Saturday, November 17, 2012

Ayuh, jayakan PAS ganti Umno!

Keputusan PAS memilih tema “Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" dalam muktamarnya yang sedang berlangsung, saya rasakan amat tepat sekali menjelang pilihan raya umum (PRU) kian mampir.

Ini disebabkan, kebajikanlah yang menjadi harapan dan sedang ditunggu-tunggu rakyat pada masa kini dan akan datang.

Selama ini, kerajaan BN yang berkuasa tidaklah serius sangat memenuhi kepentingan rakyat kerana yang mereka pentingkan ialah bagaimana mereka boleh kekalkan berkuasa.

Dengan lain-lain perkataan, kebajikan kepada mereka pimpinan Umno BN ialah yang boleh membawa mereka kepada pengekalan kuasa.

Buktinya, terpampang di dada akhbar saban hari pelbagai kesengsaraan rakyat, kegetiran rakyat meneruskan kehidupan dan betapa terpinggirnya anak watan tanah air ini sendiri.

Jadi bagaimana caranya pemimpin Umno menipu rakyat untuk terus berkuasa? Carana ialah dengan membantu secara bertempel-tempel seperti BRIM, TRIM, KRIM, KRIM dan pelbagai 1M lagi yang digunakan untuk kempen-kempen politik. Sedangkan permasalahan rakyat sebenarnya tidak diselesaikan.

Justeru tak salah jika dikatakan, jurang hidup miskin - kaya semakin melebar. Yang miskin di negara ini terus bertambah miskin papa kedana dan yang kaya pula terus mewah, jika diukur daripada kos kehidupan semasa. Sedangkan negara sudah 55 tahun mencapai kemerdekaan. Apa yang mereka buat di atas sana selama ini?

Pengalaman di Pahang, ketika pimpinan PAS turun menjelajah ke kawasan-kawasan melalui program Konvoi Cakna Rakyat, membuktikan terlalu banyak permasalahan rakyat yang tidak diselesaikan , termasuk kemudahan asas.

Di Lipis, ada projek yang dijanjikan pendapatan bulanan rakyat melalui pertanian, tetapi gagal sedangkan wang khazanah rakyat sudah berjuta dilaburkan. Ada rompakan bijih besi sehingga menyusahkan kehidupan seharian rakyat. Ada kelompok rakyat dari warganegara ini yang terpinggir di tanah air sendiri.

Di Jerantut pula, masalah perhubungan jalan yang tak siap-siap daripada mula sentiasa menjadi rungutan penduduk. Wang amanah sudah dicurahkan berjuta-juta kepada kontraktor kroni, masalah perhubungan rakyat tidak pernah selesai.

Di Temerloh, juga diadukan penduduk mereka terpaksa melalui jambatan gantung yang sudah ketinggalan zaman sedangkan mereka hanya berada dua kilometer dari pusat bandar. Di Lanchang, penduduk dianiaya Felda sendiri. Pasar yang sepatutnya dapat menampung keperluan penduduk, dibiarkan terbengkalai dan wang rakyat pun hangus.

Sampai bila rakyat mahu diperbodohkan?

Di Bera, penduduk yang tinggal sejak beratus tahun di pinggir Sungai Pahang, berurusan seberang menyeberang masih kempunan dambakan sebuah jambatan sedangkan projek water front yang banyak membazirkan wang rakyat. Ada yang sudah 20 tahun tidak mendapat wang MPOB yang mereka layak dan ada warga negeri Pahang yang terpaksa berurusan di Negeri Sembilan termasuk anak-anak yang bersalin.

Sebelum ini, penulis sudah dibawa melihat kerakusan kapitalis-kapitalis Umno yang mengaut dan mengukut kekayaan bijih besi di Bukit Ibam.

Berbalik kepada muktamar yang sedang berlangsung, tepatlah kehendak perwakilan mahu tumpukan usaha ke arah pnguasaan ke Putrajaya.

Kaitannya ialah, penguasaan ke Putrajaya sangat penting bagi bagi PAS dan PR bagi memenuhi kebajikan rakyat yang sudah diabaikan Umno BN selama ini.

PAS perlu terus menyerlah untuk menggantikan Umno.

Justeru, pulanglah para perwakilan selepas berakhir muktamar ini dan bekerjalah sesungguhnya untuk memenangkan perjuangan ini. Kita memegang amanah Allah. Kita bertanggungjawab memajukan bumi yang kita pijak dan memakmurkan sekelian isi-isinya!

2 comments:

  1. dh berpuluh tahun kasi kt umno memerintah.... kenapa tak berani beri PAS 5tahun utk memerintah pulak...

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu diajar dan diasuh supaya takut untuk berubah. Seolah-olah jika berubah, maka dunia pun kiamat.

    Orang Melayu dididik bahawa Umno adalah pemimpin keramat yang tidak boleh diubah, sedangkan kuasa itu rakyat yang menentukan pada setiap lima tahun sekali.

    Kenapa orang Melayu tidak mahu memakai kalimat motivasi "Anda tidak akan berubah selagi anda sendiri tidak mahu berubah"?

    Kenapa tidak mahu memahami kalimat draipada Al-Qur-an bahawa "Tidak akan berubah sesuatu bangsa melainkan bangsa itu sendiri yang mengubahnya"?

    Sesungguhnya Umno (parti syaitan dikenali) mengajar orang Melayu supaya takut kepada perubahan seperti takutkan hantu dna polong!

    ReplyDelete