Tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu makanan istimewa termasuk sate, sup gear-box, lemang, rendang dan pelbagai kuih-muih serta buah-buahan tempatan.
Kemuncak ialah amanat daripada Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Yang Di-Pertua PAS Kuala Krau kepada anak perauan yang pulang bercuti sempena cuti raya Aidilfitri ini.
Turut hadir ialah Setiausaha BPPNP Roslan Zainal, Bendahari BPPNP Musaniff Abdul Rahman, Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Balasubramaniam, Ketua Pemuda DHPP Pahang Balasurendran, Setiausaha JPN Mazlan Mohd Yassin, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Negeri Pahang Jamaluddin Abdul Rahim serta kepimpinan Pemuda Negeri dan PAS Kawasan.
Tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian artis dakwah tempatan Qomarul Roihan dan diselang-seli celoteh lucu deejay Zaini.
Unit Amal pula mengambil kesempatan mengedarkan risalah berkaitan Felda yang diterbitkan oleh Anak kepada orang ramai dan kereta yang lalu lalang.
Sementara itu PAS Pahang dengan usahasama Sektretariat Adun Kuala Semantan akan turut mengadakan jamuan rumah terbuka pada 18 September ini bertempat di hadapan bangunan BPPNP, Jalan Bahaman bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.
Manakala jamuan rumah terbuka bagi anak Pahang di Lembah Klang pula akan diadakan keesokkan harinya (19 September) di Dewan Exco Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
Semua dijemput hadir.
No comments:
Post a Comment