Showing posts with label Keliru. Show all posts
Showing posts with label Keliru. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Menteri yang merogol amahnya ialah... ?

Siapakah menteri di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah merogol seorang amah warga Indonesianya?

Perkara tersebut telah didedahkan dalam WikiLeaks.

Pihak berkuasa mesti bertindak menyiasat dan mendedahkannya atau dibawa ke mahkamah. Jika tidak, umum (termasuk blog) terus membuat spekulasi sehingga seorang demi seorang menteri dibuatkan andaian.

Teka-teki seperti ini sudah tentu tidak adil kepada menteri-menteri yang ada.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO, suami amah itu tahu peristiwa tersebut namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.





Friday, July 9, 2010

Yang SPRM siasat, yang SPRM tak siasat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun penulis Barry Wain dalam buku terbarunya mendakwa Dr Mahathir bertanggungjawab atas kerugian kewangan dan ‘write-off’ berjumlah RM100 bilion sepanjang perkhidmatannya selama 22 tahun.

Kata Nazri (walaupun belum disiasat), tidak ada sebarang elemen rasuah dalam kandungan buku kontroversi ‘Malaysian Meverick: Mahathir in Turbulent Times’ tulisan Barry Wain.

"Setelah meneliti buku berkenaan, SPRM mendapati secara umumnya tiada elemen rasuah berlaku.

"Dengan itu, SPRM tidak bercadang untuk menjalankan siasatan kerana tiada asas berlakunya kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya menjawab soalan Charles Santiago (DAP-Kelang) di dewan rakyat semalam.

Nampaknya sifir penyiasatan di Malaysia ini senang saja, kalau dakwaan rasuah disuarakan oleh orang Umno seperti kes pasir dan lembu di Selangor, kes kek RM4 di Kelantan dan banyak lagilah... akan segeralah SPRM menyiasat.

Tapi kalau kes melibatkan pemimpin Umno, kroni atau yang sama waktu dengannya, bukan main liat dan punyalah banyak alasannya.

Dengan lain-lain perkataan, rasuah akan disiasat apabila sianu nampak ia rasuah. Sebaliknya rasuah tidak akan disiasat jika sianu nampak ia tidak rasuah. Rasuah ialah apa yang sianu nampak, bukan lagi penyiasatan.

Maaf, kenyataan ini mungkin terlalu prejudis. Tetapi sekurang-kurangnya demikianlah persepsi umum orang ramai terhadap pemerintahan negara sekarang ini.



Wednesday, June 9, 2010

Eh ehh.... mana satu yang betul ni ya?

Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia."

- (Bernama.com.my : 07 Jun, 2010 20:07 PM)



"Lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi."

- (Bernama.com.my: 07 Jun, 2010 15:25 PM)