Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Saturday, June 3, 2017

Rayuan Ramadhan SRITI Al-Fateh


SIJIL WAQAF RM50.00/LOT


Firman Allah SWT:
“Alif Laam Miim. Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”(Surah Al-Baqarah ayat 1-3)

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya, seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun ketika sempit.”(Surah Ali Imran ayat 133-134.

Inshaa Allah, di bulan Ramadhan yang Mulia ini, kami menjemput dan mempelawa Muslimin dan Muslimat sekalian untuk sama-sama berinfaq, berwaqaf dan melabur untuk saham akhirat!

Buat makluman Muslimin dan Muslimat, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) AL-FATEH, Temerloh Pahang, dalam proses pembelian tanah lot 32410 Mukim Perak Daerah Temerloh seluas 2.9 ekar yang berharga RM380 ribu. Setakat hari ini, sebanyak RM95 ribu telah dikumpulkan dan masih memerlukan dana sebanyak rm285 ribu lagi.

Inshaa Allah, majlis pecah tanah akan diadakan pada bulan Ogos 2017. Setelah itu, Fasa 1 pembangunan yang melibatkan sebuah masjid, bangunan kelas dan asrama akan bermula dan dijangka siap sebelum Disember 2018.

Sehubungan itu, sumbangan Muslimin dan Muslimat amat diperlukan dan diharap dapat membantu mempercepatkan proses pembelian dan pembinaan ini.

Jualan lot waqaf hanya sebanyak RM50.00/lot diperlukan bagi setiap individu.

Semoga rezeki yang kita infaqkan ini menjadi salah satu amal jariah kita yang tidak akan terputus sehingga hari kiamat nanti, Inshaa Allah..

Sepertimana Sabda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap subuh, setiap hamba-hamba itu akan Allah SWT turunkan ke atas mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, gantikanlah (rezeki) bagi orang yang memberikan infaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kebinasaan bagi sesiapa yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Imam al Bukhary 5/270)

Sebarang sumbangan boleh dihulurkan ke:

✅No. Akaun Maybank
5560-5751-1476
(Pendidikan Sriti Al-Fateh)

Atau
✅ No. Akaun Maybank
5560-5751-4285
(Pembangunan Sriti Al-Fateh / Pertubuhan Pendidikan dan Dakwah Al-Fateh)

Sumbangan dan pertanyaan lanjut, boleh menghubungi:
📞 Haji Fairuz Hisham 01110868527
(Pengerusi ALP/Guru Besar)
📞 Haji Shamsudin 0197331799
(Timbalan Pengerusi)
📞 Encik Farid Rani 0199657504
(Setiausaha)
📞 Haji Faisal Husin 0199173642
(Bendahari)
📞 Ustaz Safwan Al-Hafiz 0179674326
(Penolong Kanan/Tahfiz)

Sunday, September 11, 2011

Allah, Rasul dicerca: Pihak berkuasa buat apa?

Dalam kesibukan dan keserabutan media propaganda Umno menghentam Timbalan Presiden PAS dan menafikan peranan kumpulan selain Umno menuntut kemerdekaan, sudah muncul manusia yang secara terang-terangan memaki Allah dan Rasul.

Warganegara Malaysia itu menggelarkan dirinya: sitt-al-wuzara di laman sosial Facebook.

Tidak cukup dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga dihina dengan perkataan, “takde otak” dan “babi”.

Namun yang menghairankan, semua pihak berkuasa terus menjadi bacul bila Agong dihina dengan gelaran yang melampau itu. Malah Allah dan Rasul serta Islam dihina, tiada pihak berkuasa yang boleh bertindak.

Susah sangat ke?

Ini berbeza dengan reaksi dan respons yang sungguh pantas dan keras apabila ia melibatkan soal sejarah kemerdekaan (yang semakin kabur) apabila dibangkitkan oleh Mat Sabu.

Apakah "usikan" kemerdekaan oleh Umno lebih sensitif daripada penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Agong?

Kata sahabat bloger, pihak berkuasa hanya gah pada nama, hanya gah dengan pangkat dan jawatan. Bila berlaku hal seperti ini, semua senyap macam ayam berak kapur. Inikah etika sebagai pemegang diamanah awam yang digaji oleh rakyat?

Tetapi apabila lidah rasminya (yang sesekali mempromosi video porno, sesekali menghina hukum Islam melalui kartun) berbunyi, mulalah melompat dan menerjang sehingga seperti perang dan huru-hara akan berlaku!

Apakah sesuatu tindakan hanya akan diambil apabila disuarakan oleh lidah rasmi Umno saja?

Jangan hairan jika penghinaan secara terang-terangan seperti inipun tidak boleh ditangani, bayangkan apa yang boleh dilakukan andainya penghinaan lebih besar kepada Agama, bangsa dan negara ini pada masa akan datang!

Thursday, August 4, 2011

Parlimen bubar Oktober, PRU November?

Saya menerima SMS dari seorang rakan berbunyi:

"Salam. Maklumat Terkini!! SPR telah bermesyuarat dgn Datuk Bandar MBPJ berkaitan Pengurusan Pusat Penamaan Calon dan Tempat Mengundi. Di jangka Parlimen dibubarkan pada Oktober ini dan Pilihanraya Umum Ke 13 akan diadakan pada November 2011. SEBARKAN !!!"

Ini bermakna PRU hanya berada dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang. Kita harap Pakatan Rakyat di segenap peringkat bersedia untuk pertembungan ini dan mempersiapkan segala-galanya untuk menang.

Selamat maju jaya!

Thursday, July 21, 2011

PRU 13: Umno mula turun ambil hati Cina

Hari ini (Khamis), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Mentakab bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Dana Pinjaman bagi penduduk Kampung Baru Cina pada jam 2.30 petang di Dewan SJK (Cina) Mentakab 1.

Program anjuran Umno Temerloh.

Mentakab merupakan majoriti pengundi Cina di Parlimen Temerloh, atau kira-kira 30% daripada keseluruhan pengundi, terutama di bandar.

Pada PRU lepas dianggarkan 60% pengundi Cina di sini berpaling kepada Pakatan Rakyat.

BN menang dengan majoriti 2,000 lebih dengan kelebihan undi pos dua buah kem (Kem Batu 5 & Kem Batu 5) di sini.

Thursday, July 7, 2011

Jangan percaya SMS ini!

Pelbagai cara cuba diambil pihak lawan BERSIH 2.0 dengan 'menangguk di air keruh' bagi memastikan berlaku kecelaruan. Di Pahang terdapat sebaran meluas satu SMS berbunyi: "Sila ambil maklum: pihak penganjur bersetuju menanggong segala perbelanjaan makan, minum, pengangkutan dan tempat tinggal peserta (himpunan BERSIH). Sila datang ke pejabat PAS, DAP dan PKR kawasan masing-masing untuk urusan serta merta. Matlamat kita akan tercapai. Maklum juga pada rakan-rakan seperjuangan yang lain. dari 0199804948".

Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat menafikan pernah menghantar SMS seperti itu.

Selamatkan Pahang berkali-kali menghubungi nombor tersebut, tetapi tidak dilayan.

Diharap semua pencinta kebenaran dan keadilan mengabaikan sebaran SMS tersebut.

Thursday, June 30, 2011

Al-Fatihah, ibu Bendahari PAS Pahang meninggal

Ibu Musaniff Abdul Rahman, Kalsom binti Mohd Tahar, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Jengka kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kami berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Solat Hajat seluruh negara mohon keselamatan

“Kenapa tidak diadakan Solat Hajat dan bermunajat kepada Tuhan secara besar-besaran di seluruh negara semoga dilembutkan hati polis?,” soal seorang Ustaz yang berkelulusan dari Mesir mengenai situasi tegang sehari dua ini berikutan amaran polis untuk mematahkan habis-habisan perhimpunan sejuta rakyat Bersih 2.0 Julai ini.

Ustaz tersebut berhujah demikian setelah katanya, tidak ada langsung peserta himpunan beragama Islam yang cuba mengambalikan urusan besar itu kepada Tuhan sekurang-kurangnya bagi meningkatkan kekuatan psikologikal dan spiritual.

Seperti yang dijelaskan kepada umum, bahawa perhimpunan aman tersebut halal di sisi undang-undang dan perlembagaan. Dakwaan-dakwaan sumbang seperti diresapi komunis, agenda asing dan membawa huru-hara itu datangnya kemudian sebagai tohmahan yang tidak pernah dibuktikan.

