Friday, December 19, 2014

Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak meninggal dunia

MARAN: Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Abdul Manaf Othman, 70, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 7 petang 15 Disember lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Aris Feizul Ismail, arwah rebah sewaktu mengambil wuduk untuk bersembahyang Maghrib di rumahnya di Jengka 2, sebelum dikejarkan ke hospital Jengka.

Menurut Aris, beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di pangkuan isteri serta anaknya.

“Arwah sempat membaca khutbah Jumaat lalu dan kelmarin masih mengimamkan solat di masjid itu,” kata Aris.

Arwah adalah imam masjid Jengka 2 dan merupakan ahli PAS yang aktif sejak tahun 1980-an dan memegang jawatan penting di peringkat PAS Kawasan.

Selain daripada itu beliau pernah beberapa penggal dilantik sebagai ahli jawatankuasa Dewan Ulamak Negeri Pahang dan dipilih menjawat Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat pada sesi 2007-2009.

Beliau pernah tiga kali bertanding pilihan raya mewakili PAS iaitu di Dun Tajau dan Ulu Jempol.

Arwah juga merupakan pejuang peneroka Felda sezaman dengan (kesemuanya telah kembali ke rahmatullah) Pak Soh Sukarno, Abdul Malik Yusof dan Suhaimi Said.

Sementara itu Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) Pahang, Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, antara jasa arwah yang terbesar ialah memperjuangkan geran hak milik peneroka Felda daripada geran secara berkelompok kepada individu.

Jenazah Ustaz Manaf disembahyangkan di surau miliknya Darul Quran, Jengka 2 sebelum disemadikan di tanah perkuburan berhampiran keesokan harinya.

Turut menziarahi, anggota-anggota Badan Perhubungan PAS Pahang serta sahabat dan keluarga.


~ Ustaz Manaf (kanan sekali) ketika diziarahi pemimpin PAS Maran baru-baru ini.

1 comment:

  1. ...


    Pemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!

    Kenapa?

    Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..

    Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!


    * Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

    Saya Ulang..

    Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

    Sumber Berita

    >> Sumber 1 <<

    >> Sumber 2 <<






    ...


    Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
    ( Lihat Bukti Di Youtube )

    https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

    https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

    https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

    https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

    https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

    https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4



    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<






    ReplyDelete