Monday, July 1, 2019

Kes Salamiah: Ini tulisan anaknya

Solidariti Untuk Ibu

Tiga orang anak ibu membesar dan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Mentakab, malahan boleh bercakap cina dengan baik sehingga sekarang. Ibu sepuluh tahun menjadi pendidik di Sekolah Menengah Cina, jasa dan keringat ditabur tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama.

Apabila ibu bersuara dan memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan, terus didakwa sebagai seorang rasis, seorang yang anti kaum lain, terus dibuat laporan polis.

Friday, June 28, 2019

PAS Pahang sokong kenyataan Salamiah

Saya mewakili ahli Badan Perhubungan PAS Pahang dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Kampar dan menegaskan bahawa kami menyokong penuh kenyataan Dan cadangan Ustazah Salamiah Mohd Nor yang merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang.

Senarai penuh AJK PAS Pusat 2019/2021

PELANTIKAN jawatan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

JAWATANKUASA HARIAN

PRESIDEN
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
YB Dato’ Ustaz Haji Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Thursday, June 20, 2019

Muktamar bersejarah: Ini pantun Rosli Jabar

Terpahat sebagai sejarah buat pertama kalinya muktamar PAS diadakan di negeri Pahang.

Kami ucapkan selamat datang kepada semua pimpinan, perwakilan dan tetamu-tetamu yang hadir samaada dari dalam negara atau luar negara.

Sungai Pahang sungai yang panjang.
Bertemu kuala, mengalir ke sumur
Selamat datang ke Negeri Pahang.
Negeri sejahtera, aman dan makmur.

Muktamar Dewan Pemuda Ke 60: Membina generasi kemenangan Islam

Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Gambang Pahang riuh geger dengan suara perbahasan anak-anak muda yang datang daripada seluruh negara, menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-60. Dewan muktamar yang besar, selesa dengan sistem audio yang canggih menambah kelancaran muktamar yang juga memancing pesona pelbagai pihak media. Saya secara peribadi merasakan terdapat jurang generasi dengan perwakilan kerana jarak umur kami yang semakin melebar. 

Tuesday, June 18, 2019

PASTI, SRITI cuti sempena muktamar DPPM

Semua institusi pendidikan (PASTI & SRITI) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang di setiap peringkat diarah bercuti   mulai besok (19) sehingga 21 Jun(Jumaat) 2019.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, arahan cuti khas itu bersempena muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang kali pertama diadakan di negeri Pahang.

Dr Morsi rebah syahid ketika berhujah di mahkamah

Oleh ABDUL MUEIN ABADI

1. Dilaporkan bahawa Dr. Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang sah dari Ikhwan Muslimin yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – telah syahid meninggalkan kita.

2. Beliau dilaporkan rebah dan pengsan sewaktu sesi perbicaraan di mahkamah dan disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Thursday, May 30, 2019

Jabatan Amal yang dicemburui lawan

Gambar hiasan
Oleh: DR RIDUAN MOHAMAD NOR

 
Entahlah!, aku juga tidak memahami kegilaan manusia dizaman edan ini. Kebencian tanpa sebab hatta atas alasan yang paling kecil sekali pun. Dicarut, dimaki dan diseranah sesedap mulut dan jari dipapan kekunci. Isunya berakar daripada kes jenayah membakar kereta Mufti Perlis, tanpa perlu melepasi proses siasatan dan penghakiman, pembenci terus memuntahkan kebencian mereka pada Jabatan Amal atau dahulunya kenali sebagai Unit Amal.

Monday, May 27, 2019

Pukau di Expo Temerloh?

Heboh ketika ini dalam media sosial mengatakan berlaku penjualan ‘secara pukau’ oleh jurujual di expo Ramadan di Temerloh.

Dalam satu grup whatsapp, menurut mangsa yang terkena itu, modus operandi jurujual tersebut ialah menghampiri mangsa dan mencalitkan produk kecantikan.

Yang terkena, tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan.

“Salam kpd sesiapa yg gi expo Tloh..hati2 dgn penjual produk krim pemutih..diorg akn tegur kita lepas tu dia tarik kita dia sapu2 krim tu ..pastu kita dgn mudah serah duit kita ...

Thursday, May 23, 2019

8 Adun PAS beri penghormatan terakhir


Tiada dalam gambar: Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak
Lapan orang Adun PAS menyertai ribuan rakyat ke Istana Abu Bakar apabila memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di persada yang terletak di tengah-tengah Balairung Seri, hari ini.

Wednesday, May 22, 2019

Sultan Ahmad Shah mangkat

KENYATAAN MEDIA 

KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH MANGKAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah. 

Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. 

Sehubungan itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syhuhada’. 

Amin.

Al Fatihah

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

Thursday, May 2, 2019

Pindaan Akta 355: Kerajaan PH jangan u-turn

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta tidak membuat U-turn untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, pindaan tersebut dilihat mampu memperkasa institusi Mahkamah Syariah di negara ini.

Tuesday, April 30, 2019

Islam tidak begitu selamat di bawah PH - Mufti Perlis

ARAU: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

Luahan kekecewaan Mohd. Asri itu susulan selepas rakannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama Hindu.

Wednesday, April 24, 2019

17 orang Asli hilang di hutan Kuala Krau

Gambar hiasan


Dilaporkan seramai 17 Orang Asli dari perkampungan sekitar Kuala Krau, Temerloh hilang di Hutan Simpan Krau sejak empat hari yang lalu.

Menurut sumber, kesemua mereka masuk hutan difahamkan untuk mencari madu lebah dan hasil-hasil hutan di situ.

Tuesday, April 23, 2019

Menteri lemah bukan persepsi, Salahuddin

Penafian Salahuddin Ayub bahawa menteri-menteri kerajaan PH lemah hanya persepsi, boleh dianggap sebagai Cuma menutup kelemahan sendiri.

Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menganggap ‘persepsi’ tersebut hanyalah dari orang luar tanpa data, kajian sahih dan tiada kajian emperikal.

Monday, April 22, 2019

YB Zakhwan Ketua Pemuda PAS Pahang baharu

Zakhwan di kanan dan mantan Ketua Pemuda Negeri Ustaz Hazmi di sebelahnya
Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang baharu menggantikan Ustaz Hazmi Dibok yang melepaskan jawatan.

Sunday, April 21, 2019

Pemuda jangka PRU15 pada 2021

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi menjangkakan pilihan raya umum (PRU) ke 15 berkemungkinan dilangsungkan awal iaitu sekitar 2021 serentak dgn pilhan raya negeri (PRN) Sarawak pada.

Berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang hari ini (21 April) di Dewan Tun Razak Temerloh, serentak dengan itu beliau menyeru saf pemuda agar bersiap sedia.

Tuesday, April 16, 2019

Dr Maza sifatkan Kerajaan PH bagaikan kera mendapat bunga

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang sebelum ini dikatakan cenderung kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), kini sudah mula mengkritik gabungan tersebut.

Utusan online yang memetik kenyataan beliau di Arau pada Isnin, Asri seolah-olah memberi gambaran kelemahan kerajaan Pakatan apabila melabelkan kerajaan kini bagaikan 'kera mendapat bunga'.

Ulamak PAS Pahang dapat ketua baharu

Ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, yang juga Adun Damak Ustaz Zuridan Daud dipilih sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang yang baharu pada muktamar dewan tersebut di dewan Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan pada Ahad.

Bekas pensyarah Universiti Malaysia Pahang itu mengisi tempat Ustaz Mokhtar Senik yang melepaskan jawatan.

Manakala Ustaz Ahmad Nafiri Toazi dan Ustaz Khairul Azmi Ismail masing-masing kekal sebagai timbalan dan naib.

Friday, April 12, 2019

Boikot pasaraya Giant!



Orang ramai, lebih-lebih lagi ahli PAS, diseru memboikot pasaraya Giant berikutan penghinaan yang begitu nyata dilakukan pasaraya berkenaan terhadap sebuah parti yang memiliki lebih sejuta ahli di negara ini.

Pasaraya tersebut tanpa segan silu atau rasa bersalah, telah menjual alas kaki berlogo PAS, seolah-olah wang dan urusniaga penyokong dan pendokong PAS tidak bernilai langsung di mata pengurusan mereka lantas jika orang PAS tidak pergi ke situpun tidak mengapa bagi mereka.

Wednesday, April 10, 2019

Usul separuh masak PH gagal

Oleh HAJI AHMAD AMZAD HASHIM

Kita menyaksikan kegagalan PH dalam usul pindaan perlembagaan semalam melalui undi belah bahagi. Ia detik memalukan PH yg terpaksa juga ditelan oleh Perdana Menteri. Tun Mahathir terpaksa menanggung semua ini berpunca kegopohan dan desakan rakan rakannya yg gagal untuk lebih cermat dan mengambil pendekatan lebih berhemah dalam menjayakan usul ini yg sebenarnya boleh dirunding, dibincang bersama agar menjadi sempurna dan diterima semua.

Misteri Gua Kota Gelanggi Jerantut

Salah sebuah gua Kota Gelanggi
Gua Kota Gelanggi yang terletak di daerah Jerantut, Pahang menyimpan pelbagai cerita ganjil dan misteri. Di dalam gua ini, terdapat tujuh buah gua yang dipanggil kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang. Gua-gua ini dipanggil kota yang membawa maksud negeri-negeri yang berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.

Tuesday, April 9, 2019

Akhirnya UZAR akui pertukaran kerajaan sebabkan hibah TH terendah

Akhirnya pakar ekonomi Islam Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman mengakui hibah Tabung Haji (TH) yang terendah tahun ini adalah disebabkan pertukaran kerajaan PH yang dilihat tidak menentu.

Sebelum ini Dr Zaharuddin juga mengulas mengenai pengumuman hibah terendah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof, yang hingga kini masih diperdebatkan orang ramai kerana institusi tersebut merupakan satu-satunya milik umat Islam di negara ini.

Monday, April 8, 2019

Pasti Al-Ihsan juara bola jaring Pasti

Pelajar-pelajar dari Pasti Al-Ihsan
Pasti Al-Ihsan Taman Jaya 6 muncul juara pasukan bola jaring setelah mengalahkan Pasti Zaid 2-1 manakala Pasti Aqliah meraih tempat ketiga dalam kejohanan Bolasepak & Bola Jaring Pasti Kawasan Temerloh semalam (Ahad).

Bagi perlawanan bolasepak pula Pasti Al-Amin Sungai Gau pula johan setelah menundukkan Pasti Al-Haq, yang juga sengit.

Sunday, April 7, 2019

Di sebalik tarik balik Statut Rom

MENTERI MANA YANG KECEWA SAMPAI BUKA RAHSIA KABINET?

Oleh DR KAMARUZAMAN YUSOF

Menarik bila membaca laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk ‘Government forced to retract treaty’ (‘Kerajaan dipaksa untuk menarik balik perjanjian’).

Dividen TH 1%: Dr Zaharudin sila jawap!

Portal MalaysiaKini memaparkan satu artikel bertajuk "Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah?".

Penulis menyenaraikan beberapa penyebab.

Penulis memberi beberapa "bukti"  kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings sehingga kerugian RM670 juta dan TH membeli 30 peratus pemilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan kerugian RM144 juta.

Tuesday, April 2, 2019

Menteri jangan sampai dilihat derhaka

Oleh ROSLAN SMS

Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan telah melantik Husam Musa pemimpin PAN Kelantan yang ditolak rakyat Kelantan dalam PRU lalu sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu atau KADA yang baru.

Surat perlantikan yang ditandatangani Menteri Pertanian pun telah viral.

Bahana bauksit: Ancaman dan tindakan

 Oleh ALI AKBAR OTHMAN

Isu kebejatan terhadap alam sekitar menjadi semakin kritikal dan tambah meruncing dari hari ke hari. Penodaan terhadap hutan belantara, dara atau tua, penjarah tanah simpan kekal yang rakus hinggalah kepada pelombong mineral yang haloba membarisi senarai panjang kelaku sumbang dan durjana sebahagian dari ‘kita’ terhadap alam sekitar.

Monday, April 1, 2019

Tuan Guru Presiden berehat di IJN

Berita terkini menyebutkan Presiden PAS YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang, sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN).

Kenyataan media daripada Setiausaha Politik beliau, Syahir Sulaiman, tadi Tuan Gurun hadir ke IJN untuk membuat pemeriksaan kesihatan, dan telah dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat di IJN bagi menjalani pemeriksaan susulan.

Bersama kita doakan kesihatan Dato' Seri Tuan Guru, yang masih memimpin amanah jamaah perjuangan di tanah air ini demi Islam dan rakyat.

Moga dipermudahkan segala urusan Tuan Guru dan dikurniakan kesembuhan.

5 sekeluarga ahli PAS terbunuh kemalangan jalan raya di Chenor

Oleh ARIS HAZLAN ISMAIL

Semoga Allah merahmati keluarga  yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM101 Kg Semat (Bt 13) Chenor pada jam 2.30 petang tadi. 

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Myvi,  Ustazah Norsuraya Binti Mohd Noor (30 tahun)  dari Jengka 6 dan suaminya Musa Bin Abdullah (31). Musa adalah aktivis PAS Jengka 4.