Menurut peguam Mohd Hanipa Maidin, antara sebab Felda akan diheret ke mahkamah ialah untuk mencabar peraturan yang dikeluarkan agensi tersebut seperti pekeliling yang dikuatkuasakan sewenang-wenangnya tanpa pernah membawa peneroka berunding.
“Peneroka bersedia untuk mencabar Felda di mahkamah antaranya berkaitan pekeliling yang berbentuk peraturan yang dikuatkuasakan mengikut sesuka hati. Selain itu peneroka akan menuntut wang Tabung Tanam Semula (TTS) yang dipotong Felda sebanyak RM1,700 seekar.
“Jumlah sebanyak itu juga akan dicabar di mahkamah kerana kenapa jumlahnya tidak meningkat selepas 15 tahun sedangkan ia berbentuk pemotongan untuk pelaburan. Begitu juga dengan harga gred sawit yang tidak munasabah yang diterima peneroka,” katanya.
Kira-kira 200 peneroka dari seluruh Pahang menyertai program anjuran Sekretariat Felda PAS Pahang itu. Turut membantu Hanipa dalam dialog ialah peguam dari Perak, Amiruddin.
“Felda perlu diheret ke mahkamah berikutan telah berpuluh tahun peneroka tidak mendapat haknya yang sebenar. Dan Felda ini hanya faham bahasa saman dan tidak pernah mengenal erti perundingan,” tambahnya ketika menjelaskan cadangan seorang peserta supaya diadakan terlebih dahulu perbincangan dengan Felda sebelum menyaman agensi itu.
Hanipa yang merupakan peguam kepada peneroka Felda Sungai Koyan yang baru menang menyaman Felda, mengakui menyaman Felda merupakan perkara yang sukar kerana samalah seperti menyaman Perdana Menteri tetapi peneroka mesti bertindak.
Abdul Rahman dalam ucapannya menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memberanikan diri menyaman Felda kerana sudah tidak tahan melihat sudah ditipu selama 30 tahun sehingga matlamat kewujudan badan berkanun itu sudah tersasar jauh.
Bagaimanapun beliau menjelaskan mengambil langkah yang rapi sebelum menyaman Felda isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit iaitu telah membawanya sampel buah jenis muda, mengkal dan masak ke makmal Sungai Tekam dan Sime Darby sebelum itu. Hasilnya mendapati grednya ialah 25.57%.
Sedangkan gred yang diberikan oleh Felda tidak pernah melebih 19% selama ini.
“Namun malangnya kebajikan peneroka sendiri terabai dan dalam banyak hal peneroka tertipu. Jadi mereka merupakan kelompok yang mempertahan Umno selama ini namun pada masa yang sama banyak hak dan kebajikan mereka tidak dipedulikan,” jelasnya.
Gambar:
1. Peguam Hanipa Maidin (kiri) bersama peguam Aminuddin
2. Abdul Rahman Ramli
3. Dr Hamzah Jaafar
4. Antara peserta yang hadir
bagi harga sawit RM100 setan baru peneroka ni
ReplyDeletetak kenang budi