Tuesday, March 26, 2013

PRU 13: PR Pahang akan buat kejutan

PAS Pahang sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila diberi peluang bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Daripada keseluruhan 42 Dun, DAP bertanding 7 manakala selebihnya (14) ditandingi PKR selepas selesai agihan kerusi peringkat PR Pahang.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang (JPN) Cikgu Abdul Majid Hasan, Dun-Dun yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman.

Bagi mengetuai cabaran tersebut, PAS dijangka menampilkan lebih 50 peratus muka baru iaitu terdiri daripada ulamak muda lulusan Timur Tengah dan profesional dalam pelbagai bidang. Antaranya di Pulau Tawar, Inderapura, Luit, Kerdau, Beserah, Sungai Lembing dan Chenor.

Melihat kepada faktor Pahang tidak terkena tempias tsunami politik 2008, negeri Perdana Menteri dan menempatkan majoriti besar pengundi Melayu, tidak ramai penganalisis yang berani meletakkan PR akan berjaya mencipta sejarah pada PRU 13. Namun menurut Abdul Majid, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, tidak mustahil PR mampu membuat kejutan.

Antara lain ialah kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu rakyat, kebangkitan rakyat yang celik maklumat dan swing pengundi Cina yang dijangka meningkat sehingga 80 peratus.

Satu faktor lagi, terdapat 25 Dun mengandungi kawasan tanah rancangan Felda. Dengan pelbagai isu yang menghantui serta kesedaran warga peneroka dijangka boleh menyumbang ke arah kemenangan PR.

Pada ketika ini empat Dun sudah dimenangi PR iaitu dua oleh PAS di Kuala Semantan dan Beserah serta dua oleh DAP iaitu di Triang dan Tras. Kedua-dua parti dijangka tiak menghadapi sebarang masalah untuk mengembalikan semua kerusi masing-masing.

Namun yang menariknya terdapat 8 Dun di mana PR hanya kalah di bawah 1,000 undi pada PRU yang lalu iaitu Sabai (145), Teruntum (293), Tanjung Lumpur (496), Damak (509), Tanah Rata ( 575), Jengka (596), Inderapura (873) dan
Ketari (882).

Manakala 8 Dun lagi majoriti kekalahannya di bawah 1,500 ialah Luit (1,068), Bilut (1,108), Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), Tahan (1,357), Benta (1,358), Jenderak (1,374) dan Panching (1,444).

Abdul Majid berkata, jika terdapat swing (lonjakan) kurang daripada 5 peratus sahaja trend pengundian terdahulu meningkat ke arah PR, bermakna Dun-Dun Guai (1,941), Semambu (2,136), Lanchang (2,139) Batu Talam (2,415) dan Mentakab (2,439) akan jatuh ke tangan PR sekali gus mendapat majoriti mudah untuk ke Wisma Sri Pahang.

“Itu yang saya katakan PR mungkin boleh membuat kejutan berdasarkan terlalu banyak kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu air dan tanah, muncul aktivitis media baru serta peningkatan sokongan pengundi Cina terutama selepas isu Lynas.

“Bagaimanapun saya masih menekankan faktor utama kemenangan ialah jentera pilihan raya yang bertugas di segenap unit peti undi serta jentera kempen selain daripada bertawakal sepenuhnya kepada Allah,” katanya.


Perlu hanya 5 % untuk simple majoriti


Lonjakan lima peratus yang dikehendaki itu tidak mustahil boleh diperolehi PR berdasarkan peningkatan yang sama diperolehi pada PRU 2008 berbanding PRU 2004.

Bagi kerusi parlimen di Pahang pula, Abdul Majid berkata PAS akan bertanding enam daripada 14 iaitu Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bera dan Rompin. PKR kekal bertanding di Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Lipis. Sementara DAP kekal di kerusi tradisinya Cameron Highlands, Raub dan Bentong.

Tambah Abdul Majid, Pahang bakal menyumbangkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen bagi membantu PR ke Putraja iaitu mengekalkan Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala Jerantut, Raub dan Temerloh juga, dengan izin Allah, akan jatuh ke tangan PR. Katanya, kajian dari pihak BN sendiri yang diperolehi demikian.

Menurut angka terbaru jumlah pemilih pada PRU 13 di Pahang seperti dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 727,047 orang iaitu meningkat lebih 20 peratus (603,242) dari tahun 2008.

Pecahannya mengikut kawasan parlimen ialah P078 Cameron Highlands (27,774), P079 Lipis (32,005), P080 Raub (53,802), P081 Jerantut (57,774), P082 Indera Mahkota (63, 419), P083 Kuantan (55,577), P084 Paya Besar (47,465), P085 Pekan (79,721), P086 Maran (37,875), P087 Kuala Krau (42,415), P088 Temerloh (65,308), P089 Bentong (61,335), P090 Bera (50,513) dan P091 Rompin (52,064).

Paratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%. Yang menakjubkan ialah lebih 45% pengundi adalah yang berusia antara 21 tahun hingga ke 40 tahun. Menggambarkan pengundi kali ini lebih bermaklumat.


Calon mantap cabar BN


Bagi calon-calon pula, belum ada pengumuman rasmi meskipun tarikh pilihan raya semakin hampir. Namun begitu, pemimpin tertinggi PAS Pahang dijangka terus kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Dun Jengka, Ustaz Yusof Embong di Dun Panching dan Dr Hamzah Jaafar di Parlimen Jerantut.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Dato’ Fauzi Abdul Rahman dijangka bertanding di Parlimen Indera Mahkota menggantikan Azan Ismail yang berpindah ke Terengganu. Sementara Leong Ngah Ngah yang diberi jolokan ‘Lee Lam Thye Pahang’ dijangka beralih ke Ketari. Manakala Dun Triang yang dimenanginya selama lima penggal akan diserahkan kepada Setiausaha Organisasinya Lee Chin Chen.

Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack dikhabarkan akan bertanding di Bentong atas tiket DAP.

Rata-rata menyebut, PR masuk bertanding PRU kali ini lebih bersedia. Ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di Kerdau tahun lalu, berjaya dihimpunkan. Pada hari tersebutlah diumumkan tawaran PR Pahang 6 + 3 yang jika betul-betul disampaikan kepada khalayak rakyat, pasti akan memilih PR.

Ia berbetulan pula dengan kelemahan kerajaan BN yang sudah terlamapu lama berkuasa sehingga menimbulkan terlalu bnayak ketidakpuasan hati rakyat.

CAPTION
1. Tuan Ibrahim
2. Abdul Majid
3. HKR Kerdau
4. Dun-Dun Pahang


Saturday, March 23, 2013

Ruang penipuan dalam pilihan raya

IC Polis/Tentera Boleh Dimanipulasi dan Sistem Dakwat Kekal 'Terbalik' Membantu Penipuan Pilihanraya

Berikutan pendedahan sensasi di media apabila seorang anggota trafik yang juga seorang blogger pro-Umno boleh mengundi dua lokaliti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan semua pihak bahawa terdapat sindiket terancang yang 'dibiarkan' berlaku demi untuk Umno terus berkuasa.

Ini bukan kes terpencil, ia boleh berlaku di kalangan semua anggota polis dan tentera khususnya yang telah tamat perkhidmatan dan berhenti. Dengan dua pengenalan diri, 'IC tentera' dan juga 'IC awam' digunakan untuk mengundi lebih dari sekali dan kes blogger pro-Umno ini adalah bukti yang jelas.

Berapa ramai jumlah anggota tentera dan polis yang sudah tamat perkhidmatan yang berisiko menafikan sistem demokrasi dengan menjadi pengundi hantu? Ia juga menunjukkan betapa SPR tidak pernah serius membersihkan senarai pengundi lantas menjadi salah satu jalan penipuan pilihanraya.

Di atas sebab yang sama, majoriti rakyat hari ini menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengekang pengundian lebih dari sekali oleh individu sama.

Namun difahamkan sistem dakwat kekal yang akan dilaksanakan pada PRU-13 kelak adalah berbeza dari kebiasaan. Hanya mereka yang sudah dicalit dakwat akan diberikan ballot (kertas) mengundi. Ia juga bermakna, setiap mereka yang sudah dicalit dakwat kekal boleh mengundi lebih dari sekali dengan sistem 'terbalik' ini.

Justeru itu, SAMM mendesak supaya penggunaan celupan dakwat kekal harus dilaksanakan dengan sistem yang lebih berkesan iaitu dengan meletakkan syarat hanya jari yang bersih tanpa dakwat kekal sahaja layak mendapat ballot mengundi.

Jika SPR terus menggunakan sistem yang serba pincang, ia jelas bermakna pelaksanaan penggunaan dakwat kekal yang diumum hanya untuk mengkaburi mata rakyat. Malah ia menjadi satu cara untuk terus menipu dalam pilihanraya. Demokrasi terus dinafikan secara terselindung!

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com
twitter: @edyesdotcom
010-2675872

Friday, March 22, 2013

Menziarahi makam Tok Mengkarak

Baru-baru ini saya sempat menziarahi makam seorang tokoh ulamak Islam dalam sejarah Pahang, Tok Mengkarak di Kampung Mengkarak (bersebelahan masjid Mengkarak), Bera bersama seorang waris keturunannya Haji Alang Ahmad Teh.

Menurut Alang bekas wartawan Utusan Melayu yang kini AJK Persatuan Sejarah Pahang, beliau merupakan keturunan ke empat Tok Mengkarak.

