seandainya saya ada maklumat terperinci, maka saya boleh mendedah kepada semua orang."

Dalam satu wawancara bersama Malaysian Insider pada 7 April 2010, Nazri memberi reaksinya terhadap tindakan ahli parlimen Pokok Sena-PAS, Mahfuz Omar yang melaungkan "UMNO-APCO" dalam dewan. Nazri berkata, "'UMNO-APCO' adalah tuduhan yang serius. Parti komponen Barisan Nasional, UMNO menggunakan RM28 juta untuk mengupah APCO. Tetapi, mengatakan UMNO itu APCO dan APCO itu UMNO, membawa makna bahawa kami memasukkan wang kerajaan dalam saku UMNO. Kenyataan sedemikian membawa maksud bahawa kerajaan jelas menyedari bahawa APCO dimiliki UMNO, dan kemudian membayar RM28 juta kepada APCO. Tuduhan ini serius sekali."

~ MerdekaReview

Zaid Ibrahim calon Pakatan PRK Hulu Selangor

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, 59, dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid telah diistiyharkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 11:25 minit malam tadi dihadapan lebih 5,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di dewan Pusat Komuniti Serendah, Hulu Selangor.

Turut hadir dari PAS Presidenya, Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustapa Ali dan Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli.

Lain-lain pemimpin Pengarah Pilihan Raya Pas, Abdul Halim Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Ali ahli jawatankuasa agung Pas, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Dr Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf. Turut kelihatan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Khalid Samad dan lain-lain.

Manakala pemimpin DAP pula yang hadir, Dr Tang Seng Giaw dan Ronnie Liu.

Semua pemimpin PKR termasuk peresiden, Dr Wan Azizah Ismail hadir. Mereka yang lain, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Md Akim, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon BN Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.

Tuesday, April 13, 2010

Dua usul PAS Temerloh dijangka gamatkan muktamar tahun ini

PAS Temerloh mendahului kawasan-kawasan lain di negeri Pahang membuka gelanggang mesyuarat agungnya Sabtu lalu, dengan membahaskan usul menarik untuk dibawa ke Muktamar Agung PAS Pusat tahun ini.

Dua usul oleh jawatankuasa PAS Kawasan yang menarik perhatian banyak pihak itu ialah “mendesak kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai PAS mewujudkan jawatankuasa Hisbah (Ombudsman)”.

Manakala usul kedua pula ialah “mendesak PAS Pusat agar tidak melantik Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti daripada kalangan ahli jawatankuasa PAS Pusat.


Apa yang menariknya ialah usul tersebut datang daripada jawatankuasanya dan dibahaskan dengan panas tetapi bernas dan matang oleh para perwakilan.

Ahli jawatankuasa PAS Kawasan Amiruslan Manaf ketika mengetengahkan usul mendesak kerajaan PAS menubuhkan Hisbah, rasionalnya supaya menjadi pemantau dan pemandu kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin dan kakitangan kerajaan daripada penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Amiruslan berhujah, umum melihat bahawa berleluasanya permasalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan BN telah membawa porak peranda kepada negara.

“Kebobrokan inilah antara penyebab kejatuhan BN di beberapa negeri dalam PRU lalu. Kerajaan Selangor pimpinan PKR sudahpun mewujudkan SELCAT dan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dengan badan pemantaunya iaitu Penang CAT (Competency, Accountablity, Tranparency) bagi memperlihatkan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat. Namun PAS dilihat masih belum mewujudkan badan seumpama itu”.

“Oleh yang demikian, keperluan untuk menubuhkan institusi Hisbah atau Ombudsman ini sudah tentu ke arah pemerintahan yang amanah dan telus kerajaan. Sekali gus, dapat mempertingkatkan maruah Islam dan PAS sendiri di mata umum,” ujarnya.

Jika diteliti idea ini dalam konteks memperjuangkan politik baru bagi pentadbiran yang telus dan adil, sudah tentu memerlukan suatu mekanisme khas yang dapat berperanan bukan sahaja memantau pentadbiran negeri bahkan untuk mempastikan pentadbiran dijalankan dengan adil, saksama, cekap, telus dan jauh daripada rasuah. Mekanisme ini harus di intitusikan sebagai sebahagian daripada jentera kerajaan itu sendiri yang bersifat neutral dan mempunyai kuasa-kuasa perlu.

Sudah pasti Hisbah yang jika dilaksanakan bukan sahaja dapat memantau dan memastikan pentadbiran agar segala elemen yang tidak sihat seperti amalan rasuah, kronisme, ketirisan dalam kerajaan BN selama ini dapat dihapuskan, malah ketidakcekapan dan birokrasi dalam pengurusan juga mampu

Kerajaan PAS Terengganu pernah cadang Hisbah

Jika masih diingati, institusi Hisbah ini pernah diketengahkan dalam Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu memerintah negeri itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999. Pada waktu itu Hisbah diperkenalkan sebagai wahana kecekapan dalam pentadbiran serta sarana melawan rasuah.

Jawatankuasa Hisbah Trengganu ketika itu di terajui oleh bekas Hakim Kanan Mahkamah Sesyen dan juga bekas Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Kelantan, Allahyarham Idris Othman. Namun setelah kembalinya beliau ke rahmatullah dan kerajaan Terengganu jatuh ke tangan BN, inisiatif yang diambil oleh Kerajaan PAS Terengganu itu meskipun baik namun gagal diimplementasi dan gagal dilihat hasilnya.

Jika dalam pentadbiran Khilafah Islam terdahulu wujud badan Hisbah atau Al-Muhtasib, di negara-negara moden kini ada badan pemantau dipanggil Ombudsman.

Al-Muhtasib bertindak sebagai institusi seruan untuk menegakkan amar makruf dan menghalang perbuatan mungkar. Ianya mencakupi kesemua aspek kehidupan yang bukan sahaja berputar sekitar manusia malah menyantuni ternakan dan persekitaran selain mempastikan kebajikan dan keadilan terhadap rakyat serta negara dapat di pertahankan. Falsafah di sebalik Hisbah ini tentunya sebagai pemantau kepada pemerintah agar tidak tergelincir dari landasan disamping mempertahankan hak warganegara dan yang lebih utama untuk membina 'negara yang baik dan mendapat keredaan dari Allah.'

Falsafah dan modus operandi Hisbah ini kemudiannya turut dijadikan ciri penting pentadbiran moden.Di Negara-negara Barat ianya di kenali sebagai Ombudsman. Di kebanyakan negara seperti United Kingdom, Australia, Albania, Pakistan dan beberapa negara lain Ombudsman telah di jadikan institusi penting kerajaan untuk mengujudkan 'check and balance' dan ketelusan.

Negara Taiwan umpamanya mengujudkan institusi yang di kenali sebagai Control Yuan; Control Yuan dianggap sebagai cabang khas kerajaan di bawah prinsip perlembagaan Taiwan-Three Principles Of The People.

Berdasarkan kepada iklim politik dan keperluan negara pada masa ini yang diiktiraf tinggi indeks rasuahnya, melembagakan intitusi Hisbah ini merupakan suatu keperluan yang amat penting. Dengan pendekatan profesional dan bebas, Hisbah dapat berperanan untuk mengekang korupsi, melahirkan pentadbiran yang telus dan berhemat sehingga memberikan manfaat yang besar kepada rakyat.

Usul pinda Fasal 82 Perlembagaan PAS

Usul kedua pula lebih menarik dan panas dibahaskan. Usul asalnya berbunyi:

“Mendesak PAS Pusat agar tidak melantik Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti daripada kalangan ahli jawatankuasa PAS Pusat sebaliknya hendaklah dilantik di kalangan ahli pas yang profesional, veteran dan berkelayakan. Ini demi untuk menjaga kewibawaan dan kredibiliti badan itu sendiri agar tidak dilihat berkepentingan. Serentak dengan itu kekangan perlembagaan parti hendaklah dipinda bagi merealisasikan kehendak di atas”.

“Dengan ini pindaan perlembagaan perlu dilakukan pada Fasal 82 Para 4. Ini bagi memenuhi tuntutan Fasal 86 Para (1), (2) dan (3) Perlembagaan PAS”.

Pembentang mengetengahkan latar belakang usul tersebut bahawa jawatankuasa disiplin merupakan tempat rujuk terakhir kepada mana-mana parti dalam menangani permasalahan disiplin, salah laku dan etika ahli-ahlinya. Panel yang berwibawa dan tidak berkepentingan lazimnya dilihat utuh dan mendapat penghormatan daripada ahli-ahlinya.

Kebetulan PAS memiliki tokoh-tokoh hebat dalam pelbagai bidang seperti bekas Ketua Hakim Negara, peguam tersohor, ulamak berkaliber serta veteran yang tidak berada dalam saf kepimpinan parti.

Seorang ahli jawatankuasa, Hasanuddin Salim yang bangun menyokong berkata usul tersebut amat relevan dan sudah disebut-sebut merata tempat dan beliau bangga Temerloh dapat menjadi pengusul terawal.


Kata beliau, rasional kepada usul ini dapat dilihat berdasarkan senario yang terjadi selepas keputusan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

“Kebetulan pengerusinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah dari Pahang. Apa yang dibimbangi ialah keputusan tersebut memberi kesan negatif kepada beliau bila membuat keputusan yang tidak digemari oleh satu-satu pihak. Betul atau tidak itu persoalan kedua, masalahnya persepsi. Masalah persepsi inilah sedikit sebanyak boleh menjejaskan masa depan beliau iaitu menjadi mangsa kepada keputusan yang tidak digemari sedangkan beliau mempunyai masa depan untuk meningkat ka tangga hierarki parti yang lebih tinggi”.

“Justeru untuk mengelakkan prasangka sedemikian parti mesti menyediakan kawalan lebih awal iaitu melantik orang lain yang tidak berkepentingan iaitu tidak bertanding dalam kepimpinan tertinggi parti. PAS mempunyai tokoh-tokoh hebat yang mampu menanggung jawatan tersebut dan boleh mengelakkan sebarang kontroversi,” katanya.

Tampaknya Temerloh mempunyai idea terkehadapan dalam dua usul yang dibawa.

“Jika usul seumpama ini boleh dibahaskan begitu menarik di peringkat kawasan, saya yakin nanti bila dibahaskan di Muktamar Agung PAS Pusat sudah tentu lebih menarik lagi,” kata seorang perwakilan.


Gambar:
Amiruslan sedang membentangkan usul


Monday, April 12, 2010

Mesyuarat Agung PAS Bera lulus 4 usul

Oleh MUSANIFF ABDUL RAHMAN

BERA:
PAS Kawasan Bera selesai menyempurnakan tanggungjawab mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 10hb April 2010 (Sabtu) lalu dengan dihadiri oleh perwakilan dari cawangan-cawangan, dewan-dewan dan pemerhati.

Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Exco Kerajaan Kedah Datuk Ir Amiruddin Hamzah. Tetamu khas yang turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah Adun Triang Leong Ngah Ngah, Timbalan Pengerusi DAP Pahang Abu Bakar Lebai Sudin dan mantan Adun Guai Tuan Haji Hamzah Ibrahim yang mewakili PKR Cabang Bera.

YDP PAS Bentong Abdul Hamid Bahatim hadir sebagai wakil pemerhati Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Empat usul yang diperbahaskan diterima dengan majoriti besar, iaitu:

Usul Pertama: ….menggesa pihak kerajaan segera menukarkan status semua ladang FELDA Plantations kepada tanah FELDA yang boleh diisikan peneroka…..

Usul Kedua:….menggesa kerajaan Pahang mengambil tindakan proaktif untuk mengkaji secara mendalam kedudukan dan status persempadan laut Pahang-Terengganu iaitu terdapat Telaga Malong, Telaga Sotong dan Telaga Tanding supaya Pahang mendapat hak royalti petroleum daripada Petronas……..

Usul Ketiga:….mendesak Majlis Daerah Bera menghapuskan cukai pintu terhadap penempatan yang tidak dimasukkan ke dalam kawasan operasinya, terutama kampung-kampung tradisi dan orang asli……..

Usul Keempat:….mendesak Majlis Daerah Bera tidak mengeluarkan permit hiburan kepada tauke yang menganjurkan program hiburan melampau sehingga menyebabkan anak-anak muda lupa batasan agama dan sosial budaya……


Mesyuarat Agung tersebut diakhiri dengan ucapan pergulungan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bera selepas perwakilan DUN-DUN, Dewan-Dewan dan Pengerusi Lajnah mengambil bahagian dalam agenda ucapan penangguhan.

1Malaysia, 1Indonesia: Siapa tiru siapa?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan persamaan konsep 1 Malaysia dengan 1 Israel. Konsep 1 Malaysia dikatakan hasil nasihat dari Yahudi APCO kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep 1 Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999. Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1 Malaysia. Tetapi adakah kita boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari Yahudi APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia. Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan"Adakah sekadar kebetulan? Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!

Sila lihat gambar, konsep 1 Malaysia dan 1 Indonesia begitu serupa

Gambar yang satu lagi pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO

(Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf)

Persoalan yang timbul dari persamaan ini:

1. Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
2. Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
3. Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1 Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
4. Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
5. Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1 Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?

