![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinoKbht9GTo8Vv5BbK2m-Zs9Sxv3PoKtemhcSUzSbiITDMkpL99E5ETnz8J5hIlsyaboasGodZGhmER8frWji_lqFPWByY27lFITU0VjgRh3j2WDMxBOaMd3knv1LpI8DQWIMpGgC92Zi_/s280/kuota+30%2525.jpg)
Tetapi oleh kerana ia dibangkitkan oleh seorang pemimpin Umno, maka senyap sunyilah para pencacai dan peneriak kontemporari itu. Inilah stardard politik di negara ini. Meskipun dunia sudah bertambah maju dan moden, namun tidak mudah untuk mengup-grade otak pengkagum Umno!
Nampaknya satu persatu hak bumiputra dan harta negara tergadai terutamanya di zaman DS Najib. Ini termasuklah penjualan tanah dan stesyen Keretapi TANAH MELAYU di Woodland, Singapura. Tanah Lapangan Terbang Sungai Besi, MAS, Tanah Rakyat di Pekan, Pahang untuk projek kilang minyak dan selepas ini Syarikat Air negara.
Malang sungguh generasi kini, yang akan datang dan selamanya. Sedih air mata darah sekalipun, kita hanya mampu berdoa kepada ALLAH agar di berikan kekuatan untuk bangkit semula dan terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau. Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro.
Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.
“Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham,” jelas Nor Mohamed Yakcop.
~ dari facebook RhZaaba Putra
sudah lah..jgn nak mohong
ReplyDelete