Beliau ialah anak Teh, Teh anak kepda Penghulu (Lebak) Abu Bakar, Abu Bakar ialah anak Tok Pandak dan Tok Pandak ialah anak Tok Mengkarak.

Mengikut catatan sejarah yang ada pada Haji Alang (kajian oleh Dr Aminudin Mansor dan Datuk Dr Munir Yaakob), Tok Mnegkarak ialah Imam Nur Al Qadim anak kepada Imam Nur Al Bayan datang empat beradik ke Semennajung Tanah Melayu dari Tanah Minang.

Beliau membuka satu tempat dengan nama Kampung Mengkarak, mengambil sempena nama tempat asalnya iaitu Danau Singkarak (yang katanya dari segi geografinya seakan-akan serupa dengan kampung asalnya).

Salah seorang adik beradiknya membuka Chenor.

Menurut Haji Alang, Tok Mengkarak juga mempunyai pertalian dengan seorang lagi ulamak terkenal Pahang Tuk Shahbudin bin Zainal Abidin (1650-1700) yang meneroka Kampung Berhala Gantang.

Lokasi penempatan yang dibuka oleh Tok Mengkarak itu ialah di muara Sungai Mengkarak yang bertemu dengan Sungai Pahang, betul betul terletak di tanjung Sungai Pahang yang paling selatan (jika merujuk peta negeri Pahang) dan keunikan ini menjadikan aliran sg pahang seperti berbentuk huruf U.

Sekitar tahun 1620an, semasa kegemilangan Kerajaan Kesultanan Pagar Ruyung di Pulau Sumetra, berlaku pertentangan aliran fahaman tarikah dalam pengembangan agama Islam. Kumpulan pendakwah yang lebih berfahaman ekstrem dalam bidang tauhid telah meletakan tarikat Martabat 7 sebagai dasar utama amalan agama Islam. merupakan pendakwah dan pengamal tarikat ini yang mendapat penentangan daripada Sultan Iskandar Muda Thani ( Sultan Pagar Ruyung ).

Berdasarkan catatan sejarah itu, baginda sultan telah mengeluarkan titah untuk menangkap, membunuh pengikut Martabat 7 selain membakar semua kitab-kitab yang digunakan.

Menyedari ancaman ini, Iman Nur Al Bayan dan anak-anaknya serta pengikut-pengikut yang setia telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mempertahankan ajaran yang dianuti serta mengembangkan Islam ke Tanah Melayu terutama untuk kawasan pendalaman Negeri Pahang.

Penghijrahan ini juga melibatkan waris kesultanan Pagar Ruyung yang merasa terancam dengan kuasa Sultan yang memerintah. ( Ada dakwaan bahawa..kumpulan ini merupakan waris kesultanan Pagar Ruyung yang dipinggirkan dan dengan silsilah kesultanan ini mereka telah mendapat tempat sebagai pemimpin atau pemerintah di tempat tempat yang tertentu. Contohnya, hubungkait dengan salasilah kesultanan Seri Menanti di Negeri Sembilan, kesultanan Maharaja Perba Jelai di Lipis dan perkaitan dengan salasilah keluarga di Pekan, Chenor dan lain-lain.


Juga rujukan:
http://universitimengkarakk.blogspot.com

Monday, March 18, 2013

Swasta jalan negeri rugikan pekerja, kontraktor

Penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada hanya sebuah syarikat dijangka akan menjejaskan pekerja kuari Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor kelas F dan peluang kerja anak tempatan.

Penswastaan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. itu sudah tentu merugikan banyak pihak dalam jangka masa panjang kerana ia seperti monopoli.

Kuari JKR bergantung kepada pengeluaran hasilnya yang dipasarkan kepada JKR-JKR daerah, jika kerja-kerja penyelenggaraan jalan diswastakan secara langsung akan menjejaskan pendapatan pekerja kerana syarikat kontraktor biasanya mempunyai kuari sendiri.

Begitu juga dengan pekerja-pekerja unit jalan JKR daerah, mereka mempunyai kakitangan paling ramai dalam unit-unit JKR. Dengan cara penswastaan ini elaun lebih masa yang mereka nikmati sebelum ini mungkin sudah tidak ada lagi.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, mendedahkan, berdasarkan surat daripada Pengarah JKR Pahang, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd.

Menurutnya, surat yang ditujukan kepada semua jurutera daerah itu, kontrak akan dilaksanakan bermula pada 1 hb April 2013 selama 7 tahun dan pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri.

Jelas surat tersebut, jalan-jalan Negeri yang terlibat dengan kontrak ini adalah jalan-jalan di dalam kategori Jalan Raya Negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tidak termasuk jalan-jalan di bawah kategori yang lain.

Sementara itu, menurut carian di SSM, dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000.

Dengan penswastaan tersebut, kontraktor kelas F juga dijangka menghadapi kerumitan dan masa depan yang suram selepas ini kerana segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori jalan raya negeri di bawah JKR dibatalkan.

Sebelum ini kontraktor kelas F juga ramai yang terpaksa ‘gulung tikar’ apabila penyelengaraan jalan persekutuan diswastakan kepada syarikat Roadcare.

Unit jalan JKR daerah-daerah sudah tentu akan dikecilkan saiznya kerana kerja-kerja sudah diswastakan. Secara tidak langsung kesan jangka panjangnya ialah tidak ada lagi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.















Wednesday, March 13, 2013

Lahad Datu: Anwar akan ditangkap?

KONSPIRASI TERKINI UMNO?
Anwar mungkin ditahan tak lama lagi – Rafizi


Terdapat kebimbangan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.
Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.
Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan.

"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.

"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu.

Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Kita sudah begitu hampir pada pilihan raya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat.

Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."
Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua

Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa mengosongkan tempatnya.

"Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi di antara beliau dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle.

"Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka memalsukan dakwaan pasukan polis untuk ‘mati katak' daripada Tian Chua walaupun dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu ada alasan."

Bukan pertama kali

PKR mungkin mempunyai alasan untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.

"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.

Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.

Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.

Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.

Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.

Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib.

Najib juga terikat untuk mendapatkan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, orang yang dikatakan bakal paling rugi jika PR menang dalam PRU ke-13 dan Anwar menjadi PM yang seterusnya.

Ini kerana, bukan sahaja Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.

Oleh:   Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Tuesday, March 12, 2013

Umno makin mengganas, pertingkat keselamatan

Keganasan Demi Keganasan Bukti Penyokong Umno Semakin Tertekan

Minggu lalu, keganasan telah berlaku dalam satu majlis ceramah di Bukit Katil yang menyebabkan dua orang hadirin cedera berdarah di kepala. Semalam, berlaku lagi keganasan yang mengancam nyawa apabila kayu dan telur dibaling ke arah bangunan ibupejabat PKR di Damansara.

Semua keganasan ini berlaku dengan jumlah yang kerap semenjak Umno dan Barisan Nasional dilihat tidak mampu bangkit dari kekalahan PRU tahun 2008. Keyakinan terhadap mereka untuk terus memerintah terus merundum. Maka di atas kedudukan getir ini, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka masih dipelihara oleh undang-undang.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana ia telah banyak kali berlaku dan ia juga sebahagian dari proses perubahan. SAMM juga tidak terkejut mengetahui sebuah balai polis terletak selang dua pintu dari lokasi serangan berlaku (Ibu Pejabat PKR). Mungkin penyokong Umno ini terlalu ganas seperti pengganas Sulu maka pihak polis yang berdekatan tidak cukup kelengkapan untuk bertindak. Tidak dinafi ramai pengikut Sulu merupakan ahli Umno.

Bagi SAMM, jika kekacauan seperti ini tidak dibendung, ia akan berlarutan hingga ke musim pilihanraya. Dijangka semakin dekat tarikh PRU pasti lebih banyak lagi keganasan dicetuskan oleh pihak regim kerana tertekan dengan tahap kesedaran rakyat. Tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan seterusnya. Juga telah terbukti ia bukan perhimpunan yang aman apabila objek kayu dan telur dilontar membahayakan keselamatan awam. Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti.

SAMM percaya sebagai kumpulan lebih berwibawa dan bertamadun, Pakatan Rakyat tidak akan bertindak balas dengan mengumpulkan ratusan ribu pengikutnya mengepung dan membaling telur ke arah PWTC. Keganasan Umno ini juga akan memberi kemenangan lebih besar kepada Pakatan Rakyat, jadi tidak timbul soal bertindak balas.

Cuma apa yang SAMM kesalkan ialah, kedudukan pemuda PKR yang lemah menyebabkan penyerang yang tidak sampai 50 orang itu berani menyerang ibu pejabat PKR sendiri. Jika pemuda kuat pastinya pihak musuh membuat banyak perkiraan sebelum melakukan serangan. Sedangkan tempat yang diserang minggu lalu adalah tempat bagi ketua pemuda PKR tidak mampu dibendung dengan baik.

SAMM pernah terlibat menjayakan Jelajah Merdeka Rakyat dan syukurlah tiada serangan berlaku dalam 18 siri jelajah pertama. Namun selepas itu, keganasan berlaku bermula dengan bas dibaling cat dan pecah cermin di Kota Bharu.

SAMM menggesa keselamatan perlu dipertingkat, pemuda PKR juga harus pertingkat keselamatan. Penyerang yang jumlahnya tidak sampai 50 orang seharusnya tidak dapat melakukan serangan tersebut jika kita lebih bersedia.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM