Saturday, January 28, 2012

Penduduk jadi mangsa kontraktor Umno berbalah

BERA: Kontraktor dan sub-kontraktor Umno bagi projek bekalan air yang bertelingkah sesama mereka tidak sepatutnya mengheret penduduk di enam perkampungan Orang Asli di daerah ini menjadi mangsa dendam mereka.

Mengulas kejadian saluran paip air yang dimusnahkan akibat perbalahan tersebut, Mazlan Aliman berkata kejadian itu merupakan perbuatan khianat serta penganiyaan kepada masyarakat Orang Asli yang sepatutnya menikmati kemudahan asas sebagai rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Penyelia Parlimen Bera berkata, rombongannya bersama PAS Bera telah dijemput meninjau ke kampung Kuala Serting di sini minggu lalu setelah dimaklumkan saluran paip dimusnahkan sehingga penduduk menghadapi terputus bekalan air.

“Yang mengejutkan kami ia dirosakkan sendiri oleh subkontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan hanya kerana bayaran tidak diperolehi daripada kontraktor utama Rossington Sdn Bhd.

“Penduduk memberitahu, mereka baru empat hari menerima air bersih tiba-tiba bekalan terputus. Rupa-rupanya jentolak membongkar saluran paip yang telah ditanam dipecah dan dimusnahkan. Ini ibarat pepatah marahkan nyamuk kelambu di bakar.

“Memang tidak masuk akal, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air bila dah siap dimusnahkan pula. Orang siuman tak akan buat kerja seperti itu. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja.

Mazlan berkata, akibat daripada pemusnahan itu beberapa buah perkampungan Orang Asli yang lain Kampung Lengot, Lubuk Perah, Kampung Patil, Kampung Lubuk Tambangan dan Kampung Pasal turut mengalami nasib yang sama.

Sementara itu, wakil penduduk perkampungan Orang Asli turut membuat laporan polis di IPD Bera kelmarin kerana pertelingkahan di antara kontraktor dan subkontraktor lantikan Umno itu menyebabkan penduduk Orang Asli teraniaya.

Mereka berbuat demikian meskipun telah dilarang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan sebelum itu kerana beranggapan pemimpin-pemimpin Umno tempatan didakwa gagal menyelesaikan masalah terbabit.

Mazlan berkata, projek yang dimusnahkan itu adalah sebahagian daripada projek bekalan air ke seluruh negeri Pahang semasa kempen pilihan raya umum (PRU) pada tahun 2008 lalu bernilai RM112 juta.

Projek tersebut telah dikurniakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Rossington Consolidated Sdn Bhd bagi seluruh penempatan Orang Asal di Negeri Pahang, kemudian diagihkan pula kepada lima subkontraktor.

Tambah Mazlan, ada pihak menganggarkan kerugian hampir RM 2 juta bagi kerosakan infrastuktur di Kampung Kuala Serting itu.

“Ada sebahagian penduduk di beberapa kampung terbabit sudah membina kolah atau singki untuk kegunaan seharian. Sekarang bukan sahaja mereka kerugian kerana perlu membina semua itu, tetapi terpaksa melupakan hasrat untuk terus menerima bekalan air terus ke rumah,” katanya.

“Ada kampung sudah menerima bekalan air sejak tahun lepas, tetapi ada juga yang baru menerimanya selama empat hari saja. Jadi, tindakan ini benar-benar menyusahkan penduduk Orang Asli,” katanya.

Serentak dengan itu Mazlan menggesa pihak agensi yang terlibat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera kerana pertelingkahan sesama Umno tidak sepatutnya menyebabkan kebajikan rakyat dikorbankan.

“Kementerian Luar Bandar yang diterajui Datuk Seri Shafei Afdal mesti buat penjelasan. Ini wang rakyat dan projek untuk rakyat. Kelemahan Kjaan BN adalah kepercayaan penuh diberi kepada kontraktor tanpa pemantauan rapi. Inilah akibatnya beri projek kepada kroni atau kontraktor yang beramanah. SPRM juga wajib siasat,” gesanya.

CAPTION:
1. Mazlan ketika melawat perkampungan Orang Asli
2. Banner yang dipasang tanda bantahan penduduk




Friday, January 27, 2012

Orang bodoh pun tak akan terima kenyataan bodoh

Hari ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob muncul lagi di akhbar dengan kenyataan kurang cerdik.

Antara lain beliau membidas kenyataan pembangkang (Datuk Tuan Ibrahim) kerana menabur janji, yang katanya tidak munasabah.

Sebelum ini Tuan Ibrahim ada menyebut sebahagian 'manifesto' PAS bahawa jika PR berjaya menumbangkan Umno/BN, antara lain ialah akan menawarkan tanah kepada rakyat.

Kata Tok Nan: "Hanya orang jahil boleh menipu orang jahil. Kalau kita tidak jahil, kita tidak akan tertipu.

"Bagaimana mereka boleh memberi tanah lot tanah untuk setiapo rakyat negeri ini yang berjumlah 1.5 juta sedangkan tanah yang boleh digunakan hanya 3 peratus. Yang lain ialah rezab hutan, lomnbong dan tasik".

Lohh wok, kenapalah bodoh sangat wok.

1.5 juta rakyat itu jumlah keseluruhan rakyat! Budak umur 7 tahun takkan nak dibagi lot tanah, orang OKU takkan nak bagi suurh usahakan tanah, tok nenek yang dah umur dekat 100 takkan nakkan tanah lagi, melainkan tanah kubur!

Orang yang dah kaya banyak tanah macam Tok Nan, memang dah tak layak dapat lot tanah.

Persoalannya rakyat yang tidak bertanah yang gagal dibantu oleh kerajaan Umno/BN, atau sudah tinggal puluhan tahun tetapi gagal diberi hak milik. Inilah yang mahu dibantu.

Alah wok, tanah di Bukit Tinggi diberi beribu ekar kepada tauke Cina... dan banyak lagilah tak mahu sebut, yang itu tidak pulak mustahil.

Kalau ikut standard pemikiran Tok Nan, negeri Pahang ini dah mengalahkan Singapura dan Penang, yang dah penuh sesak sampai rakyat tak boleh duduk atas tanah lagi!

Nampaknya, orang bodoh pun payah nak percaya dengan kenyataan bodoh (melainkan Umno).



Saturday, January 21, 2012

Beli hotel guna wang zakat?

Pada ketika kecur diperkatakan orang merata-rata tentang kontroversi wang zakat MAIWP digunakan menteri untuk tujuan tertentu, tiba-tiba tersembul pula satu cerita mengenai sebuah hotel di Kuantan telah dibeli kononnya menggunakan wang kutipan zakat.

Menurut sumber, perkara itu didedahkan oleh ‘orang dalam‘ sendiri.

Dikatakan, pada masa ini isu ‘beli hotel bintang dengan duit zakat’ itu sudah diketahui ramai dan dibicarakan orang yang tahu secara terbuka.

Rata-rata berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana membeli hotel itu tidak jelas masuk dalam asnaf yang mana. Ada juga yang kecewa kerana keperluan wang zakat diagihkan secara asnaf masih banyak perlu dipenuhkan.

Itulah kata mereka. Tetapi ada juga yang mahu terus merahsiakan kerana katanya memperkatakan tentang wang zakat dikatakan sensitif. Jadi masih banyak yang belum jelas.

Kami akan cuba menyiasat bukti lanjut berkaitan perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam. Kami berjanji akan mendedahkan duduk perkara, apabila sisatan siap nanti.

Friday, January 20, 2012

SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KEMASUL

KENYATAAN MEDIA PAS PAHANG

20 Januari 2012

SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KEMASUL, BENTONG


Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri Pahang menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong.

Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan.

Sehubungan itu, PAS Pahang mahu Kerajaan Pahang menjelaskan kepada rakyat persoalan-persoalan berikut:

1. Benarkah kerajaan telah mengeluarkan lesen pembalakan yang sah untuk membolehkan pengeluaran balak di kawasan hutan simpan tersebut?

2. Adakah status Hutan Simpan Kekal itu telah dilupuskan?

3. Jika dilupuskan adakah mengikut prosedur atau dibolehkan oleh undang-undang?

4. Mengapa dilupuskan sedangkan kawasan tersebut amat penting sebagai khazanah perhutanan negara sekali gus sebagai kawasan tadahan untuk lembangan Sungai Triang dan Sungai Pertang. Tidakkah akan menjejaskan ekologi dan bekalan air bersih jangka panjang untuk negara?PAS Pahang berpendapat jika aktiviti pembalakan tersebut adalah haram, maka adalah mustahil pihak berkuasa perhutanan tidak mengetahuinya berdasarkan aktiviti pembalakan dan matau yang terletak di tepi jalan raya sekali gus tertera lesen pembalakan. Sementelahan pula kawasan hutan tersebut terletak di dalam kawasan DUN yang diwakili oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Kami mendapat aduan penduduk sekitar bahawa aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan lepas dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan Kampung Chemomoi dan FELDA Kemasul - Triang termasuk pada waktu malam.

Penduduk tempatan juga mengadu mengenai keadaan air Sungai Pertang dan Sungai Triang yang begitu keruh sejak beberapa bulan berkemungkinan kesan daripada aktiviti pembalakan tersebut.

PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menarik balik sebarang lesen pembalakan jika ada dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan mengambil tindakan segera menghentikan sebarang aktiviti penjarahan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Kemasul sekali gus diikuti tindakan segera untuk PEMULIHARAANNYA demi untuk menyediakan kawasan tadahan air bersih untuk generasi akan datang.

• SELAMATKAN HUTAN KITA KHAZANAH RAKYAT.
• SELAMATKAN NEGERI PAHANG DARIPADA KERAKUSAN PENJARAH. SELAMATKAN MALAYSIA.
• BERSAMA MEMBUAT PERUBAHAN, ANDA RAKYAT MERDEKA BERANI MELAKUKANNYA.

Sekian, terima kasih.


ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI


Setiausaha Perhubungan



Semuanya mahu diumnokan...

Padang di Dataran Temerloh, berhampiran Dewan Tun Razak, dikawal oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Selama ini MPT begitu ‘strict’ tentang politik. Buktinya, jika terdapat poster atau baner program PAS yang tergantung atau dilekatkan di mana dalam kawasan bandar, pekerja-pekerja MPT akan segera menanggalkannya.

Kononnya, MPT tak mahu politik.

Akan tetapi kelmarin, lain pula ceritanya. Umno Temerloh telah menggunakan pada MPT untuk tujuan ceramah politik. Terang-terang dan nyata. Mereka mengambil kesempatan daripada majlis penyerahan baucer RM500 di Dewan Tun Razak pada siangnya.

Sebab itu kebanyakan yang mendengar ialah wanita.

Penceramah undangan ialah N Gobala Krishnan dan Zahid Mat Arip, kedua-duanya sedang mencari makan dengan memburuk-burukkan Anwar. Zulkifli (9/10) yang sepatutnya turut berceramah, tidak hadir dan digantikan dengan seorang Cina.

Dengar cerita, semua sistem peralatan disediakan oleh Jabatan Penerangan. Kanopi hak milik MPT.

Bagi pihak Umno Temerloh diwakili oleh Ketuanya Sharkar, timbalannya Saifuddin dan Exco.

Para pendengar dipunggah dengan empat buah bas, kebanyakannya dari Lanchang. Ada pula yang mendakwa, kakitangan jabatan kerajaan juga dikerahkan atau dipaksa untuk hadir mendengar ceramah maki hamun itu. Ada pula yang membangkitkan, wang ‘upah mendengar’ juga turut diberi bersama beg kertas 1Malaysia.

Secara jujur, ceramah di tengah bandar Temerloh itu didengari lebih kurang 400 ke 500 orang.

Mula saja ceramah, mauduk utamanya ialah menghentam dan membelasah Anwar sesuka hati dan sekehendak perasaan.

Sementara penceramah Cina tadi mengambil kesempatan memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz.

Sudah tentu pada masa itu, pendengar tidak terasa lagi dean harga barang yang melambung setiap hari. Mereka terlupa sebentar isu lembu-kondo RM250 juta. Tidak teringat pula cincin Rosmah RM24 juta. Bahkan pembaziran yang pembinaan jambatan gantung di Kuala Semantan juga lupa.

Pada masa itu adakah yang nak bertanya pasaran ikan patin Temerloh dikuasai patin Pekan? Siapa peduli pasar daging babi di terus menjadi rungutan? Terlupa pula dengan sikap penguatkuasa MPT yang nak menyaman kereta saja kerjanya!

Penganjur berjanji, ceramah seumpama itu akan terus diadakan pada masa akan datang. Maknanya, Umno akan terus perguna (istilah sebenar ceroboh) harta rakyat untuk kepentingan politik. Sementara PAS atau Pakatan, jangan harap untuk diberi ruang.

Begitulah keadaannya demokrasi di Malaysia ini. Di bandar Temerloh iaitu Dun Kuala Semantan, kerusi tersebut dimenangi PAS. Tetapi Adun PAS tidak pernah dipanggil dalam sebarang mesyuarat yang membuat keputusan. Walaupun penduduk Temerloh memilih YB Syed Hamid.

Bukan itu saja, Ahli Majlis (MPT) pula dimonopoli oleh orang Umno termasuk Ketua Umno Cawangan merata ceruk.

Jadi begitulah, Umno boleh menggunakan apa saja kemudahan kerajaan yang mereka mahu. Walaupun jika dikaji, semua harta benda majlis adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai, termasuk orang-orang PAS dan mereka yang bencikan politik.

Ini semua kerana Umno merasakan mereka sudah memiliki segala-galanya akibat terlalu lama berkuasa. Sehinggakan hak rakyat dan kerajaan dirasakan seperti harta benda sendiri yang difaraid daripada ibu bapak nenek moyang mereka!

Kenapa Najib tipu peneroka?

Lagi UMNO tipu warga Felda. PM umum semua peneroka akan mendapat durian runtuh atau dengan kata lain wang tunai yang jumlahnya akan ditentukan oleh kerajaan nanti. Apakah warga Felda tidak dapat membaca dan menilai kata-kata pemimpin UMNO ini?

Itu bukan durian runtuh tetapi adalah wang dan hak milik peneroka yang selama ini dirompak dari peneroka. Kerajaan terpaksa bagi semula wang itu sebab musm PRU13 dah dekat apatah lagi dengan banyak pembongkaran penyelewengan wang Felda yang dilakukan oleh pihak pengurusan Felda dengan direstui oleh pemimpin dan Kerajaan UMNO selama ini. Wang yang dikatakan durian runtuh itu tidak sepadan dengan wang milik peneroka yang telah dirompak sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Jika tidak dibongkar oleh "ANAK", maka peneroka tidak akan tahu dan akan terus ditipu oleh UMNO selagi mereka berkuasa.

Namun begitu peneroka harus sedar, wang milik mereka yang telah disamun selama ini entah kemana perginya, dan wang yang diberikan yang tak seberapa nilainya itu nanti adalah wang dari pihak lain, mungkin wang yang dipinjam dari KWSP. Ianya adalah hutang. Bukan kerajaan yang berhutang tetapi peneroka yang berhutang secara paksa dan secara halus oleh puak UMNO.

Walau banyak mana pun yang diberi, peneroka jangan sekali-kali terpedaya dan rasa terhutang budi dengan kerajaan dan UMNO kerana wang itu sememangnya milik mereka dan sebenarnya jumlahnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang telah disamun oleh UMNO selama ini. Harus ingat! Jika peneroka mengundi UMNO pada PRU13 nanti dan mereka menang, mereka akan rompak lebih banyak lagi untuk membayar hutang tersebut. Jangan kena tipu lagi. Ini semua adalah permainan dan muslihat UMNO yang hanya bertujuan untuk mendapatkan undi peneroka dalam PRU13 nanti. Bila dah menang nanti, mereka akan tindas dan hisap darah peneroka semula. Jangan sekali-kali percaya dengan kebaikan dan mulut manis puak UMNO ini.

Mereka gadai tanah peneroka (FGVH), bila dapat untung berganda kelak, mereka akan sapu, dan berikan kuahnya kepada peneroka, dan jika berlaku kerugian kelak, mereka akan lepas tangan dan paksa peneroka membayarnya dengan mengenakan pelbagai cukai dan bayaran yang akan direka-reka kelak. PM kata jamin akan untung, siapa dia yang boleh beri jaminan bahawa (FGVH) akan untung? Jika rugi bagaimana? Akhirnya semua tanah milik peneroka akan tergadai dan terlepas kepada pihak asing. Maka ketika itu pemimpin UMNO dengan muka selamba akan berkata ‘nak buat macamana, kita dah usaha, tapi rugi juga". Sebenarnya mereka yang gadaikan tanah-tanah itu dan mereka kaut keuntungan secara senyap dan terancang.

Penyenaraian (FGV H) ini adalah cara kerajaan untuk mendapatkan wang untuk membayar hutang negara. Mereka paksa peneroka supaya menerima perancangan mereka ini kerana hutang negara sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Mereka pinjam wang dari luar negara, kemudian rekacipta projek-projek mega yangmana mereka dan kroni mendapat keuntungan atas angin bernilai ratusan juta ringgit, apabila sudah tidak mampu untuk membayar hutang, mereka intai-intai mana-mana harta milik rakyat yang boleh dikorbankan secara paksa. Tanah-tanah peneroka adalah antara yang menjadi korbanya. Selepas ini, kita tidak tahu hak rakyat mana pula yang akan mereka korbankan demi untuk menutup penyelewengan dan pecah amanah mereka terhadap wang rakyat dan wang milik negara selama ini. Tak mustahil tanah-tanah milik Felcra dan Risda pula yang akan menjadi mangsa selepas ini.

Bangunlah wahai peneroka, jangan tidur dan bermimpi lagi. Terlalu banyak sudah pengkhianatan dan penipuan UMNO terhadap Melayu dan peneroka Felda. Wang yang akan diberikan nanti, ambil! jangan tak ambil kerana itu adalah antara hak peneroka yang disamun selama ini walaupun jumlahnya tidak setimpal dengan wang peneroka yang dihilangkan selama ini. Tetapi itu bukan durian runtuh. Yang dapat durian runtuh ialah puak UMNO selepas FGVH disenaraikan nanti. Mereka kaut hasil titik peluh peneroka secara sah dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri.

Mereka tidak peduli apa peneroka nak kata. Sudah banyak kes peneroka dibawa ke mahkamah dan berpihak a peneroka. Ini adalah antara bukti bahawa sudah berpuluh tahun hakmilik peneroka ditipu dan diselewengkan oleh puak UMNO. Apakah peneroka masih ingin mengundi dan menyokong UMNO dalam PRU13 nanti?

Ingatlah wahai warga Felda, jangan tersilap lagi. Cukuplah selama ini kamu mengundi UMNO. Telah jelas dan banyak sudah penyelewengan yang telah mereka lakukan terhadap hakmilik kamu. Bangkitlah, bersama-samalah kita tumbangkan UMNO dalam PRU13 nanti supaya hakmilik kamu terus terpelihara untuk generasi-generasi yang akan datang.

"Jika ARAK itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan, kemungkaran, kesesatan dan kekufuran. Untuk selamat dunia dan akhirat, benci dan jauhilah kedua-duanya".

~ Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat

Thursday, January 19, 2012

Ucapan selamat Tahun Baru Cina, Tuan Ibrahim ajak lakukan perubahan

BANDAR TUN RAZAK JENGKA: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak seluruh rakyat negara ini bertekad untuk menjayakan perubahan menyeluruh kepada satu sistem dan kehidupan yang lebih baik.

Berucap dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina, beliau mengajak rakyat bangkit untuk menghapuskan segala elemen yang merosakkan seperti gejala rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Berikut teks penuh perutusannya:

“Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua. Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat dan mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat tahun baru dan menjadikan sambutan tahun baru pada kali ini dengan satu azam dan tekad baru iaitu bersama-sama menjayakan perubahan bagi negeri Pahang ini dan negara kita amnya.

“Perubahan ini merupakan salah satu di antara agenda besar, bukan saja dalam konteks politik bahkan juga dalam seluruh sistem kehidupan kita seharian.

“Kita lihat negara kita yang berbilang kaum, berbilang budaya, berbilang agama perlu hidup secara harmoni saling hormat menghormati serta memahami hak-hak agama masing-masing. Di waktu yang sama kita juga mestilah memikirkan masa depan negeri kita, negara kita dengan cara kita menghapuskan segala elemen yang merosakkan sama ada dalam peningkatan gejala rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya.

“Kita perlu bersama bertekad seluruh kaum di negara ini untuk bangkit dan berani untuk melakukan perubahan besar-besaran supaya kita mengembalikan satu sistem yang adil yang harmoni yang sejahtera. Islam sebagai sebuah agama sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam sama ada apa agama kita sekali pun kita perlu memahami tanggungjawab kita bersama sebagai warga negara Malaysia kita mempunyai hak yang sama di atas bumi kita tanah air kita.

“Marilah kita bersama-sama menggerakkan masyarakat kita, kita bina kesedaran di kalangan masyarakat untuk bersama-sama kita meningkatkan kemampuan ekonomi kita agar lebih baik dan stabil, juga keadilan lebih merata di kalangan rakyat.

“Pada waktu yang sama kita cuba menghapuskan nilai-nilai yang merosakkan dalam masyarakat. Selamat menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fat Cai”.


Lagi blogger Umno sertai PAS

Sekarang ini sudah menjadi trend dan musim untuk bloger ternakan Umno menyeberang ke arah Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini Datuk Ariff Sabri dan Aspan Alias masuk DAP, kelmarin seorang bloger Umno lain lain pula masuk PAS.

Aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

Di Pahang ini juga, khabarnya sudah ada bloger ternakan Umno yang sudah 'hampir tak makan' kerana tak sanggup lagi dijaga tuannya. maka kita tunggu dan lihatlah masanya...

Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1jsO4ElAV

Wednesday, January 18, 2012

Dari manakah wang RM500 BR1M?

Begitu gembira rakyat yang berjaya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO apabila mendapat RM500 dibawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang hangat diperkatakan sekarang. Gembira seketika dan akan berdukacita untuk selama-lamanya selagi UMNO berkuasa di Putrajaya.

Tahukah rakyat semua, dari manakah wang yang kononya diberikan itu sebagai prihatin kerajaan dan ingin meringankan bebanan rakyat? RM500 boleh belanja untuk berapa hari? Untuk meringan beban apa? Sedangkan puak-puak lanun di atas sana merompak beratus ribu malahan berjuta-juta ringgit wang rakyat dan negara.

Bagi RM500 sibuk satu dunia. Wang RM500 itu adalah wang yang dipinjam oleh kerajaan dari jabatan-jabatan yang menyimpan dan memungut wang dari rakyat selama ini. Samada wang dari KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tabung Haji, Wang milik peneroka Felda dan sebagainya. Ianya wajib dibayar semula oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan ini dengan faedahnya sekali. Siapa yang akan membayarnya dan dari wang diambil untuk membayarnya kelak?

Tidak lain dan tidak bukan, rakyat juga yang akan dipaksa untuk membayar pinjaman itu kelak dengan cara menaikan bil letrik, minyak petrol dan diesel, barangan kegunaan harian seperti gula, tepong, susu, beras dan lain-lain lagi. Termasuk juga barangan binaan sepeti simen, kayu, atap dan banyak lagi. Malahan kerajaan akan mendapat jumlah yang berliapat kali ganda banyaknya dari apa yang diberikan kepada rakyat itu.

Kenaikan ini berkekalan sepanjang masa sehingga bila-bila kecuali UMNO berjaya ditumbangkan pada PRU13 nanti. Tidak ada dan belum pernah lagi kerajaan yang beri wang tunai kepada rakyat secara percuma, semuanya mempunyai muslihat dan ada udang disebalik batu. Termasuklah wang ihsan RM300 yang diberikan selama ini. Semua bukanya percuma, kena bayar semula secara halus dan tanpa disedari oleh rakyat.

Ketika setiap kali musim pilihanraya pula, UMNO juga menabur wang tunai kepada rakyat untuk tujuan meraih undi. Yang itu bukan wang pinjaman tetapi adalah wang cagaran yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat judi, kilang arak dan pusat maksiat dan persundalan yang dilesen kan oleh kerajaan UMNO. Itu sebabnya UMNO mewah menabur wang pada setiap kali pilihanraya.

Pihak-pihak yang memberi wang itu bukan saja-saja beri, malahan juga mempunyai niat supaya jasa mereka dibalas semula apabila UMNO menang dan berkuasa semula selepas pilihanraya. Lesen judi, kilang arak dan pusat maksiat akan disambung semula lesen mereka. Mereka akan dibenarkan untuk menambah cawangan atau kilang-kilang baru dan tidak akan diganggu atau diserbu. Maka gemuklah rakyat yang gembira sakan pada musim pilihanraya kerana ditaburkan wang haram oleh UMNO.

Berbeza dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang yang memerikan wang tunai kepada rakyat mereka. Mereka gunakan wang lebihan dari hasil penjiamatan belanjawan tahunan. Belanjawan yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri berlebihan setiap tahun, maka lebihan itulah yang diagihkan kepada rakyat secara tunai. Bukan pinjam dari pihak lain.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belanjawan negeri mengalami "surplus" atau wang berlebih termasuk juga negeri Kedah. Bukanya seperti negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN, belanjawan tak pernah cukup dan sentiasa mengalami "defisit" yang tak pernah kurang malahan bertambah setiap tahun. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan rasuah yang terlalu banyak. Berlaku pecah amanah dan penyewengan dalam menggunakan wang rakyat secara berluas-luasa tanpa kawalan. Maka itu sebablah ada negeri dibawah pentadbiran hampir "bankrap" jika tidak dibantu kewanganya oleh Kerajaan Pusat.

Itulah sebab dan puncanya orang Melayu hidup merempat, melarat dan ketinggalan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa lain. Mereka ditipu oleh bangsa sendiri. Ditindas dan digula-gulankan oleh pemimpin yang sebangsa dengan mereka, kemudian mereka salahkan DAP dan bangsa lain kononya menindas orang Melayu dan merampas hak orang Melayu. Tetapi sebenar puncanya ialah angkara puak UMNO sendiri yang pandai bermanis muka dan berlakun di hadapan rakyat yang berbangsa Melayu.

Melayu UMNO sanggup buat apa saja kerja kotor mereka asalkan mereka berjaya memperdayakan bangsa mereka sendiri untuk mengundi dan memberi mereka kuasa untu memerintah lagi. Kemudian mereka tipu dan tindas lagi orang Melayu yang mengundi mereka itu. Sampai bilakah Melayu sanggup diperbodohkan dan menjadi seperti lembu dan kerbau peliharaan UMNO?

Jika masih sanggup berkeadaan begitu, jangan menyesal nanti jika bangsa asing menguasai semua hal dalam negara kita termasuk dalam urusan politik. Pemimpin UMNO tidak peduli emua ini kerana mereka sudah menyimpan dan mengumpulkan wang kekayaan yang melimpahruah diluar negara sana. Jika terjadi apa-apa kepada negara, mereka dan keluarga dengan mudah lari ke luar negara dan meninggalkan rakyat yang sudah tidak berguna lagi buat mereka.

Jadi, apakah ketika itu baru orang Melayu hendak sedar? Sudah tidak berguna lagi. Negara sudah tergadai kerana hutang terlalu banyak, maka bersedialah kita senasib dengan saudara kita di Palestin sana. Berubahlah dari sekarang. Masa dan peluang masih ada. Tinggalakan UMNO untuk selamanya. Tumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Itulah sumbangan terbesar kita kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Wallahualam.

Jika "ARAK" itu ibu segala kejahatan, "UMNO" pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan dan kemungkaran. Maka benci & jauhilah kedua-duanya untuk selamat dunia dan akhirat."

Sumber: http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2012/01/br1m-1malaysia-kena-kelentong-hidup.html Roslan Alan

MB tak mengaku pengecut tapi cuba elak berdebat

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini tampil di muka depan akhbar Sinar Harian mendakwa beliau bukanlah seorang pengecut untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh dalam isu Lynas.

Namun dalam masa yang sama awal-awal lagi sudah menganggap debat tersebut adalah sia-sia.

Kepada saya, punyalah pembelit Tok Nan ni.

Belum apa-apa lagi dia dah tuduh Fuziah mahu cari isu propaganda dan tak mahu dengar hujah pakar.

“Saya bukan pengecut. Saya tak gentar sekiranya Fuziah mahu ajak saya berdebat tetapi jika dia mahu menjadikannya isu propaganda, maka perdebatan itu sia-sia.”

Sebelum ini Fuziah bersedia untuk berdebat dengan siapa saja termasuk Tok Nan seperti yang mahu dianjurkan sepuah NGO.

Sudah tentu sebagai wakil rakyat Kuantan, Fuziah mesti bela penduduk Kuantan yang dalam gementar berhadapan prokjek itu. Memang orang Pelangai, tempat yang Tok Nan wakili, tak takut dengan Lynas.

“Kita boleh berdebat dengan orang-orang bijak tetapi adakah kumpulan anti-Lynas ini bijak? Kita telah berikan mereka semua fakta daripada tetapi mereka masih tidak menerimanya,” katanya.

Tengok, asal saja orang lain susah untuk dia kata bijak melainkan dia. Tok Nan rabun agaknya, pihak anti-Lynas juga punyai khidmat pakar dari luar.

Bijakkah Adnan? Tidakkah sepanjang pemerintahan rejimnya di Pahang pendapatan negeri tidak bertambah dan bajet defisit memanjang? Tidakkah perbelanjaan pengurusan dan pembangunan terpaksa berhutang daripada Pusat dan hutang sudah menjangkau RM2.3 bilion?

Tidakkah hasil bumi seperti balak sudah gondol kebanyakannya dan masalah rakyat seperti bekalan air tidak pernah selesai?

Tok Nan tak sedar ke, di Pelangai kawasannya ada perumahan rakyat yang sudah bertahun-tahun tak selesai?

Bijakkah bekas guru ini yang dilantik menjadi Menteri Besar?

Bijak belit adalah.

Dia kata dia bukan pengecut tetapi apabila kumpulan anti-Lynas, Badar, datang mahu serah memorandom dia lari tinggalkan pejabat.

Yang dia berani, halalkan Lynas semasa pembentangan bajet, itu saja.

Tuesday, January 17, 2012

Samseng kecil usia 2 tahun belasah 11 kanak-kanak di taska

SEORANG kanak-kanak perempuan, Katie Ann Guttridge, 3 tahun kelihatan seperti telah diserang oleh oleh anjing ganas setelah diserang oleh seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun.

Katie, dipercayai menjadi mangsa kesebelas samseng kecil itu di pusat asuhan kanak-kanak.

Kelihatan tiga tanda gigitan pada muka, kerosakan pada soket mata dan calar pada wajah.


Polis dipanggil untuk menyiasat kes ini tetapi pihak berkuasa tidak boleh bertindak kerana masalah ini melibatkan kanak-kanak di bawah umur jenayah kanak-kanak iaitu sepuluh tahun.

25 orang ibu bagi kanak-kanak kecil yang berada di pusat asuhan itu meminta "samseng kecil" itu disingkirkan dari pusat asuhan itu.

Ibu kepada Katie, Clara Mackow mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua taska itu atas kecuaian mereka memantau kanal-kanak itu.

Clara, 28, berkata: "Saya hanya menangis apabila melihat Katie bengkak di bibir dan kesan lebam yang dahsyat di matanya.

"Kami terpaksa membawanya ke hospital kerana doktor berfikir soket mata telah patah dan boleh menyebabkan matanya buta. Sesi pra-sekolah di taska seharusnya menyeronokkan tetapi kerana kejadian itu, Katie takut untuk ke taska dan keluar dari rumah,"kata ibunya

Kanak-kanak yang berusia dua tahun itu mula masuk ke taska Leicestershire pada bulan September lalu.

Laporan kejadian yang ditulis oleh kakitangan menunjukkan Katie telah diserang tiga kali sebelum serangan terbaru.


Sebelum ini, dia pernah dipukul pada dahi dengan "drainer plastik," dipukul dengan batu bata mainan ditangan dan dihisap pada pipi sehingga bertanda tanda sambil rambutnya ditarik.

Clara berkata: "Saya tahu kanak-kanak lain juga telah diserang. Saya faham kanak-kanak perempuan itu mempunyai masalah tingkah laku. Dia berada di luar kawalan dan kakitangan seolah-olah tidak mampu untuk mengatasi kenakalannya."

Lewis, 32, bapa kepada kanak-kanak malang itu menambah: "Saya ngeri memikirkan anak perempuan saya telah terdedah kepada keganasan di tempat yang seharusnya selamat dan pihak taska perlu mengeluarkan kanak-kanak nakal yang suka membuli."

Seorang pengurus di pusat asuhan itu berkata: "Kami berhubung rapat dengan ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan."

Ibu kepada kanak-kanak nakal yang berusia dua tahun itu berkata: "Saya tidak mahu sebarang tindakan dikenakan ke atas anak saya."

Sumber: The Sun/FMT


Umno seperti kereta ‘total loss’

TEMERLOH: Umno diibaratkan seperti kereta ‘total loss’ sehingga tidak boleh digunakan lagi dan rakyat menukar ‘kenderaan baru’ bagi membela nasib mereka di negara ini.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ini disebabkan sepanjang 54 tahun Umno bersama sekutunya memerintah negara ini semakin banyak kebobrokan berlaku termasuk gagal memartabatkan orang Melayu serta bahasa dan agama mereka.

“Kita ingat selepas merdeka akan didaulatkan agama dan bahasa seperti tercatat dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi itu tidak berlaku. Buktinya dasar PPSMI (Pembelajaran dan Pelajaran Sains dan Matematik dalan bahasa Inggeris) telah meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

“Kita dapat lihat juga bagaimana sekolah agama rakyat (SAR) yang sekian lama mengajar Islam satu demi satu ditutup kerana disekat bantuan perkapita dan agihan zakat.

“Ekonomi? Negara kita kaya raya tapi rakyatnya miskin, cuba bandingkan kedudukan orang Islam dengan bukan Islam. Mahasiswa yang yang mula bekerja dengan gaji RM3,000, belum dapat gaji PTPTN dah kejar. Bila hutang kereta dan rumah dikejar bank pula,” katanya ketika berceramah di Darul Amin Sungai Gau di sini semalam.

Sebelum itu Abu Bakar kempen Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) peringkat negeri Pahang.

KAWAN ialah kempen menggerakkan masyarakat, guru dan petugas parti bagi menangani gejala jenayah, vandalisme dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta melahirkan masyarakat yang saling nasihat menasihati.

Turut berceramah Exco Muslimat Pusat Normala Sudirman, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Yang Di-Pertua PAS Temerloh Jusoh Darus.

Abu Bakar berkata, Umno gagal memimpin umat Islam terutama generasi muda sehingga idola mereka pada masa ini bukan ulamak tetapi selebriti separuh bogel.

“Tuan-tuan tahu dari tahun 2006 hingga 2010 saja terdapat 86,000 anak luar nikah... jadi di mana maruah kita?

“Sebab itu saya kata sepanjang 50 tahun memerintah akhirnya Umno itu sendiri yang sudah rosak total loss sehingga tidak boleh dibaiki lagi dan di sinilah rasionalnya PAS ganti Umno,” katanya.

Tambah Abu Bakar, yang lebih menyedihkan lagi rasuah dan penyelewengan telah merosakkan Umno dan agensi dalam kerajaan sendiri sehingga wang rakyat menjadi ‘abu’ berbilion ringgit.

Sementara itu Normala atau Cikgu Mala yang berceramah sebelum itu yakin entiti guru yang berjumlah lebih 400,000 akan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, guru-guru yang telah sedia berat beban tugasnya terpaksa menjeruk rasa kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya termasuk boleh ditukar sesuka hati, dinafikan elaun perjalanan dan disekat elaun perpindahan.

“Tetapi dalam masa yang sama Permata yang dipeloporo isteri Perdana Menteri diberikan peruntukan besar,” katanya.

Mengenai gerak kerja parti ke arah PRU, Cikgu Mala meminta semua penyokong dan pendokong PAS berperanan mengikut kemampuan masing-masing bagi menguatkan parti.

“Kalau kita tidak boleh jadi bumbung kenapa kita tidak jadi tiang yang menegakkan rumah. Kalau kita tidak boleh jadi tiang kenapa tidak boleh jadi paku yang melekatkan papan. Kalau kita tidak boleh jadi paku kenapa tidak jadi lantai tempat isi rumah berpijak,” katanya.


Monday, January 16, 2012

Jika bermaruah, Hasan Ali mesti letak jawatan Adun

Dalam masa bekas pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dijunjung sebagai ‘hero’ oleh media Umno, beliau masih menerima elaun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia yang dimenangi atas calon PAS.

Sama ada sedar atau tidak, sekeras manapun dia menghentam PAS, beliau tetap bakal menerima pencen nanti atas kapasiti bekas wakil rakyat PAS. Maknanya tanpa PAS, beliau tidak mungkin menikmati wang seumur hidupnya itu.

Jika berpuluh ribu yang membantunya untuk menang pilihan raya tempoh hari dan akhirnya beroleh nikmat wang seumur hidup (pencen) untuk Hasan seorang, puluhan ribu yang bekerja untuk Hasan itu dapat apa?

Oleh itu jika pakar motivasi itu benar-benar ada maruah, letakkan juga jawatan Adun serta jangan terima pencen hasil kemenangan kerusi parlimen dan Dun atas nama PAS pada 1999.


PAS sudah banyak bersabar, menahan nafas dengan perangai
‘parasit’ yang sangat gemar memaki hamun parti ‘yang memberinya makan’ itu melalui lidah rasmi Umno.

Sehari dua ini Hasan menjadi sangat popular dalam media lidah Umno, satu keadaan yang tidak pernah dinikmatinya ketika berada dalam PAS. Sebenarnya sikap mahukan glamor inilah yang tidak pernah padam dalam jiwa Hasan seperti yang dirasainya sejak dulu, tetapi tidak didapati dalam PAS.

Kini melalui Hasan yang gila glamor ini, untungnya Umno ialah tidak payah menangkis serangan rasuah, kesusahan rakyat dan rungutan kebobrokan sistem kerajaan dalam sehari dua ini.

Saya percaya apabila lidah rasmi Umno pun sudah jelak dan menyampah dengan Hasan, mereka juga akhirnya akan meminggirkan Hasan, umpamanya lebih baik memfitnah Anwar.

Saya masih ingat, selepas Hasan kalah PRU 1999 beliau berada dalam keadaan yang sangat daif dan dengar cerita hampir diisytihar bankrap termasuk tanah tapak perniagaan motivasinya hampir dirampas.

Saya tahu, pada masa itu usahawan dalam PASlah yang berusaha mati-matian menyelamatkan beliau dengan menebus tanahnya dan sebagainya.

Saya juga tidak lupa, jika di Pahang sayalah antara yang dihubungi Hasan Ali untuk mencarikan ‘projek’ ceramah atau motivasinya iaitu antara tiga ke empat program sehari. Dan bayaran yang dikenakan, ‘boleh tahan’.

Dalam keadaan seteruk itu, ahli-ahli PAS tidak banyak yang merungut tentang karenah Hasan. Hasan terus diberi kepercayaan dan diangkat sebagai tokoh.

Hari ini Hasan yang dulunya sering mendapat ihsan daripada ahli PAS, kini mahu menjelajah memburukkan jamaah yang pernah menyelamatkan air mukanya dulu.

Sudah dua kali ‘anak Ali’ yang dikutip dari longkang dan dibersihkan lalu diangkat ke pentas, akhirnya kencing balik kepada PAS.

Pertama Ibrahim Ali dan kedua Hasan Ali


Sunday, January 15, 2012

Politik lucah Umno: Kesannya kepada pemikiran generasi muda

Umno dijangka akan terus memainkan politik lucah sebagai cara mudah mengekalkan sokongan orang Melayu kepada parti itu, terus menjelang PRU akan datang.

Bagi mereka, amalan mempropagandakan politik lucah itu mampu menipu dan mempengaruhi pemikiran orang-orang Melayu demi mengekalkan kuasa rejim mereka pada masa akan datang.

Buktinya, hari ini lidah rasmi Umno, Mingguan (ada yang memanggilnya Utuseks) Malaysia sekali lagi cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar dengan kumpulan gay setelah Umno kalah dalam perbicaraan di mahkamah baru-baru ini.

Pemerhati berkata, sejak kes Anwar berjalan di mahkamah Umno banyak bergantung rezeki politik melalui manipulasi terhadap punggung Saiful Bukhari Azlan dengan jentera penerangan dan propaganda parti tersebut mempergunaan isu tersebut semahu-mahunya.

Seolah-olah talian hayat politik spesis Umno adalah bergantung benar kepada punggung Saiful.

Atas nasihat Apco, percaturan politik lucah bagi mencemar maruah adalah jalan pintas bagi menjatuhkan musuh politik Umno selama ini. Apabila rakyat tidak lagi berbicara soal rasuah, kesempitan hidup, kos barangan tinggi, kelecehan pentadbiran BN, kejahatan agensi kerajaan yang dipergunakan Umno dan sebagainya.

Sebelum ini tayangan rakaman video seks yang difitnah melibatkan Anwar kepada wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur iaitu pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke 10 diadakan.

Ia sudah tentu menjadi bahan kempen BN di PRN Sarawak. Dan ternyata ada sedikit keberuntungan apabila BN menang kerana Pakatan agak letih terpaksa menepis fitnah rekaan tersebut.

Pada setiap kali PRK pula, politik lucahlah yang menjadi kekecuran dan keberahian penceramah Umno. Dan saya sendiri berulang kali menyaksikannya pada PRK Kerdau tahun lalu.

Selepas itu lidah rasmi Umno menayangkan gambar video yang sama di muka depan akhbar berkenaan berbulan-bulan lamanya. Tanpa sedikit pun merasa segan bahawa akhbar lidah rasmi Umno itu dilanggan sehingga ke bilik perpustakaan sekolah rendah.

Nmapaknya trend politik Umno pada masa akan datang tidak lagi akan memperhitungkan soal moral ataupun fitnah. Kerana seperti kata pepatah, pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan diakui benar (oleh orang-orang yang bodoh seperti penyokong Umno di luar bandar).

Kini rakyat Malaysia yang mahu mempertahankan moral dan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang senonoh, menghadapi pilihan yang sungguh sukar kerana politik lucah akhirnya dijadikan satu senjata untuk mempertahankan kuasa oleh parti pemerintah sendiri.

Serangan politik lucah akhirnya menjadi lazim dan dapat dibaca di sekolah rendah, rumah, kedai kopi dan tayangan televisyen.

Umno mungkin boleh berjaya menghapuskan musuh politiknya, tetapi ‘bayaran’ yang terpaksa dikorbankan ialah kerosakan total dalam otak pemikiran generasi muda kan datang!

Friday, January 13, 2012

Muhyiddin pun patut ambil cuti untuk siasatan



Pahang dilanda banjir kali ketiga

KUANTAN, 13 Jan: Kawasan timur negeri Pahang dilanda banjir untuk kali ketiga berikutan hujan lebat sejak tiga hari berturut-turut.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri, setakat pagi ini sahaja sejumlah 409 orang daripada 113 keluarga di daerah Kuantan dan Pekan dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air.

Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi radio itu, kawasan yang terlibat di daerah ini ialah di Batu 6 Jalan Gambang, Kampung Cendering, Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Kampung Paya Pancing.

Bagi Daerah Pekan pula yang melibatkan 246 orang daripada 65 keluarga ialah dari Kampung Cenderawasih Sungai Miang dan mereka ditempatkan di Sekolah Sinar Mutiara, Pekan.

Sementara itu, dua jalan utama iaitu Km30 dan Km36 Jalan Kuantan-Sungai Lembing serta Jambatan Kampung Sungai Kolek, Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan selepas dilimpahi air setinggi 1 meter.

Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin sebelum ini dilanda banjir pada akhir bulan November lalu dan kali kedua pada pertengah Disember tahun lalu.


Memorandum warga Felda kepada Angkasa

MEMORANDUM WARGA FELDA
11 hb Januari 2012

Kehadapan

Prof. Dr Hj Ali Baharom,
Yang DiPertua Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA)

PERTAHANKAN HAK DAN KEPENTINGAN KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD

MUQADDIMAH

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 di bawah Akta Koperasi 1993(pindaan 2007). Sehingga tahun 2010 mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion. 87.81 peratus keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Mengikut Undang-Undang Kecil KPF, keanggotaan koperasi ini terbuka kepada:-

a. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak,
b. Koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah,
c. Kakitangan Felda, isteri dan anak-anak,
d. Koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan dalam Bajet 2012 pada 7hb Oktober 2011 bahawa Felda Global Ventures Holding(FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia selewat-lewatnya Jun 2012; bermula suatu episod hitam yang mengganggu ketenteraman Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.

KRONOLOGI

1. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPF pada 22 hb Jun 2011 telah meluluskan permohonan keahlian Tan Sri Isa Samad untuk menjadi anggota KPF. Mengikut Undang-Undang Kecil KPF beliau tidak layak memperolehi status demikian. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda secara kontrak sahaja.

2. Mesyuarat Agung KPF pada 23 hb Jun 2011 memilih Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengerusi KPF.

3. Ketua Setiausaha Sulit Kanan YAB Perdana Menteri telah menghantar surat bertarikh 15 hb Ogos 2011 kepada Tan Sri Isa Samad bahawa beliau telah dilantik sebagai Pengerusi KPF.

4. Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Felda bertarikh 25 hb Ogos 2011 telah bersetuju melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang baru. Semasa perbincangan perlantikan Tan Sri Isa Samad; beliau yang merupakan orang yang berkepentingan dan menjadi subjek perbincangan telah tidak keluar meninggalkan mesyuarat; bahkan terus mempengerusikan mesyuarat dalam keadaan mesyuarat itu membincangkan kedudukan peribadinya.

5. Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Felda tersebut di atas dibuat tanpa kehadiran Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab yang juga Pengerusi KPF. Beliau sedang mengerjakan umrah pada tarikh tersebut.

6. Pada bulan September 2011, Ketua Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) menjalankan siasatan audit ke atas Koperasi-koperasi termasuklah KPF. Di dalam hasil siasatannya, audit SKM mendapati KPF telah melanggar peruntukan-peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil KPF kerana menerima keahlian beberapa individu yang hanya berjawatan kontrak di dalam Felda. Antaranya Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Yusof Nor, Dato’ Bakkie Salleh dan Dato’ Sabri Ahmad.

7. Pada 18 hb Oktober 2011; En Abd Rahman Ramli, peneroka Felda Raja Alias 4, Jempol, Negeri Sembilan telah membuat aduan ke SKM berhubung pertikaian status Tan Sri Isa Samad sebagai anggota dan Pengerusi KPF.

8. Pada 28 hb Oktober 2011, mesyuarat Lembaga Pengarah KPF telah membincangkan laporan audit SKM tersebut dan telah membuat keputusan untuk membatalkan kelulusan keahlian mereka yang dimaksudkan di atas.

9. Tuan Hj Mat Deris Jusoh, Ketua Sektor Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui surat bertarikh 10 hb November 2011 kepada En Abd Rahman Ramli; menjelaskan bahawa Tan Sri Isa Samad belum dilantik sebagai Pengerusi KPF.


10. Pada 16 hb November 2011, Tan Sri Isa Samad melalui peguam Dato’ Hafarizam Harun telah membuat aduan dan bantahan bertulis kepada SKM bagi membantah keputusan Lembaga Pengarah KPF menggugurkan keahlian beliau.

11. Pada 23 hb November 2011, dalam tempoh seminggu sahaja selepas aduan dibuat oleh Tan Sri Isa Samad; SKM telah memanggil beberapa orang ahli Lembaga Pengarah KPF untuk hadir ke perbicaraan rujukan pertikaian pada 24 hb November 2011. Surat panggilan perbicaraan hanya diberikan kepada KPF pada petang 23 hb November 2011 tanpa memberikan sebarang butiran lengkap tentang bantahan yang dibangkitkan Tan Sri Isa Samad.

12. Perbicaraan pertikaian status Tan Sri Isa Samad telah diadakan di SKM pada pagi 24 November 2011. Hanya beberapa jam kemudian SKM telah membuat keputusan bahawa tindakan Lembaga Pengarah KPF membatalkan keahlian Tan Sri Isa Samad adalah tidak sah dan KPF hendaklah menerima semula Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF.

13. Pada 8 hb Disember 2011, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) telah mengeluarkan notis Mesyuarat Agung Khas kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Anggota Perwakilan Individu dan Perwakilan Koperasi Anggota menurut subseksyen 40(1) Akta dan Undang-Undang Kecil 29 Fasal(1) bertarikh 5 hb Januari 2012 bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.

14. Agenda mesyuarat Agung tersebut adalah seperti berikut;-

a. Cadangan pelupusan ekuiti milik KPF di dalam Felda Holding Bhd dan 10 anak Syarikat milik Felda Holding Bhd kepada Felda Global Ventures Holdings;

b. Cadangan pelaburan KPF di dalam Felda Global Ventures semasa peringkat Pra-Penyenaraian

c. Cadangan melupuskan sebahagian Ekuiti KPF dalam Felda Global Ventures pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian Felda Global Ventures dan penjualan ekuiti kepada pelabur;

d. Hal-hal lain.

15. Pada 23 hb Disember 2011, empat orang pemegang saham dalam KPF telah memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Temerloh terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holding. Saman tersebut dikemukakan untuk menghalang Mesyuarat Agung Khas KPF pada 5 hb Januari 2012.

16. Pada 28 hb Disember 2011, aduan kali kedua telah dibuat oleh En Abd Rahman Ramli, peneroka Felda Raja Alias 4 mengenai status Tan Sri Isa Samad.

17. Setiausaha KPF, Abidin bin Abd Rahman telah mengeluarkan surat bertarikh 30 hb Disember 2011 kepada perwakilan Mesyuarat Agung Khas KPF, membatalkan mesyuarat agung tersebut tanpa dinyatakan sebarang sebab.

18. Pada 4 hb Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Dato’ Mariana Yahya; telah memperakukan pembatalan Mesyuarat Agung Khas KPF dihadapan peguam Peneroka(pemegang saham-plaintif) dan peguam KPF serta Felda Global Ventures(defendan).



ADUAN

1. Mengapa mesyuarat Ahli Lembaga KPF pada 22 hb Jun 2011 meluluskan permohonan keahlian Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF?
Tidakkah ianya bertentangan dengan Undang-Undang Kecil KPF fasal 2 dan fasal 11; di mana hanya peneroka, isteri dan anak peneroka, kakitangan tetap Felda serta Koperasi gabungan KPF sahaja yang layak sebagai ahli KPF?

2. Apa tujuan YAB Perdana Menteri menulis surat bertarikh 15 hb Ogos 2011 kepada Tan Sri Isa Samad memaklumkan perlantikan beliau sebagai Pengerusi KPF?

3. Apa kuasa Perdana Menteri untuk mencampuri hal ehwal dalaman sebuah koperasi yang mempunyai undang-undangnya sendiri dan tertakluk kepada Akta Koperasi dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia?
Kenapa undang-undang dilanggar dengan tidak mempedulikan suara lebih 200,000 ahli-ahli KPF untuk menentukan kepimpinan KPF yang mereka anggotai?

4. Mengikut peruntukan di dalam seksyen 43 Akta Koperasi 1993 dan juga Undang-undang Kecil KPF sendiri di mana disyaratkan mana-mana ahli sesebuah koperasi yang hendak dilantik atau dipilih sebagai anggota Lembaga sesebuah koperasi itu hendaklah telah genap dua tahun menjadi ahli bagi koperasi itu.
Macamana Tan Sri Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi KPF sedangkan beliau baru dua bulan menjadi ahli KPF?

5. Bagaimana Perdana Menteri boleh memberi persetujuan terhadap perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang baru dengan mengenepikan begitu sahaja Dato’ Dzulkifli Abd Wahab yang baru beberapa bulan disahkan perlantikannya sebagai Pengerusi KPF di dalam Mesyuarat Agung KPF 23 hb Jun 2011?

6. Meskipun kuasa Menteri yang berkaitan halehwal Koperasi boleh mengecualikan penggunaan seksyen 87 Akta Koperasi 1993 mengenai syarat keahlian dua tahun untuk membolehkan seseorang itu dilantik Ahli Lembaga Koperasi(contohnya Tan Sri Isa); namun, adakah kuasa itu mutlak untuk berbuat demikian?
Menteri atau pihak yang berkuasa mengenainya mesti memberikan alasan kukuh kenapa bertindak memberi pengecualian tersebut.

7. Kenapa hanya selepas seminggu sahaja Tan Sri Isa Samad membuat aduan dan bantahan di SKM, pihak SKM terus sahaja memanggil perbicaraan sedangkan aduan pemegang saham KPF lambat di jawab?
Itupun jawaban kepada pemegang saham begitu kabur.

8. Mengapa SKM membuat keputusan memaksa KPF menerima keahlian Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF sedangkan laporan Ketua Audit SKM sendiri menyatakan keahlian Tan Sri Isa Samad dalam KPF adalah tidak sah?

9. Adakah SKM selaku sebuah Suruhanjaya yang sepatutnya tertakluk kepada undang-undang dan mengamalkan tahap profesionalisme serta intergriti yang tinggi telah menjadi pekakas yang tunduk kepada kepentingan politik pihak tertentu?

10. Apakah ada ugutan dan tekanan dikenakan keatas Pengerusi Eksekutif SKM untuk membuat keputusan yang menyebelahi Tan Sri Isa Samad?

Sebagai sebuah badan induk yang ditubuhkan pada 12 hb Mei 1971, objektif penubuhan ANGKASA dalam menyatukan 3840 buah koperasi di Malaysia tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Justeru kemelut yang melanda KPF ketika ini sesungguhnya menguji kewibawaan ANGKASA dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan koperasi-koperasi seluruh Negara.

Pihak ANGKASA tentu maklum tentang kejayaan KPF sebagai Koperasi Terbaik Negara 2010(kategori Kluster Besar) yang merekodkan perolehan sebanyak RM15 bilion pada tahun 2010. Daripada tahun 1997-2010 purata dividen yang dibayar kepada pemegang saham adalah dalam lingkungan 10-16 peratus. Ini menggambarkan kejayaan besar KPF.

Namun, kebimbangan yang teramat sangat pemegang saham KPF ekoran usaha-usaha berikut yang boleh menjejaskan kepentingan KPF di masa hadapan. Antaranya:-

1. Cadangan Pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 Anak Syarikat milik Felda Holdings Bhd kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad. Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekuatan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion.

2. Cadangan Pelaburan KPF di dalam Felda Global Ventures Holdings semasa peringkat Pra-Penyenaraian. Felda Global Ventures adalah Syarikat pelaburan Felda yang baru wujud beberapa tahun dan sangat diragui keupayaannya. Pelaburannya di luar Negara seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia mencatat kerugian RM500 juta sehingga tahun 2010.

3. Memperjudikan masadepan KPF kepada Felda Global Ventures yang latar belakangnya begitu buruk sangat berisiko tinggi. Bagaimana mungkin KPF boleh menyandarkan harapan kepada Felda Global Ventures?
Semasa penyenaraian, Felda Global Ventures menerbitkan saham baru sebanyak 20-25 peratus dan ini menyebabkan kepentingan KPF menguncup sehingga 40 peratus. KPF akan menjual 6 peratus daripada pegangan saham yang dimiliki dan pendapatan yang diperolehi dari jualan saham ini diagihkan kepada peneroka sebagai ‘ durian runtuh ‘. Pegangan KPF berkurangan lagi ke paras 35 peratus. Adakah ini percaturan yang betul?


4. Cadangan melupuskan sebahagian ekuiti KPF dalam Felda Global Ventures pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian Felda Global Ventures dan penjualan ekuiti kepada pelabur.

Adakah bijak untuk dipindahkan ekuiti bernilai RM3.13 bilion daripada 10 anak syarikat yang mempunyai entiti berbeza dan di longgokkannya dalam satu entiti dan saham-saham diapungkan di pasaran terbuka?
Kepentingan KPF dalam Felda Global selepas di senaraikan di Bursa Malaysia hanya tinggal sekitar 35 peratus sahaja dan milikan Bumiputera semakin terhakis.

5. Sehingga kini, Lembaga Pengarah KPF belum menerima kertas lengkap mengenai cadangan Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia daripada pihak pengurusan Felda Global Ventures.

Apakah implikasi kewangan keatas KPF dan Felda belum dibincangkan secara konkrit. Persoalan berkaitan struktur ekuiti selepas penyenaraian mengenai pegangan ekuiti peneroka dan kakitangan Felda melalui KPF adakah dapat di kekalkan pun belum dimuktamadkan. Semuanya masih terlalu kabur dan penuh tanda tanya.

6. Sangat mengejutkan, pegangan saham KPF di dalam Felda Global Ventures sebanyak 35 peratus selepas penyenaraian dipindahkan ke dalam sebuah syarikat pegangan pelaburan baru ( Fund Co) yang ditubuhkan oleh Felda melalui pegangan Saham Keutamaan Boleh Tebus(Redeemable Preference Share). Felda memiliki 100 peratus pegangan saham biasa tertangguh(deffered ordinary shares) di mana semua dividen yang diisytiharkan oleh Fund Co akan disalurkan terus kepada KPF. Felda hanya mempunyai hak mengundi tetapi tidak mempunyai hak ekonomi ke atas dividen yang diisytiharkan oleh Fund Co.

Mengapa Fund Co harus ditubuhkan, siapa yang bakal terlibat dalam syarikat tersebut dan tujuan sebenar organisasi itu di wujudkan dalam konteks proses penyenaraian Felda Global Ventures?

PENUTUP

Memorandum ini di sediakan sebagai suatu ikhtiar yang menuntut komitmen ANGKASA selaku payung kepada koperasi-koperasi seluruh Negara. Felda adalah institusi pembangunan tanah yang terbesar di dunia. KPF adalah sebahagian keluarga besar Felda yang menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi Felda. Pertanggungjawaban ANGKASA dalam mempertahankan situasi ini sangat diperlukan.
Sepertimana SKM, Angkasa juga jangan tunduk kepada kemahuan pihak berkepentingan yang di terajui Tan Sri Isa Samad. Mesti di junjung prinsip ketelusan dan bertindak berani mempertahankan yang hak.

Masa kian suntuk. Meskipun Mesyuarat Agung Khas KPF telah dibatalkan pada 5 hb Januari 2012 yang lalu; ada usaha untuk membawa YAB Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Agung Khas KPF pada tanggal 8 hb Februari 2012.

Agendanya sama. Kempen kotor dan jijik sedang digerakkan. Adalah dipercayai sogokan dan imbuhan istimewa sedang ditawarkan kepada perwakilan. Ini tidak mustahil. ANGKASA mesti bertindak dan memantau perkembangan ini.

Semoga konspirasi jahat yang mahu memfaraidkan aset warga Felda sesama ‘penyamun’ di gagalkan dengan pertolongan Allah SWT, Amin.


MAZLAN ALIMAN

Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)


Syed Muhammad kembali ke rahmatullah

Mujahid yang mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam hingga ke akhir hayat, Syed Muhammad Syed Hassan, 62, kembali ke rahmatullah pagi ini.

Allahyarham merupakan pegawai kerja di Pejabat Agung PAS sejak dulu.

Selamatkan Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mengharakan bersabarlah di atas dugaan berita sedih ini.

Sesunggu daripada Allah kita datang, kepadaNya jualah kita kembali.

Mari sama-sama mendoakan agar ruh mujahid ini dihimpunkan Allah bersama para solehin, mukhlisin.

Al-Fatihah...

Thursday, January 12, 2012

Hasan Ali boleh rayu jika rasa teraniaya

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Datuk Dr Hasan Ali perlu mengambil peluang membuat rayuan berhubung keputusan parti memecat beliau yang berkuat kuasa, Ahad lalu.

Tuan Ibrahim yang juga anggota Majlis Syura Ulama PAS berkata, ini penting jika Exco Selangor yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu merasakan dirinya teraniaya.

"Dr Hasan sebenarnya masih diberikan ruang untuk kekal bersama PAS dan di bawah perlembagaan parti, beliau ada tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.



“Kita harap beliau mengambil peluang itu jika pemecatan dirasakan satu penganiayaan terhadap dirinya. Kemudian terpulanglah kepada Majlis Syura untuk mempertimbangkannya,” katanya ketika ditanya pemberita selepas selesai mesyuarat Harian Badan Perhubungan PAS Pahang di sini.

Laporan sebelum ini menyebut PAS telah menghantar surat pemecatan kepada Dr Hasan yang juga Exco PAS Pusat, ditandatangani oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali.

Tindakan tersebut berikutan mesyuarat ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat yang membuat keputusan memecat Dr Hasan, Ahad lalu berdasarkan Fasal 82(9) Perlembagaan parti.

Dr Hasan kemudiannya telah membuat sidang media yang seolah-olah menggambarkan beliau rasa teraniya dengan keputusan tersebut.

Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempertegaskan kenyataan bahawa berita Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus berada di rumah Dr Hasan pada hari beliau dipecat adalah palsu.

“Kita mahu ahli jangan mudah melatah atau terpedaya dengan berita yang tersiar melalui media musuh sebaliknya merujuk terlebih dahulu kepada sumber parti,” katanya.

Tuan Ibrahim mengakui sejak dulu acap kali berada sepentas dengan Dr Hasan terutama dalam rancangan popular forum perdana yang disiarkan melalui televisyen beberapa ketika dulu.


Al-Fatihah, Kekanda Tuanku Sultan Pahang mangkat.

YAM Tengku Seri Nila Utama, Tengku Ainul Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar (kekanda KDYMM Sultan Pahang) yang juga bonda kepada Datuk Raja Abu Bakar Shah telah mangkat di Wad ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan kira-kira pukul 5 awal pagi ini.

Jenazah dijangka disemadi di tanah perkuburan Di-raja Pekan petang ini.

Wednesday, January 11, 2012

Bob Kuman pula mahu sertai PAS

Sudah lebih seminggu sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Dataran Shah Alam meninggalkan satu fenomena yang hebat. Sambutan meriah yang turut dihadiri oleh artis-artis yang 'jiwa' mereka dekat bersama gerakan Islam.

Rupa-rupanya masih ramai lagi artis-artis di luar sana yang ingin bersama-sama dalam gerakan Islam ini. Walaupun menjalani kehidupan yang serba-serbi menyeronokkan - sentiasa bersosial dan berhibur.

Namun apabila mereka kembali ke rumah dan berfikir, ramai di antara mereka yang merasakan ada kekosongan dalam diri mereka. Antara artis yang mengkagumi Ust Azhar Idrus adalah Bob Kuman.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi memperolehi nombor telefon Ust Azhar Idrus daripada Zizan dan telah menghubunginya baru-baru ini ketika berada di dalam hospital.

Mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri.

Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.

Berdasarkan sambutan dan sokongan yang diterima oleh Ust Azhar Idrus daripada kalangan artis, Ust Azhar telah menyeru kepada orang ramai supaya berdoa kepada Allah, semoga membuka hati orang-orang hiburan seperti ini supaya peminat-peminat mereka akan turut mengikuti jejak langkah mereka (artis) yang ingin mendekati kepada Islam.

http://paspasirsalak.blogspot.com

Antara akhlak Muslimat PAS dengan Umno

(TONTONI VIDEO TERHEBAT DI DALAM)
Lidah rasmi Umno Utusan, akhbar yang pernah memaparkan aksi porno berbulan lamanya, hari ini tiba-tiba berlakon pura-pura menjadi pemerhati yang budiman apabila mengkritik Muslimat PAS.
Pada pandangan ‘kaca mata tebal Umno’ mereka, Muslimat yang bertudung labuh dengan sebahagian besar daripada mereka berjubah, itu dilihat mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pada mereka, Muslimat sepatutnya menjadi kumpulan wanita Islam dengan akhlak terpuji, tidak seperti gelagat yang ditunjukkan sebahagian daripada mereka di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mencerminkan sebaliknya.

Dalam satu lagi ‘berita spin’ untuk tajuk utama itu, akhbar yang gemar membakar semangat perkauman Melayu itu mendengar Muslimat Pas itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

Hairan kita, bagaimana telinga yang tebal dengan ‘tahi Umno’ itu tidak dapat membezakan antara nasyid, takbir dan menyanyi. Barangkali mereka menghantar wartawan bukan Islam atau kaki karaoke membuat liputan pada hari tersebut.

Eloklah, terlanjur lidah rasmi Umno ini bercakap soal moral ada baiknya kita paparkan budi pekerti sopan santun dan jati diri warga Umno ini kepada umum.

Maklumlah, Puteri Umno pernah dipimpin oleh pengamal lesbian dulu. Pemudanya pula, khabarnya ada yang kaki botol. Ketua Wanita pula menjadi jutawan lembu hasil duit rakyat.

Isu Altantuya bagaimana?
Cincin RM24 juta?
Wang zakat pun sapu?
Harta Felda nak gadai?
ingat tak kes Dato’ JJ raba punggung bini orang?






video

Tuesday, January 10, 2012

Adik Umi Hafilda kutuk Saiful Bukhari

Dalam masa penceramah sensasi Umno Umi Hafilda bertungkus lumus mengaib dan memfitnah Datuk Seri Anwar dengan kerjasama Umno, adiknya pula Azwan Ali menghentam Saiful dalam laman twitternya.

Sebelum ini Umi begitu kuat mempertahan Saiful. Dan di punggung Saifullah Umno bergantung harap rezeki politik. Apa tidaknya, jubur Saiful seolah-olah menjadi subjek utama perbicaraan penceramah Umno daripada menteri hinggalah kepada penceramah propaganda untuk mengait undi makcik-pakcik di kampung.

Umi antara yang paling kecur melalak dan menjerit tentang jubur tempat keluar taik Saiful, setiap kali road-shownya menghentam Anwar atau memburu ke mana saja Anwar pergi, termasuk semasa pentas berdekatan.

Tetapi Azwan adiknya, seorang selebriti, memilih jalan berlainan iaitu tidak bersetuju dengan pandangan Umi. Bahkan Awan membantai Saiful kerana tidak percaya.

Lantas saya fikir, sejauh mana atau setinggi manapun politik Umno, sebutlah tranformasi atau apa saja, nampaknya tidak pernah berubah sekitar politik jubur sejak 1998.

Pendek kata di mana ada Umno, di situlah politik jubur dibicarakan!


Banner PAS diconteng

Ini tidak lain daripada kerja-kerja budak nakal Umno.

Banner PAS yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Inilah gambaran demokrasi negara ini di bawah bimbimham Umno!

Monday, January 9, 2012

Bebas tapi Anwar dah jenuh jadi mangsa fitnah, modal politik murah Umno

Dah jenuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dipolitikkan oleh Umno sebagai peliwat. Ke mana-mana Anwar pergi, biasanya akan disambut dengan banner “peliwat” “Anwar lelaki Y” “dilaknat” dan sebagainya. Barangkali sudah berjuta risalah bergambar yang sengaja mengimejkan Anwar sebagai peliwat oleh Umno.

Tidak cukup dengan itu, jentera penerangan Umno menggunakan pula khidmat Ummi Hafilda dan bekas pembantu-pembantunya untuk menyerang dan menelanjangkan Anwar (sekali pandang macam tindakan orang yang tidak beragama) sebagai ahli politik politik rendah moral.

Bayangkan, tidak perlu bukti atau keputusan mahkamah, hanya melalui pengakuan Saiful Bukhari Azlan yang jubur taiknya telah diliwat. Dengan hanya menggunakan hujah bekas pembancuh kopi (dengar cerita sekarang dah kaya raya) itu saja Anwar telah diserang dari segenap sudut kononnya beliau seorang peliwat.

Walaupun sejak dari asal, kes liwat itu sepatutnya dibicarakan di mahkamah syariah kerana ia berkaitan dengan agama.

Walaupun kes fitnah liwat kedua ini cacat kerana Najib Rosmah, Musa Hassan dan seorang lagi yang disapina enggan ke mahkamah. Walaupun penuduh mengisytiharkan diliwat setelah bertemu Najib.

Setelah jenuh difitnah, diaibkan dan dihina seburuk-buruk gambaran sebagai peliwat lantaran survival politik Umno, maka pagi ini Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat (ciptaan Umno) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Namun ada yang percaya bukan semua pihak sukakan Anwar bebas daripada kesnya malah ada kelompok jahat yang amat dambakan Anwar disumbat ke penjara. Kenapa? Kerana Anwar dianggap penghalang besar cita-cita mereka atau mereka boleh menjadi senang lenang dengan khidmat menumpaskan Anwar.

Sebab itu saya fikir penyokong Pakatan tidak perlu terlalu gembira dengan keputusan ini walaupun mesti disambut dengan sujud syukur dan puji-pujian.

Jangan lupa, atas dasarnya Umno yang suka memfitnah dan politik porno serta lucah, jaga-jaga akan dikenakan tuduhan lain pula untuk merencatkan politik Pakatan.

Kita masih ingat bagaimana lidah rasmi Umno iaitu Utusan berbulan-bulan meletakkan gambar porno yang dituduh membabitkan Anwar, di muka hadapan akhbar yang turut dilanggan perpustakaan sekolah rendah itu.

Jangan pelik jika bloger-bloger ternakan Umno akan terus mempromosikan porno lucah Anwar, kerana itulah tugas mereka. Bagi mereka untuk fulus dan bagi media Umno untuk terus mengekalkan corak politik porno, mungkin atas nasihat Apco!

Sunday, January 8, 2012

Saturday, January 7, 2012

Keputusan 'dibocorkan': "Anwar bersalah, jatuh hukuman dan ikat jamin"

Dengan seluruh tumpuan negara terarah kepada Mahkamah Kuala Lumpur, sudah ada blog yang berani meramalkan keputusan di mahkamah tersebut Isnin nanti, dengan sedikit analisis. Agak menarik apa yang diutarakan.

Anwar Didapati Bersalah, Dijatuhi Hukuman Dan Dibenar Ikat Jamin…


Mengulas mengenai keputusan mahkamah pada 9 Januari, Anwar turut melihat
perkembangan itu akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Malah ada di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat yang berpendapat mereka akan meraih sokongan lebih besar "cukup untuk mengambil alih Putrajaya" sekiranya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Bacaan lanjut boleh didapati di sini: http://reformisanakmuda.blogspot.com/2012/01/anwar-didapati-bersalah-dijatuhi_9851.html



901: Penganjur tertipu?

Kini sudah ada suara-suara di facebook yang menyatakan bahawa perhimpunan aman di mahkamah Isnin ini yang diberi kebenaran oleh polis Kuala Lumpur semalam, adalah perangkap. Sejauh manakah benarnya? Jika begitu adakah penganjur perlukan pelan B untuk bertindak?

Di bawah ini diperturun syarat-syarat baru yang dikenakan lewat malam tadi untuk kita nilai bersama.


PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :

1- Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2- Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3- Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5- Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8- Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Friday, January 6, 2012

KPF gugur sebelum tempur

Oleh MOHD HARRIS ABDULLAH

Saya tidak nafikan bahawa saya amat gementar pada pagi 4/1/2012. Gementar bukan sebab saya takut menghadapi peguam-peguam lawan saya. Saya tidak pernah gentar walau sehebat mana peguam lawan saya atau sebengis mana Hakim yang bakal saya hadapi. Pada pagi bersejarah 4/1/2012, saya gementar sebab ribuan peneroka di Malaysia menaruh harapan tinggi keatas saya dan ratusan peneroka yang berkumpul di Mahkamah pada pagi itu mahukan kemenangan.

Mereka tidak mahu ekuiti Koperasi Permodalan Felda (KPF) bernilai RM3.13 billion dalam Felda Holdings dan anak-anak syarikat Felda di lupuskan kepada Felda Global Ventures (FGV).

Semasa melangkah ke Kamar Hakim, saya berkata pada diri saya bahawa saya tiada pilihan selain daripada melakukan yang terbaik. Amanah yang di pikul oleh saya terasa amat berat. Walaupun sehari sebelum tarikh perbicaraan, saya sudah dapat berita mengatakan bahawa mesyuarat KPF yang di cabar oleh peneroka telah dibatalkan namum saya tetap bersedia untuk mengharung apa sahaja kumungkinan. Kekadang berita-berita sebegini sahaja di sebarkan untuk melalaikan kita. Kita kena berhati-hati ...

Selepas memperkenalkan diri dan peguam-peguam lawan kepada Hakim, peguam KPF telah mohon maklum kepada Hakim bahawa KPF telah batalkan mesyuarat yang dicabar oleh peneroka sebaik Saman Pemula peneroka di serah keatas KPF. Lantas, peguam KPF telah mohon agar status Saman Pemula di perjelaskan memandangkan sabjek sudah tidak lagi wujud.

Selepas pengesahan buat kali kedua bahawa mesyuarat yang di cabar telah di batalkan dan bukan di tangguh, saya telah maklumkan kepada Mahkamah bahawa peneroka bersedia menarik balik Saman Pemula dengan syarat sekiranya mesyuarat untuk bincang isu pelupusan ekuiti KPF di tetapkan semula, peneroka di benarkan cabar mesyuarat tersebut buat kali kedua. Hakim telah setuju dengan cadangan saya dan peneroka di benarkan menarik balik Saman Pemula terhadap KPF. Permohonan KPF dan FGV agar di pampas dengan kos akibat daripada penarikan balik Saman Pemula telah di tolak oleh Hakim.

Persoalan yang di ajukan oleh orang ramai - bagaimana penarikan balik Saman Pemula boleh di anggap sebagai kejayaan di pihak peneroka? Sebenarnya persoalan penarikan balik Saman Pemula tidak penting. Yang pentingnya, KPF telah batalkan mesyuarat sebaik Saman Pemula di serahkan keatas KPF.

Tuntutan utama peneroka terhadap KPF adalah untuk satu injunksi melarang KPF daripada meneruskan dengan mesyuarat yang di tetapkan pada 5/1/2012 dan apabila mesyuarat tersebut di batalkan oleh KPF sendiri, maka secara tidak langsung matlamat peneroka meminta Mahkamah masuk campur untuk batalkan mesyuarat tersebut tercapai. KPF telah gugur sebelum tempur ... bukankah ini satu kemenangan di pihak peneroka? Kalau bukan di sebabkan Saman Pemula yang di keluarkan oleh peneroka, adakah KPF akan batalkan mesyuarat tersebut? Saya yakin tidak ...

Mesyuarat ini terlalu penting buat Felda mahu pun KPF. Mesyuarat ini menentukan arah tuju penyenaraian FGV. Melalui mesyuarat ini, ada 3 perkara yang KPF mohon ketetapan dari ahli-ahlinya. Pertama, agar ekuiti berjumlah RM3.13 billion milik KPF dalam FELDA dan 10 lagi anak syarikat FELDA Holdings di lupuskan kepada FGV; Kedua, isu pelaburan KPF dalam FGV dan ketiga, untuk bincang pelupusan sebahagian daripada ekuiti yang bakal di miliki oleh KPF dalam FGV selepas penyenaraian di apungkan di pasaran terbuka.

Apabila agenda yang di susun melalui mesyuarat tidak dapat di realisasikan, maka ekuiti RM3.13 billion milik KPF dalam Felda tidak dapat di lupuskan kepada FGV dan secara langsung niat untuk senaraikan FGV terbantut.

Namun dalam apa keadaan sekalipun, kami tidak menolak kemungkinan bahawa KPF akan buat "U turn" tidak lama lagi. Kami yakin KPF akan berusaha sedaya upaya untuk bermesyuarat sekali lagi dengan agenda yang sama dan kami bersedia untuk bertarung memandangkan Hakim telah benarkan Saman Pemula di failkan semula sekiranya perkara ini berlaku.

Di kesempatan ini saya tabik kepada peneroka yang berani tampil mempertahankan hak mereka dan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada rakan terpelajar saya, Mohd Fadzli Mohd Ramli (gambar diatas bersama saya) yang telah bersama saya mengharungi cabaran. Terima kasih juga kepada kepimpinan PAS, PKR dan NGO-NGO yang lupa erti penat sepanjang masa kami di Mahkamah Tinggi, Kuantan pada 4/1/2012.

Takbiiirrrrr ... Takbiiirrrr .... Takbiiirrrrrr

Dari: http://www.teatimewithharris.blogspot.com/

Polis benarkan himpunan aman 901 diadakan di tapak parking Mahkamah Tinggi, KL

Semua pejuang keadilan, penyokong demokrasi dan yang menghormati perlembagaan negara, digesa turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

Ini berikutan kebenaran oleh polis untuk rakyat berhimpun di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Kelonggaran itu dicapai melalui keputusan perbincangan antara pihak Pakatan Rakyat dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi tadi.

Hari itu di mahkamah tersebut akan dikeluarkan keputusan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan aman 100,000 rakyat yang akan diadakan nanti sangat penting bagi menyatakan perlunya keadilan ditegakkan, demokrasi dipertahankan dan perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman dipraktikkan.

Sementara itu, kumpulan pengganggu daripada Perkasa, akan turut berhimpun tetapi di masjid pada waktu yang sama.

Harapan kita, tidak akan berlaku sebarang provokasi kerana semua penyokong yang turun hanya berniat untuk menyatakan solidariti ke atas Anwar.

Maknanya jika terdapat sebarang provokasi pada hari berkenaan, itu datangnya daripada pihak yang sengaja mahu menimbulkan huru-hara dan kita harap polis selaku penguasa keamanan dapat bertindak matang dan tegas.

Thursday, January 5, 2012

"Den konai sapo Iso Samad"

Keluhan peneroka:

"Zaman Tun Razak dia bagi tanah, tapi zaman Mahathir dasar dah tukar"

"Saya berani kata Felda ni dah jadi penyangak dan penjarah dan sekarang"

"Isa Samad? oh no no no. Dio ni, kalau takdo bondo mampuihh dio tak buek kojo..."

"Tukar pemerintah, bertukarlah dasar Felda!"

video

Amalina sanggup berubah, minta doakan yang baik-baik

Pelajar Melayu pintar Nur Amalina Che Bakri, 24, pemegang rekod 17 A1 Sijil Pelajaran Malaysia 2007, yang kontroversi pada masa ini kerana dikatakan terkena “kejutan budaya”, hari ini tampil memberi penjelasan berkaitan kontrovesi mengenainya.

Pelajar tajaan Bank Negara Malaysia dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) dan A-levels di Cheltenham Ladies College itu dikaitkan dengan mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam blog dan kini tersebar luas di internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Dalam video melalui Skype selama dua minit itu Amalina berucap:

1.Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi nasihat dan tauladan (mengenai kontoversi melibatkan dirinya).

2.Beliau harap dihentikan penghinaan dan mahu dikeluarkan gambar-gambar yang mengaibkannya daripada blog.

3.Mahu semua pihak doakan yang terbaik kepadanya di England.

4.Dan beliau sanggup berubah (kehidupannya) kepada yang lebih baik.

Dulu Amalina bertudung litup (gambar), sekarang dah stail Mat Saleh (video)


video