Tajuddin juga mengancam akan membuat laporan polis dan Badan pencegah Rasuah (sekarang SPRM) terhadap Adnan berkaitan tanah milik Umno Pahang di lot PT 3171 (636 ekar) dan PT 3172 (404 ekar) masing-masing di mukim Luit, Maran.
Dalam bukti sijil yang ditunjukkan kepada media, mencatatkan kedua-dua tanah berstatus pertanian itu mula dimiliki oleh Umno Pahang pada 3 Jun 1980 kemudian bertukar tangan kepada dua syarikat iaitu Accent Palms Sdn Bhd dan Promvest Sdn Bhd yang kedua-duanya menggunakan alamat yang sama di Petaling Jaya, Selangor.
Turut disebutkan Tajuddin dalam kenyataan medianya ketika itu ialah kemungkinan Adnan berbohong dengan menyatakan tanah milik parti itu dijual kepada Yayasan Pahang sedangkan berdasarkan Sijil Carian Rasmi Pejabat Tanah Kuantan menunjukkan tanah itu telah dijual kepada syarikat bukan Melayu.
Surat yang dibuat selepas pertemuan pemimpin Umno Bahagian Paya Besar dengan Adnan itu turut menyertakan sijil carian rasmi.
Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat Ria Gemilang juga mengesahkan ahli lembaga pengarah syarikat yang beralamat di Selangor itu semuanya bukan Melayu.
Malangnya, cerita hangat yang berlaku pada 2008 itu, terus senyap tanpa diketahui siapa benar siapa salah.
Sepatutnya, rakyat negeri ini diberi penjelasan terbuka berkaitan isu berkenaan kerana ia merupakan dakwaan serius dan tidak sepatutnya ada kompromi. Mendiamkan terus isu berkenaan bermakna menutup isu sebenar daripada pengetahuan rakyat dan ini tidak wajar kerana setiap inci bumi Inderapura bertuah ini adalah milik rakyat negeri ini.
Jadinya, eloklah dibuka semula kes itu!
JUAL YER...
ReplyDeleteBAGAIMANA PULAK DENGAN NIZAR DAN DAP YANG BAGI FREE TANAH 999 TAHUN KEPADA ANAK CUCU CHIN PENG DI PERAK?
BILA KORANG NAK SURUH NIZAR BAGI PENJELASAN?
Alahai Luncai tanah yg nizar bg tu tanah tapak rumah yg di beri waktu zaman British @ kg baru..waktu tu grn x keluar..dia bg gran supaya cina tu sng buat loan bina rumah baru....yg bg tanah ke cina..umno...tak pyhy nizar bg penjelasan aku pun blh bagi...pengundi dun pasir panjang
ReplyDeleteLuncai ni sebodoh namanya. Tanah tu mereka duduk sejak hampir 100 tahun secara turun temurun, tetapi UmnoMCA biasanya akan dtg setiap kali pilihanraya berjanji utk bagi geran. iaitu sebagai umpan utk undi.
ReplyDeleteBagaimana pulak yg habis dari gunung ke bukit tinggi ke genting hingga ke pulau dan hutan-hutan balak yg dah botak di'sedekah' kepada towkey2 tu?
Sapa nak jawap? Luncai terjun labu nak jawap?
si luncai bodoh berlabu-labu. dasar penggguuuur
ReplyDeletekita jgn dok pertikai tanah bg kat cina ,bagi jugak lah sikit sikit mereka pun warganegara malaysia jugak.
ReplyDeletenak tanah jugakkkk...kat pahang...adnan bengonggg
ReplyDelete