Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal juga menggesa kerajaan negeri Pahang memainkan peranan supaya program menaikkan taraf hentian tersebut dapat disegerakan demi keselesaan rakyat di samping merangsang kedatangan pelancong ke negeri Pahang.
Dalam kenyataan medianya kepada Selamatkan Pahang, Roslan berkata, PAS Negeri Pahang amat dukacita dengan keadaan fizikal Hentian Pekeliling di Kuala Lumpur yang masih dalam keadaan daif setelah pelbagai komen dibuat antaranya seperti disiarkan sebuah akhbar harian pada April 2009.
“Pihak DBKL pernah membuat kenyataan untuk menaikkan taraf stesen berkenaan mamun setelah lebih sepuluh tahun kenyataan tersebut dibuat, tiada sebarang kemajuan diperlihatkan. Pengguna kenderaan awam ke Pahang terpaksa berhadapan dengan suasana tidak selesa, tidak selamat dan berbahaya terutama apabila hujan atau pada waktu malam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaY5m1VjtcJVPnJBV-2pn1VsZ89TuP13s7mxt-EKqHTybL9Tnxt-q9DJr50rvSYPPlHM7TPWHSZncANX9fwW5hYvlARrx1Jf7VWDzb8-10zCy6Xg6Ilol2itGKuw_SbXqxzVgfvGUi5B3g/s200/RoslanZainal2009.jpg)
Gambar:
1. Keserabutan “Gerbang Pahang” yang berterusan, kurang memikat pelancong ke Pahang
2. Pandangan seperti ini sudah berlarutan sejak 40 tahun dulu, tanpa perubahan
3. Roslan
saya cadangkan projek itu ditangguhkan sehingga pr mengambil alih putrajaya nanti, kalau puak yg ada ni buat kerja banyak masaalah pertama kontrak diberi secara runding terus atas dasar keselamatan dan kepakaran
ReplyDeletekedua harga akan menjadi berkali ganda tinggi sebab ramai nak patuk..
ketiga tak sempat pakai dah runtuh..
Saya setuju dgn Mi...
ReplyDeleteTapi andaikata belum ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti, jgn pulok tangguh projek...
LENGANG JE, TAK SERABUT PUN.
ReplyDelete