Pihak polis, melalui media menjelaskan akan membendung habis-habisan perhimpunan aman itu. Sebagai pasukan yang lengkap dengan persenjataan dan meriam air, sudah tentu tidak ada siapa yang boleh melawan mereka kerana peserta himpunan yang hadir datang dengan tanpa senjata melainkan berbekalkan keazaman mahu melihat negara ini menikmati demokrasi sebenar.

Mereka ke Kuala Lumpur bukan untuk berperang atau menggulingkan kerajaan.

“Ramai orang lupa bahawa polis juga manusia biasa, mereka ada hati dan perasaan. Tapi oleh kerana arahan bertugas oleh pihak yang menguasai mereka, maka sebagai pasukan beruniform mereka terpaksa patuh kepada arahan penguasa mereka.

“Tetapi di sebalik semua itu kita kena sedar dengan kekuatan yang Maha Agung yang mampu mengubah hati-hati manusia. Allah juga mampu menghantar ‘tentera’nya seumpama angin ribut, gelombang laut, halilintar dan sebagainya.

“Maka bagi yang beragama Islam, memohonlah pertolongan kepada Allah dengam Solat dan kemudiannya bersabar,” khutbah Ustaz tadi.

Monday, June 27, 2011

Kabinet baru PAS Pahang

Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang.

Pesuruhjaya : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Yusuf Embong

Timbalan Pesuruhjaya 2: Dr Hamzah Jaafar

Timbalan Pesuruhjaya 3: Nasruddin Hassan Tantawi

Setiausaha Perhubungan: Roslan Zainal

Bendahari: Musaniff Abd Rahman

Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Shahril Azman Abdul Halim

Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mokhtar Senik

Ketua Dewan Muslimat: Salamiah Mohd Nor

Pengarah Jabatan Pilihanraya: Abdul Majid Hassan

Ahli Jawatankuasa (dilantik):

Hassanuddin Salim

Syed Hamid Syed Mohamad

Andansura Rabu

Yohanis Ahmad

Alawiyyah Kasdan

Siti Ruhani Abu Bakar

Ramli Awang Abd Rahman

Monday, June 20, 2011

Sokongan kepada Mazlan Aliman di mahkamah Temerloh esok

Besok, 21 Jun, ialah hari pertama perbicaraan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman saman Felda RM2 juta, bermula jam 8.30 pagi di Mahkamah Tinggi Temerloh. Perbicaraan berlangsung selama tiga hari sehingga 23 Jun.

Saman tersebut berikutan tangkapan (berniat jahat) yang dibuat terhadap Mazlan di Felda Lembah Klau tahun lalu. Peguam Mazlan ialah Wan Rohimi Wan Daud.

Dijemput hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada AJK PAS Pusat itu.


Ceramah pilihan terdekat

20 Jun (Isnin, 9 malam)Ceramah Dato'Tuan Ibrahim
Rumah Pakde Musa, Kg Paya Keladan Temerloh

20 Jun Bersama Bob Lokman
1. 5 ptg: Hi-Tea dan ramah Mesra, warung Pak Abu Felda Bukit Sagu 2, Kuantan.
2. 7.30 malam: Tazkirah di Masjid Kg Panching, Jln Sg. Lembing
3. 9 malam: Ceramah Umum
• Bob Lokman
• Suhaimi Saad
• Sulaiman Md Derus
Felda Bukit Goh

21 Jun Ceramah sempena pelancaran borang Felda Pln.
• Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
• Mazlan Aliman
• Ust Shahril Azman
(Selasa – 9 malam)
Felda Jengka 20

22 Jun Ceramah sempena pelancaran borang Felda Pln.
• Mazlan Aliman
• Dr Hamzah Jaafar
• Syed Ali Badaruddin
(Rabu – 9 malam)
Felda Sungai Retang, Jerantut

23 Jun Ceramah sempena pelancaran borang Felda Pln.
• Mazlan Aliman
• Dato’ Fauzi Rahman
• Syed Ali Badaruddin
• Hj Baqi Othman
(Khamis – 9 malam)
Felda Jengka 3, Maran

26 Jun: Ceramah sempena pelancaran pembinaan fasa 2 Darul Amin
• Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang
• Normala Sudirman (Cikgu Mala)
(Ahad - 9 malam)
Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh