Dalam kejadian tersebut tidak kurang daripada enam buah rumah mengalami kerosakan teruk selain menjahanamkan banyak harta benda penduduk.
‘Tetamu tidak diundang’ itu melanda kawasan penempatan peneroka Felda itu sekitar jam 12 tengahari, Khamis lalu.
Sumbangan segera berbentuk wang tunai pula disampaikan oleh Naib YDP Kawasan Kuala Krau Hj. Ahmad Mohd Yaman (juga Pengarah Dun Kerdau) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau Hj. Abdul Aziz Abdul Rahman.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg4fEEORzdbYbqEHabBxPQXHtpD1i-vTMlQhVbA7EZx_gu5D8bKRZn6aF1Bc77-a0QAnEsc3lgm8OC2GWwxAtYFxBfRj4lCYm_A7pDmknCidXn16k2d1bhrAZIFPoaXe_zMC2lJOlC0JbJ/s200/JK23-23JPG.jpg)
Sehingga berita ini ditulis, belum kedengaran Felda membantu mangsa yang terlibat.
Menurut Zukri, kawasan tersebut sudah beberapa kali dilanda malapetaka seumpama itu tahun ini. Baru-baru ini musibah yang sama berlaku melibatkan di kedua-dua kawasan tebing Sungai Pahang sehingga mengakibatkan banyak kemusnahan.
Pihak istana juga tampil memberi bantuan pada ketika itu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg55GYsS-hVOXfjHQl9cPjw8_uJTwsn4yZKebvCNUudFMyAr1bcD5Aw-Ht-cN0h3p2O-QbevzcxZR3nuGrHIQqWWQMUyVBhm-k2_1gFeDRvVzDl9K4MuhS84uRkMKzwk7ZjmoPKVYtb_uzc/s200/JK23-4JPG.jpg)
GAMBAR:
1. Beginilah kesan ngeri akibat pukulan ribut pada tengahari Khamis lalu di Felda Jengka 23
2. Seorang mangsa berdiri di hadapan kawasan rumahnya yang ranap dipukul ribut
3. Ahmad Mat Yaman (kiri) menghulurkan bantuan segera kepada mangsa
4. Para Pemuda PAS bertungkus lumus membersihkan kawasan yang dilanda ribut kuat
No comments:
Post a Comment