20 Januari 2012
SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KEMASUL, BENTONG
Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri Pahang menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong.
Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan.
1. Benarkah kerajaan telah mengeluarkan lesen pembalakan yang sah untuk membolehkan pengeluaran balak di kawasan hutan simpan tersebut?
2. Adakah status Hutan Simpan Kekal itu telah dilupuskan?
3. Jika dilupuskan adakah mengikut prosedur atau dibolehkan oleh undang-undang?
Kami mendapat aduan penduduk sekitar bahawa aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan lepas dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan Kampung Chemomoi dan FELDA Kemasul - Triang termasuk pada waktu malam.
PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menarik balik sebarang lesen pembalakan jika ada dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan mengambil tindakan segera menghentikan sebarang aktiviti penjarahan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Kemasul sekali gus diikuti tindakan segera untuk PEMULIHARAANNYA demi untuk menyediakan kawasan tadahan air bersih untuk generasi akan datang.
• SELAMATKAN NEGERI PAHANG DARIPADA KERAKUSAN PENJARAH. SELAMATKAN MALAYSIA.
• BERSAMA MEMBUAT PERUBAHAN, ANDA RAKYAT MERDEKA BERANI MELAKUKANNYA.
Sekian, terima kasih.
ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI
Setiausaha Perhubungan
Syabas PAS Pahang kerana berusaha selamatkan hutan kita.
ReplyDeleteDah pokai sangat kot Kerajaan UMNO Pahang ni hingga tak memikirkan kesejahteraan rakyat.Apa nak jadi 5 tahun lagi jika hutan kekal ini dimusnahkan?
Orang Melayu Pahang nak sokong UMNOlagi?Fikirkan lah juga,dengan kerakusan ini apa nak jadi pada jenerasi akan datang?Dengan kemusnahan hutan ini habis habis 3-4 kerat je orang Melayu senang...yang selebihnya siapa???
Haram jadah punya UMNO!!!!
Apa nak jadi dengan kawasan pembiakan habitat haiwan dihutan simpan ini?Ia bukan saja menampung air dibumi tapi juga tempat pembiakan dan kawasan pemuliharaan haiwan liar seperti rusa,kijang,pelandok,landak dan sebagainya.
DeleteSepatutnya hutan itu dijadikan pusat pelancongan seperti yang terdapat diKuala Tahan.Membina jambatan gantung yang tinggi tanpa merosakan walau sepohon balak disana.
Sebagai contoh membina beberapa menara tinjau tanpa memusnahkan hutan dan bina jambatan gantung yang tinggi antara menara ke menara.Sudah tentu ramai pelancong yang datang kerana jalan perhubungan yang mudah keKuala Lumpur.Ia bukan saja menarik pelancongluar malah pelancomg tempatan.Selain itu ia juga boleh memberi menafaat kepada pelajar pelajar sekolah mengenai hutan dan habitat haiwan dan mungkin boleh melihat sendiri hidupan liar itu menjalani kehidupan bebas.
Tokeh tokeh balak itu apa dia peduli dengan ini semua?Yang mereka tau DUIT!!!Mereka dapat segantang,orang UMNO dapat tak sampai suku pot...BANGANG!!!
Lepas ni, kita masukkan spesis Umno ke dalam hutan Kemasul supaya menjadi tempat pelancongan. Pada masa itu orang nak tau juga apa itu Umno
ReplyDeleteKalau letak spesis UMNO kat situ tak guna...xda sape nak datang tengok!
DeleteSuruh dia orang berhimpun dan berkempen kat sana..biar dibaham dek rimau yang dah tak ada tempat tinggal..
Tangan Tok Nan yang tunjuk isyarat lucah tu biar dihunggisnya!
Lepas ni ramai la penoreh getah kena baham dek rimau...apa taknya?Tempat tinggal dah tak ada!Dah terang!Terang macam kepala Tok Nan jugak!!!!
Hutan Simpan kemansul atau Hutan Simpan Kekal kemasul?
ReplyDelete