Nampaknya Yahudi APCO ni pun tak cukup bijak nak menipu sampai boleh kantol! Ataukah mungkin ini juga merupakan salah satu rancangan mereka (Yahudi APCO)? Rasanya isu ini harus ditangani dengan serius. Ini bukan lagi sekadar isu politik Kerajaan dan pembangkang, Yahudi APCO harus disingkirkan dari menjadi tangan-tangan ghaib yang menjejaskan keselamatan negara!




~ Sumber: milosuam.blogspot.com

Sunday, April 11, 2010

Ustaz Sahak Bakar kata dia buang wang rasuah Datuk Norza


TEMERLOH: Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Temerloh, Ishak Mat Bakar memberitahu Mahkamah Sesyen Jumaat lalu, bahawa beliau telah membuang sampul surat berisi wang yang diterimanya pada majlis yang turut dihadiri bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohamad Norza Zakaria, yang sedang dibicarakan bagi pertuduhan rasuah.

Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh, itu berkata beliau bertindak demikian selepas berasa ragu dan bimbang mengenai punca wang yang diperolehinya daripada majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lepas yang turut dihadiri Mohamad Norza.

Ishak, 53, saksi ke-15 pihak pendakwaan berkata beliau telah mencampak keluar sampul surat berisi wang itu dari keretanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah daripada majlis itu yang beliau dijemput untuk membacakan doa selamat kerana Mohammad Anuar akan menunaikan umrah.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris kenapa beliau bertindak demikian, katanya ia disebabkan panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang anggota polis cawangan khas yang hanya dikenali sebagai Latif bertanyakan sama ada dia menerima sesuatu pada majlis itu.

Selain itu, ia juga merupakan kali pertama beliau menerima wang ketika menghadiri sesuatu majlis, kata Ishak yang juga anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Temerloh.

Ishak memberikan keterangan pada perbicaraan Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Jan tahun lepas di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula didakwa atas dua tuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Ishak berkata beliau menerima sampul surat tersebut daripada rakannya, Norinda Othman, 49, seorang pegawai tadbir di Majlis Daerah Temerloh.
Saiful: Apa yang ustaz syak?

Ishak: Saya cuma rasa tidak selamat terima duit itu.

Saiful: Adakah ustaz rasa duit itu satu najis?

Ishak: Mungkin.

Sementara itu, ketika ditanya peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza mengenai pemberian wang itu yang mungkin sebagai satu "tanda berkat" kepada pembaca doa seperti yang diamalkan di kebanyakan negeri, Ishak tidak menafikannya.

Muhammad Shafee: Sama ada duit ini diberikan untuk tujuan itu (tanda berkat) atau duit minyak, ada tidak kemungkinan antara dua tujuan ini?

Ishak: Ada.

Muhammad Shafee: Kalau untuk tujuan sedemikian, maka ia bukan duit haram?

Ishak: Ya.

Ditanya sama ada beliau bertindak mencampak wang tersebut kerana was-was selepas menerima panggilan daripada anggota polis terbabit, Ishak mengiyakannya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof bersambung 12 Mei.

Saturday, April 10, 2010

Tuan Muda Pahang palsu ditahan polis

KUANTAN, 10 April : Seorang remaja ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penyamaran sebagai “Tuan Muda Pahang”, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha.

Beliau berkata remaja berusia 17 tahun itu yang disifatkan polis sebagai “budak pintar” ditahan semalam setelah polis menerima aduan daripada Istana Pahang.

Katanya suspek memperdaya seorang exco kerajaan negeri Pahang dan Ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran “Yang Mulia Tuan Muda” dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Sepucuk surat rasmi palsu Tengku Puan Pahang yang direka telah dihantar ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating untuk memaklumkan bahawa suspek akan mengadakan lawatan ke kem berkenaan,” kata Zulkifli kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan surat berkenaan, Ketua pengarah JLKN sendiri dating ke Pahang untuk mengiringi suspek melawat kem itu.

Pada Isnin lepas, suspek telah menunggu ketibaan Ketua Pengarah berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sebelum bergerak ke Kem Cahaya Gemilang di Cherating.

Zulkifli berkata, pada lawatan ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, suspek turut memakai baju PLKN dengan tertera nama “Tuan Muda” dan dia juga menjalankan satu acara pengurniaan pingat kepada peserta-peserta PLKN.

Pada pertengahan bulan lepas, beliau berkata suspek telah melakukan lawatan ke rumah Orang Kelainan Upaya berhampiran Kem PLKN Kampung Hijrah yang turut dihadiri seorang anggota Exco kerajaan negeri Pahang, kata beliau.

Katanya, suspek yang berasal dari Bera itu telah ditahan di rumah saudaranya di Pekan semalam.

Polis menahan reman suspek sehingga Selasa depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

— Bernama

Friday, April 9, 2010

Bertaubatnya Si Gay

Oleh: YUDI ROHIM

Pagi itu, hari senin sekitar pukul 7.30 tapi aku lupa tanggal berapa di tahun 2005, aku tengah bersantai membaca koran pagi ketika telepon itu berdering. Sebagai seorang marboth masjid, aku harus melayani jamaah termasuk jika ada telepon.

Salam menyapa, “Assalamu’alaikum”, sapaku.

“Wa’alaikumsalam”, jawabnya.

“Maaf mas, boleh saya datang ke Al Ghifari”, tanya si penelepon.

“Oh.. tentu boleh, silakan”, jawabku.

Sekitar 1 menit kemudian terdengar lagi salam sambil mengetuk pintu kamar marboth.

“Assalamu’alaikum”.

“Wa’alaikumussalam”. Aku keluar melihat siapa yang datang.

“Maaf mas saya yang tadi nelpon”.

“Hah.. cepet amat, emang tadi nelpon dari mana?”, tanyaku.

“Oh dari telepon umum yang ada di depan”, jawabnya.

“Lho, kenapa ga datang aja langsung?”. Dulu di depan masjid memang ada telepon umum koin.

“Mmm, untuk memastikan aja ada orang atau ngga”, katanya.
“Oh, silakan duduk mas”. Kupersilakan ia duduk di kursi depan tempat wudhu akhwat.

“Tahu dari mana telepon Al Ghifari?”, tanyaku.

“Di depan kan ada tulisannya”.

O iya ya pikirku. “Ada yang bisa saya Bantu?”, tanyaku.

“Mmm, boleh saya cerita mas?”.

“Boleh, silakan”.

“Tapi mas jangan marah ya?”.

“Lho kenapa saya harus marah?”, tanyaku.

“Mmm, begini mas…”.

Dia bercerita kepadaku panjang lebar tentang jalan hidupnya. Bermula dari aktivitasnya selama di kampung halamannya yang aktif di remaja masjid. Lalu diterimanya ia di IPB untuk kuliah. Wah, anak IPB juga rupanya dan ternyata seangkatan. Itulah yang membuat kami kian akrab. Aku fakultas MIPA, dia dari fakultas yang lain, cuma dia D3. Akhirnya dia masuk ke inti pembicaraan. Semula aku mengira ia akan meminta bantuan keuangan seperti banyak orang yang telah datang ke Al Ghifari dengan berbagai alasan. Tapi ternyata aku salah, dia malah menceritakan masalah penderitaan hidup yang dia alami selama ini.

Selama di IPB ia kesulitan masalah biaya. Tapi ia adalah orang yang mandiri yang tidak mau menyulitkan orang tuanya. Maka ia berusaha mencari uang sendiri mulai dari menjual koran hingga menyemir sepatu. Sampai pada akhirnya, ia mengalah, sepertinya tidak mungkin meneruskan kuliah dan ia pun memutuskan untuk berhenti. Di tengah usahanya mencari kehidupan, ia bertemu seseorang yang baik yang ingin menawarkan pekerjaan. Langsung saja ia terima tawaran tersebut, bahkan ia ditawari tempat tinggal bersama orang tersebut di sekitar Ciapus. Awalnya ia diperlakukan dengan sangat baik. Namun beberapa hari kemudian ia merasakan hal yang aneh dalam rumah tersebut. Penghuni rumah adalah laki-laki semua, tetapi kemesraan sesama lelaki terjadi di sana. Sampai pada suatu saat ia dipaksa melakukan hal itu, sebab jika tidak ia akan dibunuh. Ya, ia diper**** oleh sesama lelaki. Setiap hari! Karena memang itu aktivitas penghuni jika sudah berkumpul. Mulai dari sakit yang ia rasakan, tertekan batin sampai kenikmatan dan ketagihan yang ia rasakan selama menghuni rumah tersebut selama beberapa bulan.

Setelah itu, ia mangkal tiap malam di daerah Taman Topi dan depan DPRD. Biasa, mencari pelanggan. (Ternyata ada lho di Bogor, mungkin banyak). Dan itu ia lakukan selama sekitar 3 tahun lebih.

Namun suatu saat, ketika ia tengah bersantai sambil nonton sinetron, ia mendapati sinetron yang katanya religius, tentang azab kepada kaum gay. Menonton sinetron itu, ia ditertawakan oleh yang lain. Namun setelah hari itu, ia merasa gelisah. Hatinya takut jika yang ia tonton itu terjadi pada dirinya. (ternyata ada juga manfaat sinetron begituan). Terlebih ia pun sudah mengidap penyakit kelamin. Ia bingung, apa yang harus ia lakukan. Akhirnya ia memutuskan harus keluar dari lingkungan itu. Ia pun kabur menuju keluarganya di daerah Cibinong. Ia bercerita hal yang sama seperti yang ia ceritakan kepadaku.

Namun keluarganya tersebut malah mengusir dia dengan hinaan. “Pergi kamu, jijik saya ngeliat kamu. Pergi..pergi..”. Begitulah ia menceritakan kepadaku. Hal itu membuat dirinya kecewa dan merasa tidak berguna. Suatu saat ia ingin bunuh diri, tapi urung ia lakukan karena takut. Akhirnya ia kembali lagi ke rumah itu. Beberapa bulan kemudian dia kembali teringat sinetron itu. Dan kali ini dia memutuskan benar-benar akan pergi. Entah ke mana, yang penting pergi. Lebih baik mati dari pada hidup seperti itu. Begitulah katanya. Sampai tidak sengaja dia melewati masjid Al Ghifari. Dia berharap ada yang biasa membantu masalahnya, minimal memberikan dorongan moril buatnya. Begitulah ia bercerita kepadaku sambil menangis.

Terus terang, sebenarnya aku pun merasa jijik mendengarnya, terutama ketika ia bilang ia sudah terkena penyakit kelamin. Ingin aku menjauhinya, meski tidak ingin mengusirnya. Tapi tidak tega, terlebih ketika ia bilang, “mas saya ingin tobat, saya ingin pulang, ingin bertemu ibu, ingin mencium kakinya”. Tidak terasa air mataku pun meleleh. Aku peluk dia. Entah… tiba-tiba hilang rasa jijikku. Yang aku tahu, ada orang yang membutuhkan pertolongan saat itu. Mungkin inilah tugasku menjadi seorang da’i yang bermanfaat bagi orang lain.

Aku tenangkan dia, lalu aku ajak masuk ke kamar marbot. Aku suruh tunggu karena mau membeli makan buatnya. Setelah itu kami makan bersama, terpaksalah aku membatalkan puasa sunnahku untuknya. Kemudian aku tawarkan pengobatan kepadanya.

“Mau ga dibekam?”.

“Apa tuh mas dibekam?”.

Lalu aku jelaskan mengenai bekam.

”Ga mau ah mas, pasti sakit”.

“Ya paling sakitnya sedikit”.

“Ga ah, takut ngeliat darah”.

Dia tak mau, akhirnya aku aja ia ke tempat temanku yang bisa refleksi.Setelah diperiksa, ia memang menjerit ketika ditekan titik untuk saluran pembuangan. Aku tidak langsung cerita ke temanku itu. Setelah itu kami istirahat. Untuk meyakinkan diri kalau ia benar-benar ingin taubat, aku tahan ia selama 3 hari di Al Ghifari. Setiap hari aku kasih makan. Kadang diajak jalan-jalan. Bahkan aku ingin membuktikan kalau ia dulu pernah aktif di remaja masjid. Ternyata ia memang biasa baca Qur’an meski tidak lancar. Dia bilang, dia ingin lagi aktif seperti dulu, belajar agama. Dia janji kalau sudah sampai rumah ia
ingin belajar agama lagi.

Ketika malam aku ajak dia tidur di dalam kamar. Dia menolak, tapi aku paksa. Akhirnya dia mau. Kami tidur bersebelahan, karena memang tidur di karpet. Aku terjaga tidak bisa tidur memikirkan yang terjadi hari ini, kok bisa-bisanya aku mendapati hal ini. Sambil juga memikirkan, khawatir aku diapa-apain waktu tidur. Tapi segera kusingkirkan pikiran
itu, terlebih dia sudah tertidur lelap, mungkin karena cape dan menahan sakitnya.

Tiga hari sudah dia di Al Ghifari. Shalat 5 waktu, baca Qur’an. Aku melihat sepertinya ada kesungguhan dalam dirinya untuk berubah. Malamnya aku persiapkan perbekalan untuknya pulang kampung. Aku berikan ia sebuah tas kenang-kenangan milikku, sebuah Al-Qur’an satu-satunya yang sangat kusayangi, sebuah surat dan seluruh uang mengajarku yang tidak seberapa. Tidak kupikirkan diriku yang tak punya uang lagi, meski sempat bertanya dalam hati, entar gua makan apa ya. Tapi bodo ah, yang kutahu manusia hanya akan mati kalau memang rezkinya sudah habis. Sebelum berangkat, aku tawarkan ia untuk bertahan di Al Ghifari. Tapi ia katakan tidak. Ia sudah bertekad untuk
pergi dari Bogor. Ia ingin kembali ke kampung halamannya dan memulai hidup baru.

Aku antar ia sampai naik angkot. Dan terakhir kami berpelukan kembali. Ia mengucapkan terima kasih. Dan ia berjanji akan kembali ke rumahnya dan tidak akan kembali ke kehidupan yang jahiliyah itu lagi. Dan ia pun akan mengingatku seumur hidupnya.

Setelah itu, baru aku cerita kepada marbot yang lain siapa orang itu. Yang lain hanya bisa heran…

Ya Allah selamatkanlah dia dan kami. Tunjukilah jalan yang terbaik buat dia dan kami. Ya Allah, Engkau Maha segalanya, jika Engkau tidak sempat mempertemukan kembali di dunia ini, maka pertemukanlah kami di surga-MU ya Allah…

Teruntuk saudaraku Yeri (bukan nama sebenarnya), moga engkau sehat saja selalu dan telah sembuh dari penyakitmu. Semoga kau hidup bahagia di samping ibumu, di kampung halamanmu, di Sumatra Barat.

Jambatan Kuala Krau pacu pembangunan Pahang Tengah

TEMERLOH: Dengan siapnya jambatan Kuala Krau yang merentasi Sungai Pahang menghubungkan laluan Temerloh-Jerantut dan Rumpun Makmur ke Jengka, pertumbuhan ekonomi terutama melibatkan kampung-kampung tradisional yang terpinggir selama ini dijangka berkembang pantas.

Siap sepenuhnya pada Februari lalu dengan nama Jambatan Sultan Ahmad Shah, jambatan sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter bernilai RM61 juta itu juga dapat memberi kemudahan perhubungan kepada lebih 100,000 penduduk di kawasan terlibat.

Jambatan ini memendekkan perjalanan orang ramai untuk berurusan di daerah-daerah Temerloh, Jerantut atau Maran. Umpamanya perjalanan antara Kuala Krau ke Bandar Jengka sebelum ini terpaksa melalui bandar Temerloh atau Jerantut yang memakan masa sehingga sejam setengah sebelum ini, kini cuma 20 minit. Begitu juga jarak dan masa perjalanan dari Jerantut ke Jengka serta Temerloh ke Jengka dapat disingkatkan.

Jambatan baru ini juga menjadi pilihan pengguna-pengguna dari daerah-daerah di Pahang Barat untuk ke ibu negeri Pahang kerana dapat menjimatkan masa perjalanan.

Kuala Krau merupakan sebuah pekan dalam daerah Temerloh yang bersempadan dengan Jerantut. Di sekeliling bandar kecil itu terdapat dua buah rancangan Felda, dua buah estet besar dan tanah rancangan Felcra selain kampung-kampung tradisional di kedua-dua tebing Sungai Pahang.

Selama ini penduduk-penduduk kampung tradisional di seberang pekan itu terpaksa berulang-alik mencari keperluan, pelajar-pelajar ke sekolah dan urusan-urusan lain menggunakan bot penambang yang bukan sahaja menghadkan pergerakan bahkan mengambil masa yang lama serta terdedah kepada bahaya terutamanya pada musim tengkujuh.

Dengan siapnya jambatan baru ini pekan Kuala Krau sendiri yang merupakan penghubung ke Bandar Jengka dan 25 buah rancangan Felda dijangka akan mengalami kesibukan. Stesen keretapi di pekan ini yang dulunya agak malap, dijangka akan rancak kembali dengan pengguna yang ramai dari Jengka termasuk pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka.

Sektor pelancongan juga dijangka berkembang kerana jika Taman Negara ada di Jerantut, di Jengka pula terdapat banyak kawasan yang menjadi tempat tumpuan dan rekreasi seperti Hutan Lipur Gunung Senyum serta pusat perkelahan air terjun Lubuk Yu dan Lubuk Jed.

