Friday, January 10, 2020

Nasib jawi tidak seberuntung tanglong



Apabila isu pembelajaran jawi di sekolah vernakular dipertikaikan, tidak kelihatan langsung menteri-menteri Melayu muncul membuat sidang media mempertahankannya. Walhal, jawi itu amat berkait dengan bahasa Melayu yang merupakan sebahagian daripada perlembagaan negara

Malah Menteri Pendidikan sendiri terpelanting akibat meneruskan pembelajaran jawi.


Namun apabila isu pemasangan tanglong di sekolah cuba dibicarakan umum, 7 menteri mempertahankannya malah Timbalan Perdana Menteri sendiri hadir dan merasionalkannya.

Apabila PIBG sekolah kebangsaan tegur kerana terlalu banyak tanglong dipasang di sekolah, demikianlah mereka bertungkus lumus bermati-matian menjustifikasikannya. Akan tetapi apabila . PIBG sekolah cina tolak jawi, entah ke mana menteri-menteri Melayu menyembunyikan muka.

Jelas, di bawah kerajaan Malaysia Baharu ini, nasib jawi tidak seberuntung tanglong

Benarlah kata Tuan Ibrahim: “Orang cerdik mempertahankan haknya daripada dibahagikan kepada orang lain, manakala orang bodoh sanggup bahagian haknya diberi kepada orang lain. Inilah kesamarataan bangang”.

No comments:

Post a Comment