Friday, April 22, 2011

Tuan Ibrahim mahu jawatan Presiden, Timbalan ikut syura

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diputuskan mengikut kaedah syura bagi menjamin gabungan kepimpinan terbaik.

Tambahnya, dalam masa yang sama hak ahli untuk memilih pemimpin masing-masing tidak pula dinafikan.

“Saya lebih cenderung jika jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti diputuskan mengikut kaedah syura, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menafikan hak ahli untuk memilih kepimpinan.

“Kepada saya kaedah ini lebih baik dan praktikal demi untuk menggabungkan kepimpinan terbaik dan lebih fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) daripada berkempen dan bersaing sesama sendiri,” katanya

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi sessi 2011 – 2013 walaupun sudah mula menerima pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan yang sedang bermesyuarat agung.

Pada ketika ini, beliau mendapat tidak kurang daripada 10 pencalonan.

Tuan Ibrahim merupakan calon Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Muktamar tahun 2009. Tahun ini beberapa kawasan mencalonkan beliau bertanding Timbalan tetapi beliau telah menolaknya dan hanya berhasrat untuk mempertahankan jawatan Naib.

Pada ketika ini hanya Haji Muhamad Sabu yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi mencabar pemegang jawatan Ustaz Nasharuddin Mohd Isa.

“Apa-apapun, saya fikir fokus kepada PRU itu lebih penting kerana kita membawa amanah yang berat daripada rakyat iaitu untuk melakukan perubahan kepada sistem dan pentadbiran negara. Jadi persoalan pencalonan perjawatan itu kita letaklah ke nombor dua walaupun memilih pemimpin juga penting dan di situ ada hak ahli,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjangkakan PRU ke 13 akan berlaku tahun ini juga dan berharap semua jentera Pakatan Rakyat di segenap peringkat bersedia.

“Walaupun BN hanya menguasai 55 % undi popular dan klah di semua peti undi dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, kita jangka (PM) Najib tidak akan menunggu lebih lama untuk mengadakan PRU. Apa lagi pemilihan Umno hanya ditangguhkan selama 18 bulan daripada tahun lalu,” katanya.

Bagi keputusan PRN Sarawak, Tuan Ibrahim berpendapat parti-parti yang berasaskan perkauman akan terpinggir pada masa depan dan tidak akan relevan lagi.

“Melihat kepada kekalahan teruk parti SUPP dan SNAP, gambaran jelas pada masa depan ialah parti bercorak perkauman tidak akan relevan lagi,” jelasnya.


6 comments:

  1. mungkinkah dia punya kerangka dalam almari,yg akan dieploitasikan olih pesaing dan lawan.

    ReplyDelete
  2. Iban, pada prasangka saya, ialah Ustaz saya ini ikhlas demi kebaikan jamaah. kalau dlm PAS pun bertanding jawatan mcm berlaku dlm Umno, jadi apa bezanya PAS dgn parti lain.

    Pandangan beliau tepat bvahawa lawan kita yg sebenar ialah Umno dan BN, bukannya sesama kita.

    Jadi tak payah beriya sangat lah

    ReplyDelete
  3. semoga allah merahmati segala usaha yg dibuat demi kepentingan islam sejagat....

    ReplyDelete
  4. Saya amat bersetuju bahawa musuh utama kita ialah umno/bn

    ReplyDelete
  5. Tidak cukup kah Dewan Ulamak dan Majlis syura yang bertanggong jawap menjaga dasar Parti agar tidak tergelincir dari syriat Islam.Bukankah Presiden dan Tim.President juga AJK Pusat yang lain hanya mejalankan pengurusan Parti mengikut dasar yang di tetap kan oleh dewan Ulamak dan Majlis syura.Saya sungguh tak faham dengan pimpinan PAS yang gila kuasa tak tentu hala.Apakah gerakan Islam ni milik Para ustad yang berserban besar Ilmu tinggi melangit nak turun Demo pun takut. Kenapa sempitkan ruang untuk memimpin pada tempat yang tidak sepatutnya.Ustaz ustaz kalau masih ada fahaman yang fanatik cam ni nak juga jawatan Presiden dan Tim.Preseden nak juga duduk saya rasa sampai kiamat pun pas masih macam ni.Berapa Ekor puak ustaz ni yang boleh tutur bahasa Inggeris dan boleh mengerakan Parti secara mass movement seperti di mesir dan di dunia Arab sekarang ini.Apakah Revolusi Mesir dan dunia Arab yang sedang bergolak sekarang ini pada mulanya di pimpin oleh puak Ustaz atau Ulamak .Kenapa sempitkan sesuatu hal yang bukan pada haknya yang sepatutnya.Persepsi nagatif saja bagi mereka yang takut pada kejatuhan jawatan yang menjamin habuan.Bagi saya puak puak ustaz ni janganlah melampau hingga menutp ruang pada puak yang bukan Ustaz seolah olah tak layak dengan jawatan tersebut.Kitab mana hadis mana yang mereka guna untuk hujah perkara ini melainkan persepsi dan andaian buruk saja terhadap yang bukan Ustad.

    ReplyDelete
  6. Apakah kah Puak Ustaz itu di jamin syurga hingga menjadi cemburu tak tentu PasalDunia Islam sekarang sedang mencaroi Pemimpin yang di beri hidayah dan pertunjuk danbukan nya Ustaz yang gila jawatan dan takut hilang pengaruh.

    ReplyDelete