Penduduk Kuala Krau, Suhaimi Yadin berkata pekan Kuala Krau akan jadi maju dan sibik sebagai bandar penghubung tetapi kedaan jalannya yang sempit dan bangunan yang tidak tersusun seperti yang ada sekarang akan menimbulkan banyak masalah.

“Saya nampak kerajaan seolah-olah tidak ada perancangan, sepatutnya pembinaan jambatan baru itu sudah diketahui lama tetapi kenapa pra-sarana dan kemudahan di sini tak disediakan lebih awal. Umpamanya bank Cuma ada satu iaitu Agro Bank dan tidak ada sebarang klinik swasta. Sedangkan di sini ada dua rancangan Felda, Felcra dan dua estet besar”.

“Dengan siapnya jambatan ini kebanyakan penduduk kini mengambil kesempatan untuk berurusan ke Bandar Jengka daripada bandar Temerloh kerana perjalanan hanya 20 minit berbanding lebih setengah jam. Lagi pun di Temerloh sudah sangat sibuk, parkir berbayar atau kena saman, berbanding Jengka parkir percuma dan terdapat semua jenis bank dan banyak pusat membeli-belah”.

“Jadi nampaknya bila jambatan siap kebanyakan penduduk memilih untuk melabur di daerah lain iaitu ke Jengka dalam daerah Maran atau Jerantut. Inilah yang saya kata kerajaan kurang perancangan, sepatutnya dengan kepesatan pembangunan ini kerajaan sudah berfikir untuk mewujudkan daerah baru,” tegasnya.

Kuala Krau juga merupakan salah satu daripada 14 buah parlimen di negeri Pahang. Kawasan Parlimen Kuala Krau meliputi bandar Kuala Krau dan sepanjang Sungai Pahang, Kerdau di Temerloh serta keseluruhan Jengka.

Bagi penduduk kampung tradisional seberang Kuala Krau, Ahmad Nafiri Toazi, dengan siapnya jambatan baru pertumbuhan ekonomi dan taraf kehidupan penduduk akan meningkat serta segala kegiatan kemasyarakatan dua seberang yang terpisah sebelum ini akan menjadi mudah.

“Saya fikir tanah-tanah kampung yang dulunya tidak dipandang sangat, dengan siapnya jambatan baru ini nilai harganya mulai melonjak kerana banyak tawaran. Apa yang kita harapkan penduduk kampung bertindak matang dan tidak gopoh menghadapi suasana ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung, Zukri Mohd Saleh, merasa gembira kerana kampung yang dulunya terpencil kini terdedah kepada dunia luar. Namun begitu beliau khuatir permasalahan gejala sosial seperti lumba haram pula akan berleluasa jika tidak dibendung.

“Kampung Rumpun Makmur ini dulunya dianggap ulu kerana berada di hujung laluan jalan ke Gunung Senyum dan perhubungan utama dengan bot ke Kuala Krau. Sekarang ini dah maju apabila siap jambatan. Cuma masalahnya saya dengar sudah ada muda-mudi yang lepak atas jambatan jauh malam dan sekarang sudah ada remaja merempit dan lumba haram setiap malam,” katanya.

Bagi penduduk Jengka Aris Fezul Ismail, dengan siapnya jambatan Kuala Krau kini tumpuan ke Bandar Jengka bertambah kerana kemudahan yang ada sedangkan jalan ke situ sempit dan perlu diperbesarkan.

“Jalan sepanjang wilayah Jengka ini sempit dan hampir setiap hari berlaku kemalangan. Dengan siapnya jambatan Kuala Krau sudah tentu jalan bertambah sibuk. Jadi kita harap kerajaan segerakan pembesaran jalan sebagaimana yang sudah lama dijanjikan”.

“Selain daripada itu eloklah kerajaan juga mulai berfikir Jengka ini dinaiktaraf sebagai daerah baru apatah lagi di sini merupakan kawasan orang Melayu hampir seratus peratus dan di kelilingi Tanah Rancangan Felda paling luas di negara ini, pejabat Felda Wilayah selain sudah ada pusat pengajian tinggi”.

“Sekarang ini Bandar Jengka di bawah Majlis Daerah Maran dan saya lihat banyak masalah kebersihan dan keceriaan tak selesai terutama selepas ditinggalkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Jika diwujudkan majlis daerah yang baru saya fikir kawasan sekitar lebih pantas membangun kerana pusat pentadbiran berada di sini,” katanya.

Gambar:
- Pekan Kuala Krau yang kelihatan sempit dan tidak teraturCaption:
– Jambatan Kuala Krau