Tuesday, January 28, 2020

Dahulukan kasih sayang elak kebencian dalam era Muafakat Nasional

MARAN: Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak mengingatkan ahli-ahli PAS, betapa perlunya mendahulukan kasih sayang dalam perhubungan berbanding menyemai kebencian dalam era politik baharu Muafakat Nasional ini.


Serentak dengan itu, Mujib yang juga Naib Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Maran menggesa, agar pendokong dan penyokong parti Islam ini agar sentiasa menjaga kata-kata dan berhati-hati ketika menulis di media social seperti facebook, WhatsAp, Twitter dan lain-lain.

“Utamakanlah kasih sayang daripada dendam di dalam menjalani pendekatan politik PAS bersama Umno ketika ini.

“Ahli-ahli PAS juga hendaklah sentiasa  mematuhi arahan pimpinan walaupun tidak selari dengan pandangan peribadi serta sentiasa menjaga kata-kata dan berhati-hati ketika menulis di media baru seperti facebook, WhatsAp,Twitter dan lain-lain.

“Juga tidak kurang pentingnya ialah tidak lupa menghadiri usrah, solat berjamaah, kuliah, membantu golongan yang memerlukan dengan bersedekah, berpuasa sunat, membaca Quran dan lain-lain amalan yang memberikan kekuatan kepada iman.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Berkelompok di Unit Peti Undi Bukit Segumpal, Pekan Awah di sini kelmarin.  

Cawangan-cawangan yang terlibat dalam perasmian ialah Tanjung Perang, Kampung Kabut, Paya Bedong dan Kampung Embun.

Bulan ini merupakan musim mesyuarat agung PAS cawangan-cawangan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment