Friday, September 30, 2011

"Umno parti batil" - Sinar Harian


Parti 'kebatilan sejati' yang mendambakan ummah
- IBRAHIM ABDULLAH


PARTI politik terus berkembang seperti kulat pada musim hujan. Tidak bosan-bosan orang mendirikan parti politik. Tentu mereka memiliki mimpi-mimpi indah dengan partinya itu.

Rakyat dan ummah semakin bingung memilih parti. Parti mana dapat menjadi sarana atau wasilah yang sesuai dengan cita-cita diinginkan. Mungkin tidak ada sama sekali, dan mungkin ada. Semuanya tergantung kepada pilihan anda.

Hanya ummah dan rakyat perlu berhati-hati, agar tidak tersalah pilih, kelak menjadi sesalan yang tidak berguna lagi, malah menjadi kutukan pula. Jangan-jangan anda memberikan suara kepada jenis 'Parti kebatilan sejati' dalam peti undi anda, kerana sia-sia dengan janji-janjinya, di dunia dan akhirat.

Adapun ciri-ciri yang dimiliki 'Parti kebatilan sejati' antara lain seperti berikut:

Parti anda pilih itu, tidak dalam rangka mengajak beribadah dan menyembah kepada Allah semata. Tidak mengajak taat kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hakam-Nya, dan tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Parti anda pilih itu, memberikan wadah kepada thagut, berkoalisi dengan kafir musyrik, serta berkoalisi dengan mereka yang memusuhi agama Allah. Mengajak orang melakukan keganasan, kekejaman, dan membuat huru-hara dalam masyarakat, dan anti agama.

Parti anda pilih itu, mengajak ummah untuk bertahkim dan memberikan wadah kepada sistem jahiliah, mencela dan menolak sistem Rabbul Alamin (al-haq), dan meyakini sistem jahiliah itu, sebagai kebenaran, serta mengajak para pengikutnya meyakini sistem jahiliah itu.

Parti anda pilih itu, orientasinya hanya kekuasaan semata-mata, omong kosong, janji dimungkiri, amanah dikhianati, merampas hak orang lain. Menggunakan segala cara dan halalkan yang haram, seperti Nicolo Machiavelli, yang mempunyai akidah dalam mencapai tujuan kekuasaan kuku besi, dan mengsengsarakan rakyat jelata.

Parti anda pilih itu, pemimpin tidak lain, adalah orang-orang yang hatinya terkena penyakit nifaq dan munafik; banyak bercakap, tapi tak buat apa; bila serah amanah, dia khianat; bila bertengkar, dia melampau dan berlebih-lebihkan, seolah-olah dia yang punya kuasa.

Parti anda pilih itu, mengkhianati ummah dan suka berprovokasi. Mereka bukan lagi pembela rakyat dan ummah, mereka suka mengadu-domba. Mereka gila kuasa bila berkuasa. Mereka menjadi alat kekuasaan, dengan mendapatkan imbalan dan sokongan murahan.

Parti anda pilih itu, seperti lalat yang hinggap di tempat-tempat kotor. Bukan seperti lebah, hinggap di bunga-bunga, kemudian hasilkan madu, yang bermanfaat bagi kehidupan. Mereka halalkan apa diharamkan oleh Allah Taala.

Parti anda pilih itu, umumnya mereka yang tidak memiliki niat memperbaiki diri, negara dan bangsa, tetapi dengan amal-amalnya itu, yang akan menghancurkan bangsa dan tanah air, kerana membiarkan segala bentuk penyimpangan dan penyelewengan yang ada. Bahkan mendukung penyelewengan dan penyimpangan. Orientasinya bukan 'bertolongan atas takwa' sebaliknya 'bertolongan atas permusuhan' yang tidak sudah-sudah.

Parti anda pilih itu, pemimpinnya banyak terlibat dalam rasuah dan kolusi, serta segala bentuk perbuatan tidak sesuai dengan nilai-nilai keadilan dan kebenaran.

Parti anda pilih itu, jadi tali barut dan loyar buruk para koruptor. Membela para koruptor yang kebetulan terlibat sama. Manakala parti itu melakukan komplotan dan konspirasi dengan kekuatan politik lainnya, bertujuan melemahkan lembaga-lembaga, dan sektor-sektor yang ingin menegakkan kebenaran serta kebaikan.

Jika kita menemukan 10 ciri di atas, maka selamatkanlah diri dan keluarga serta hindari parti yang seperti itu kerana nilai bahayanya lebih besar dari manfaatnya untuk generasi seterusnya.

Bekerja dan berkhidmat bagi parti yang memiliki 10 ciri di atas, hanyalah mendatangkan mudarat dan murka daripada Allah SWT. Tentunya segala amal yang kita kerjakan nanti, semuanya harus kita pertanggungjawabkan di hadapan Allah Rabbulalamin. Justeru, kata yang arif, orang-orang cerdik tidak akan tergesa-gesa terjun ke dalam jurang, sebelum mengukur dalamnya jurang itu.

~ Sinar Harian
28/09/11


PENDIRIAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.


2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.


3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.


4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.


5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.


Ustaz DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Ketua Penerangan PAS Pusat

30 September 2011



Thursday, September 29, 2011

PKR lapor polis terhadap Umi Hafilda, Ketua Polis Lipis

video KUANTAN: PKR Pahang kelmarin membuat dua laporan polis dan bantahan masing-masing terhadap Umi Hafilda Ali dan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintenden Abdul Razak Hassan berkaitan gangguan ceramah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lipis pada 25 November lalu.

Laporan polis dan bantahan tersebut dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR Pahang Zaidi Ahmad, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi menyiasat dalang di sebalik gangguan terhadap ceramah Anwar sempena program rumah terbuka hari raya PKR Cabang Lipis di Budu, Benta itu.

Zaidi dalam sidang medianya selepas membuat laporan polis, berkata program jamuan raya dan ceramah itu telah diadakan bersebelahan Sekolah Menengah Panglima Garang Sultan Abdul Samad.

Namun katanya, pada tarikh, tempat dan masa yang sama beliau dapati satu majlis jamuan hari raya yang lain diadakan betul-betul di hadapan tapak jamuan PKR itu dengan hanya jalan raya sahaja yang memisahkan kedua-dua program..

“Menurut Superintendan Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan majlis itu adalah anjuran Adun Benta Datuk Mohd Sofi Abdul Razak dan penceramah jemputannya ialah Umi Hafilda Ali.

“Apa yang dikesalkan banyak pihak ialah sepanjang ceramah Umi Hafilda dari jam 10.40 hingga 12 malam beliau Umi Hafilda mengeluarkan kata-kata kesat, kasar, lucah dan memaki hamun.

“Di antara perkataan yang dijeritkan binatang dan bodoh. Beliau turut menengking dan mengherdik. Pada saya jeritan Umi Hafilda itu amat tidak sesuai disampaikan dalam majlis hari raya malah mana-mana majlis dan tempat sekalipun,” katanya.

Tambah Zaidi, ramai yang hadir menemui beliai pada malam itu dengan menyatakan rasa kesal dan malu dengan ceramah Umi Hafilda yang begitu nyata mengganggu ceramah Anwar.

Katanya, lebih kurang pukul 11.10 malam beliau mengambil keputusan bertemu dengan beberapa orang anggota polis menyatakan bantahan terhadap ceramah Umi Hafilda itu tetapi mereka memberitahu tidak ada kuasa kerana ketua polis daerah turut hadir mendengar ceramah berkenaan.

“Kemudian saya dibawa bertemu dengan Abdul Razak di kawasan sekolah yang sedang mendengar ceramah Umi Hafilda. Secara lisan beliau (Abdul Razak) mengaku memberi kebenaran program hari raya yang menjemput Umi Hafilda itu berhadapan program PKR itu.

“Beliau turut mengakui tiada permit diberikan kepada ceramah Hafilda malah menyedari ceramah tersebut sangat biadab, lucah, kasar, kesat dan bersifat provokasi. Beliau menunjukkan bukti SMS yang beliau menegur penganjur ceramah Umi Hafilda tetapi bimbang dimarah pihak penganjur sekiranya memberhentikan ceramah Umi Hafilda,” ujarnya.

Justreu beliau bagi pihak PKR negeri Pahang dan Cabang Lipis membuat laporan agar pihak polis yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat dapat berkhidmat dengan profesional, tidak memihak, telus, jujur, amanah.

“Saya juga minta siasatan turut dibuat bagaimana Ketua polis Daerah Kuala Lipis membenarkan secara lisan tanpa permit Adun Benta mengadakan jamuan raya betul-betul berhadapan tapak program PKR sedangkan beliau sendiri, saya diberitahu tidak datang langsung ke majlis jamuan hari raya yang beliau sendiri anjurkan.

“Ini bermakna majlis tersebut semata-mata berniat untuk mengganggu program anjuran PKR. Siasatan juga mesti dibuat mengapa dibiarkan Umi Hafilda menyampaikan ceramah yang penuh kontroversi, provokasi dan amat memalukan terutama apabila didengari oleh kanak-kanak, wanita dan orang tua.

“Anehnya, Ketua Polis Lipis dan anggotanya hadir walaupun menyorok dalam pagar sekolah mendengar dengan jelas ceramah Umi Hafilda yang sangat memalukan itu tanpa mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Tambahnya lagi, Abdul Razak tidak menggunakan kuasanya sebagai ketua polis daerah untuk memberhentikan ceramah sedangkan beliau mengakui dan menyedari ceramah Umi Hafilda kasar, lucah dan bersifat provokasi sehingga boleh menimbulkan susana tegang dan boleh mencetuskan kemarahan.

Bahkan, katanya, pihak polis seolah-oleh masih membenarkan Umi Hafilda meneruskan ceramah maki hamunnya itu walaupun polis tidak mengeluarkan permit ceramah.

“Justeru saya memohon satu siasatan teliti adakah Superintenden Abdul Razak dipengaruhi oleh Umno dan BN bagi membenar dan membiarkan ceramah Umi Hafilda diadakan. Atau adakah Abdul Razak menerima apa-apa imbuhan dalam apa jua bentuk daripada Umno, BN atau
menerima apa-apa ugutan sehingga sanggup membenar dan membiarkan ceramah Umi Hafilda itu diteruskan.

“Di atas pengalaman lalu saya berhadapan dengan halangan dan kekangan daripada pihak polis untuk mendapatkan permit. Apabila ceramah saja tanpa permit maka tanpa berlengah pihak polis akan datang menghentikan ceramah tersebut. Tetapi ceramah Umi Hafilda tanpa permit anjuran Mohd Sofi dari Umno bukan sahaja tidak dihalang dan tidak dihentikan malah dihadiri dan didengari sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Lipis.

“Secara tegasnya saya meminta pihak polis menyiasat aduan ini dengan profesional, tidak memihak dan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang melakukan kesalahan dalam perkara ini tanpa mengira fahaman politik, kedudukan pangkat atau darjat,” tegasnya.

Dalam pada itu, Zaidi ketika ditanya yakin dalang di sebalik penganjuran ceramah Umi Hafilda itu ialah pemimpin-pemimpin Umno yang begitu terdesak hingga sanggup berbuat apa saja termasuk memanggil Umi Hafilda berceramah dengan memperkudakan pihak polis memberi laluan ceramah itu diadakan.

Baginya, tindakan Umno itu menunjukkan mereka sendiri sudah tidak mempunyai pengaruh untuk memanggil rakyat menghadiri majlis yang mereka anjurkan.

“Ini bermakna rakyat termasuk orang Melayu di kampung-kampung sudah mula menolak pemimpin Umno yang rasuah. Pemimpin Umno sudah hilang kredibiliti diri dan saya yakin mereka akan ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Dengan menganjurkan ceramah Umi Hafilda itu, pemimpin Umno sendiri itu meletakkan diri mereka sebagai golongan pemimpin yang haprak dan mengamalkan politik bankrap kerana itulah sebenarnya kualiti yang ada pada mereka semua,” katanya.

Tambah Zaidi, mereka sudah tidak mampu berfikir dengan waras dan budiman lantaran sudah hilang pertimbangan sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negeri dan negara.

Anak anda mengambil peperiksaan tahun ini? Baca surah ini



Tuesday, September 27, 2011

Utusan yang biadab mesti diajar!

Di sebalik gesaan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah supaya Islam dipertahankan, akhbar Utusan engan begitu biadab pula mempersendakan hukum Islam: hudud.

Hukum yang terbit dan diwajibkan oleh Pencipta sekelian makhluk ini dijadikan lawak jenaka untuk bahak ketawa puak jahil, tanpa ada sedikitpun rasa gerun.

Ini bukan kali pertama lidah rasmi Umno itu mempersendakan hukum Islam, sebelum ini disiarkan juga karikatur yang menghina hukum Islam. Walaupun dibantah, editorial akhbar yang menjadi media propaganda dan gerak saraf Umno tersebut masih enggan memohon maaf.

Sebelum ini, akhbar yang menjadi tempat beroperasi think-tank pemimpin tertinggi Umno ini berbulan-bulan mempromosikan video porno di muka hadapannya dengan matlamat politik.

Akhbar yang sama juga sering memainkan kalimat fitnah, hasutan dan adu domba apabila telah memutarbelit ucapan Mohamad Sabu dengan matlamat menimbulkan rasa cemas di kalangan masyarakat kononnya komunis telah didewakan.

Kenapa Utusan selama ini begitu berani melakukan kebiadaban ini? Apakah mereka tidak terikat dengan undang-undang dan moral kemanusiaan? Apakah tidak ada sekelumitpun nilai sensitiviti Islam dalam dada editorialnya?

Jawapnya, kerana mereka Umno. Bagi mereka, Umno adalah passport terbesar untuk melakukan apa saja kerana tidak akan ada seorang pun yang berani ‘usik’ kerana mereka dilindungi Umno.

Dengan Umno, apa saja beres dan kebal daripada sebarang batas undang-undang.

Kita percaya gejala yang akan terus memusnahkan nilai-nilai keislaman dan budaya cemerlang bangsa itu akan terus disiarkan dari masa ke semasa kerana mereka bernaung di sebatang pokok yang besar: Umno!

Kita mahu bangsa Melayu sedar bahawa lidah rasmi Umno Utusan itu adalah penjahanam Islam dan bangsa Melayu! Percayalah, jika fitnah yang sedahsyat inipun kita terus biarkan maka pada masa akan datang tidak mustahil zat Allah SWT sendiri menjadi bahan sendaan. Kerana bagi mereka, buatlah apa-apapun, tidak akan diusik kerana dilindungi pemerintah negara!

Kita mahu rakyat Malaysia bangun berbuat sesuatu daripada terus membiarkan lidah fitnah ini bermaharalela menjahanamkan nilai dan keluhuran yang ada!


Rumah arwah Abang Zul musnah terbakar

Khabar yang menyedihkan. Semalam berlaku kebakaran di Kampung Paya Panjang, Bera sehingga memusnahkan rumah Puan Junidah Abu Samah, balu kepada mantan Pengerusi Tetap PAS Kawasan Bera, Allahyarham Zulkifli Abdul Wahab (Abang Zul).

Abang Zul yang juga bekas tentera, semasa hayatnya pernah memegang jawatan penting dalam Dewan Pemuda PAS Temerloh.

Menurut jiran, kebakaran bermula dengan beberapa bunyi letupan selepas petir kira-kira jam 3 petang tadi. Ketika itu hujan sederhana lebat.

Maklumat dalam facebook Al-Mankarqi, antara yang menziarahi keluarga ini adalah YDP PAS Bera Ust. Sulaiman Mohd, Pengarah MTD Guai Sdr. Musaniff Ab Rahman, Setiausaha Dr. Mohd Wali Ahmad, Bendahari Dr. Salim Ahmad, Ketua Pemuda Mohd Shahrul Mohamad dan ramai lagi.

Derma kilat dilancarkan. Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Sulaiman Mohd.


Monday, September 26, 2011

Ramai yang marah Sharkar

Ramai yang menghadiri sambutan hari raya anjuran Koperasi Peneroka Felcra Batu 4 Sabtu lalu, kecewa dengan kelantangan Exco Kerajaan Negeri, Adun Lanchang Datuk Sharkar mengkritik PAS meskipun tiada kena mengena dengan majlis tersebut.

Majlis tersebut merupakan sambutan hari raya kepada peserta-peserta Felcra di situ, di samping menyampaikan sumbangan termasuk kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di luar negara.

Duit yang disampaikan bukan duit Sharkar, tetapi duit koperasi Felcra itu juga. Cuma Sharkar dijemput untuk menyampaikannya saja di Dewan Orang Ramai Sungai Gau itu.

Tetapi apabila mendapat saja pembesar suara, Sharkar tidak melepaskan peluang membantai dan menghentam PAS di hadapan 100 % orang Melayu itu.

Saya fikir Sharkar tahu bahawa di situ terletak kawasan kuat PAS kerana peti undi pilihan raya (UPU) Paya Pulai di situ PAS tidak pernah kalah sejak tahun 1998, termasuklah pada PRK Sanggang 2000.

“Landak tak patut cakap begitu,” kata seorang peserta tua.

Memang sepatutnya pada majlis berkenaan tidak sesuai langsung dijadikan pesta menghentam PAS dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menjawap.

Kepada menadahkan telinga pada hari tersebut ada beberapa kemusykilan kepada mereka. Jika seorang pemimpin kerajaan boleh bercakap menghentam secara emosional dan sebelah pihak begitu, maka akibatnya mereka bimbang akan ada yang menjadi ekstrim. Ini seperti yang berlaku dalam ceramah Mohd Sabu di Seremban baru-baru ini. Semua itu belaku selepas pemimpin dan lidah rasmi Umno mencurahkan minyak ke atas perasaan rakyat negara ini.

Premis tempat Sharkar bercakap itu juga merupakan dewan awam. Apa kata kalau sekiranya orang PAS membuat majlis di situ untuk menerangkan keburukan pemimpin Umno yang mentekedarah rasuah umpamanya?

Apa kata kalau rahsia dibuka tentang banyak kawasan balak ‘disapu’ oleh orang Umno? Perangai pemimpin Umno yang main perempuan dan mabuk?

Tempat yang Sharkar menghentam PAS itu dalam Dun Kuala Semantan yang dimenangi PAS dalam PRU lalu, jadi bermakna di situ tempat kuat PAS. Ramai yang percaya kalau Sharkar bertanding di Kuala Semantan pun bila-bila, dia pun akan kalah.

Cuma moral ceritanya di sini, apabila sudah menjadi pemimpin dan usia pun sudah beransur tua, kena pandai-pandailah menghormati orang lain dan melihat suasana semasa jangan sampai orang menyampah dan memaki hamun dalam hati.

Walau awak tu ketua, masa PRU esok nak pujuk orang juga supaya mengundi.

Sekian, menurut yang empunya ceritera.


Lantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Felda tidak sah

SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan membantah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana pelantikan itu tidak menepati tiga syarat undang-undang kecil KPF.

Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.

Menurutnya, undang-undang kecil itu menyebut “Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah merupakan seorang Peneroka Felda atau Anak Peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda.”

Tegas beliau, “Mohd Isa bukan seorang Peneroka Felda. Bukan juga bukan anak Peneroka Felda dan bukan seorang yang berjawatan tetap di dalam Felda. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda hanyalah jawatan bertaraf kontrak.

“Maka jelas disini Najib menyalah guna kuasa dengan melanggar undang-undang kecil KPF”, kata Mohd Nazree.

Malah pelantikan Mohd Isa oleh Najib juga tidak ada merit kerana prestasi Felda sendiri tidak baik sejak beliau menjadi Pengerusi Felda.

Kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda menunjukkan kegagalan pentadbiran Mohd Isa yang jelas menindas peneroka.

“Pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM6 billion juga berlaku ketika Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda. Malah Najib melantik Mohd Isa pada bulan Ogos lepas ketika Pengerusi KPF asal Dzulkifli Abdul Wahab sedang mengerjakan Umrah di Mekah.

“Saya difahamkan pelantikan Mohd Isa menggantikan Dzulkifli ini dibuat tanpa pengetahuan Dzulkifli sendiri yang juga merupakan Pengarah Besar Felda dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain,” ujar Mohd Nazree.

Mohd Nazree berkata Najib harus menjelaskan kepada umum terutama warga Peneroka Felda apakah rasionalnya beliau melantik Mohd Isa dalam keadaan tergesa-gesa dan jelas melanggar undang-undang kecil KPF.

“AMK Negeri Sembilan mendesak agar pelantikan Mohd Isa ditarik balik dan dibuat siasatan bagaimana proses pelantikan boleh dibuat tanpa prosedur yang betul. Kita bimbang pelantikan seumpama ini boleh menjejaskan integriti pengurusan KPF”, ulas Mohd Nazree lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, ketika diminta mengulas isu tersebut berkata beliau sedia maklum isu tersebut dan isu tersebut akan dibawa ke Sidang Parlimen pada bulan Oktober ini.

“Yang pasti pada Sidang Parlimen bulan hadapan kami (Pakatan Rakyat) akan buat satu kejutan atau pendedahan besar berhubung kes ini”, kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

~ FMT

Sunday, September 25, 2011

Kontroversi hudud: Siapa munafik?

video

Orang kampung tak mampu naik bas mewah

Saya diberitahu, ramai agen propaganda dan gerak saraf Umno mulai berkempen mengatakan betapa ‘tawaduk’nya PM Najib Tun Razak yang sanggup naik bas.

Propaganda menuju saat-saat pilihan raya ini ialah untuk memberitahu massa bahawa Najib, sebenarnya amat prihatin dan cakna dengan permasalahan pengangkutan awam. Lalu kesudiannya ‘mencemar duli’ untuk menaiki pengangkutan (bas) yang diumpamakan antara terburuk di dunia itu selama ini, dimuatkan besar-besar dalam lidah rasmi Umno.

Najib bersama rombongan ‘posing’ pertama kali naik bas (dalam sejarah hirup) dengan dikerumuni jurugambar untuk disiarkan seluas-luasnya

Mesejnya, jika selama ini Najib tidak pernah sunyi daripada sama ada menaiki helikopter, kapal terbang dan kereta mewah selama ini, dalam perjalanan ke Perak beliau membuat satu ‘kejutan’ untuk politiknya iaitu sanggup menaiki bas.

Namun melihat kepada bas dinaikinya, saya fikir tidak ramai orang kampung yang tergamak atau ‘cekak’ menaikinya. Saya tak fikir orang Paya Luas, Kampung Awah atau Kampung Desa Bakti mempu menaikinya.

Penghuni Feda Chini atau Kampung Mambang (dalam Parlimen Pekan) pun tentu ‘serun’ untuk naik bas sehebat itu, melainkan dibawa oleh Najib untuk ‘posing’ dan disiarkan besar-besar dalam lidah rasmi Umno.

Lalu apa mesej yang mahu disampaikan dengan Najib naik bas bersama Rosmah dan Zamby ini? Apa yang mahu ditayangkan?

Apakah pemikiran dan tanggapan hati rakyat masih kekal tidak berubah seperti 50 tahun dulu?


Saturday, September 24, 2011

Pemuda PAS Dun Jenderak bantu MBFM Jenderak Selatan

Betul ke ni? memang betul. Semalam (jumaat) Pemuda PAS telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada MBFM Jenderak Selatan bagi membantu mereka menyertai Kejohanan Bola Jaring dan Futsal anjuran Felda Wilayah Mempaga esok.

Difahamkan, setiap rancangan Felda dalam wilayah mempaga wajib menghantar sekurang kurangnya satu pasukan bola jaring dan juga satu pasukan futsal bagi memeriahkan kejohanan ini. Malangnya, Persatuan belia Jenderak Selatan tidak mempunyai dana untuk menghadiri kejohanan ini walaupun telah memohon dengan pihak Felda sendiri. Pihak JKKR juga tidak mempedulikan permohonan mereka apatah lagi Umno cawangan.

Umno yang setiap hari mencanangkan bahawa hanya mereka yang mampu mentadbir negara nampaknya gagal mentadbir sebuah tanah rancangan seluas jenderak selatan ini. Nak hantar belia bersukan pun tak mampu, apatah lagi nak tadbir negara! Diharapkan selepas ini belia di Jenderak Selatan akan terbuka mata dan minda mereka untuk menerima PAS.

Semoga mereka tahu bahawa PAS juga mampu membantu mereka walaupun ditekan dan difitnah setiap hari dalam media cetak dan elektronik yang jelas dikuasai Umno bagi menipu rakyat terutama di kawasan Felda dan kampung-kampung tradisi. Kepada pasukan bola jaring dan futsal yg akan menyertai pertandingan esok, Kami doakan anda beroleh kejayaan.

(Kelihatan Ketua Pemuda DUN Jenderak sedang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Pengerusi MBFM JenderakDub
Selatan En. Huzafandy bin Hussin disaksikan Pegawai Penyelaras
Belia Felda Jenderak Selatan, En. Riduan bin Rasdi)


Mtd Jenderak
http://pasjenderakselatan.blogspot.com/2011/09/pemuda-pas-dun-jenderak-bantu.html

Friday, September 23, 2011

Mohd Sabu cadang peperiksan PMR, SPM ditangguh

MARAN: Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu mencadangkan supaya peperiksaan PMR dan SPM bagi mata pelajaran sejarah tahun ini ditangguhkan kerana terdapat kekeliruan fakta pada masa ini.

Beliau berkata, sejak seorang profesor mengatakan negara ini tidak pernah dijajah (oleh Inggeris) dan Umno mendakwa golongan kiri bukan pejuang, berlaku kekeliruan dan ketakutan kepada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.

“Saya bagi contoh buku sejarah Tingkatan 2 mengatakan Malaysia dijajah pada 1786 apabila tentera Biritish mendarat di Pulau Pinang pada tahun lalu menukar nama Bandar Tanjung kepada George Town dengan menaikkan bendera Union Jack.

“Tetapi selepas Profesor Zainal Kling mengatakan Malaysia tak pernah dijajah, saya percaya mereka takut menulis jawapan yang salah.

“Satu lagi, dalam buku sejarah Tingkatan 3 parti-pati pejuang kemerdekaan seperti Peta, PKMM, PKM, KMM dan lain-lain telah diharamkan Inggeris. Tetapi kalau ikut kenyataan pemimpin Umno sekarang mereka kata selain daripada bukan Umno itu bukan pejuang kemerdekaan,” katanya.
Tambah Mohamad, jadi jelas terdapat kekeliruan terutama kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM selain daripada orang ramai.

Mohamad menjelaskan demikian di hadapan kira-kira 4,000 orang semasa merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Maran sempena Majlis Jamuan Hari Raya di sini semalam.

PAS Maran awal tahun ini telah membeli sebuah bangunan dua tingkat menempatkan pejabat pentadbiran berjumlah RM250,000 secara tunai di tengah bandar Maran.

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan kelab Alternatives Riding Club (ARC) Pemuda PAS Maran.

Mohamad Sabu berkata, beliau baru-baru ini telah doserang selama 16 hari 16 malam oleh media arus perdana milik Umno apabila ucapannya mula-mula diputarbelit.

Tambahnya, beliau pada 21 Ogos telah berceramah di kampungnya di Pulau Pinang berkenaan betapa kurangnya rakyat mengibarkan bendera melambangkan kurangnya semangat patriotik tidak seperti negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand.
“Tetapi ucapan saya telah di’spin’ di akhbar Utusan Malaysia pada 27 Ogos. Mereka guna isu itu kerana mereka tahu berdasarkan kajian yang mereka buat orang-orang Cina, India dan Melayu bandar 80% telah menolak BN.

“Oleh itu mereka memainkan isu komunis ini supaya masyarakat luar bandar terutama Melayu termakan isu itu kerana maklumat mereka hanya terhad kepada Utusan, Tv3 dan RTM.

“Enam belas hari 16 malam lamanya saya diserang dan akhirnya spin yang mereka buat dah makan tuan,” tegasnya.

Katanya, sekarang ini Umno dah bergaduh sesama sendiri apabila ada profesor kata Malaysia tak pernah dijajah.


Thursday, September 22, 2011

Penghidap paru-paru kronik rayu derma orang ramai untuk kos bedah

TEMERLOH: Seorang bekas pekerja kilang papan yang mengalami sakit paru-paru kronik sejak 8 tahun merayu derma orang ramai untuk kos pembedahannya.

Mohd Safri Che Ghani, 34, yang menghidap dua penyakit sekali gus iaitu paru-paru menguncup dan Hepatitis B + C, berkata beliau diminta menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan akan datang dengan kos RM12,000 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bapa kepada lima orang anak itu memberitahu, penyakit tersebut mulai dikesan apabila beliau dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tahun 2010 lalu.

“Sebenarnya saya sudah mulai sakit-sakit dan semput sejak 8 tahun lalu semasa bekerja di sebuah kilang papan dan hanya disahkan menghidap penyakit ini setelah dimasukkan ke hospital.

“Saya sangat perlukan wang untuk mendapatkan rawatan dan dalam masa yang sama untuk memelihara anak-anak yang masih kecil. Akibat kemiskinan juga dua orang anak kami tidak memiliki surat beranak dan seorang terpaksa berhenti sekolah,” katanya ketika mengadu kepada Selamatkan Pahang di sini.

Pada masa ini beliau masih berulang alik untuk diagnos dan rawatan dua kali sebulan ke HKL dan tiga bulan sekali di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas).

Safri yang tinggal Batu 3 Jalan Karak, Mentakab berkata, atas ikhtiar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan doktor, beliau kini bekerja ringan secara sambilan di kilang sawit Semantan dengan pendapatan sekitar RM200 sebulan.

“Dicampur dengan sedikit bantuan JKM, sebenarnya masih jauh daripada mencukupi dengan harga barang yang mahal dan kos hidup yang tinggi,” ujarnya sedih.

Bagi sesiapa yang bersimpati, bolehlah menghubungi isteri beliau (Aida) di talian 0179995863. Atau memasukkan wang ke akaun beliau di Bank Islam 03072020842719.


CAPTION:
Safri bersama isteri dan dua anaknya




Ayah mertua TG Mohd Baqi meninggal dunia

TEMERLOH: Bekas guru pelawat sekolah rendah daerah Temerloh, Ustaz Ahmad Ismail, 83, kembali ke rahmatullah Isnin lalu, kira-kira jam 11.45 malam di rumahnya di Kampung Seberang Guai, Temerloh.

Menurut seorang cucunya Muhammad Abdul Hayyi, sebelum itu beliau menghidap komplikasi sakit kencing selain sakit tua dan kerap berulang ke hospital.

Ustaz Mad ialah bapa mertua kepada bekas Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman yang juga YDP PAS Maran.

Allahyarham juga adalah daripada keturunan Qadhi Haji Ismail yang terkenal itu serta memiliki keluarga sangat besar di sepanjang Sungai Pahang.

Semasa mudanya, Allahyarham telah menuntut ilmu agama di pondok di Kelantan. Beliau juga ialah pengasas Pondok Pengajian Bukit Keledang, Bera.

Jenazahnya disemadikan tengahari hari selasa. Turut hadir di majlis pengkebumiannya ialah Bendahari PAS Pahang Musaniff Abdul Rahman serta kaum keluarga dan sahabat handai.


Tuesday, September 20, 2011

Rumah Mat Sabu dibaling bom petrol!

JIKA sebelum ini, sekumpulan samseng United Malays No Otak dilaporkan telah menyerang rumah Mat Sabu di Guar Cempedak, rujuk sini [Panas]

Kali ini, maklumat yang diterima dari twitter Chegubard mendakwa bahawa rumah Mat Sabu telah dibaling dengan bom petrol pulak [Twitter].

Hishamuddin Rais turut menyiarkan bahawa ada cubaan untuk membakar rumah Mat Sabu di blog beliau. Bagaimana pun hanya pagar rumah Mat Sabu yang berjaya dibakar.

Tambah menghairankan, lampu jalan berhampiran turut terpadam seolah-olah sudah ada perancangan rapi dari si pengkhianat [Tukar Tiub].

Biasanya semut kat dalam hutan pun Polis boleh tahu IP Adressnya, boleh tahu alamat facebooknya malah boleh tahu tarikh lahir jirannya.

Kita lihat nanti betapa susahnya Polis nak tangkap pengkhianat yang baling bom petrol ni, cari jarum dalam laut pun tak susah macam ni.

ReJaM© "Kalau rumah Najib yang kena baling, tak sampai dua minit..."


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/panas-rumah-mat-sabu-dibaling-bom.html#ixzz1YRydXl6f

Komen aku: Sesungguhnya aktiviti dan suhu politik kepartian di negara ini sudah sampai ke paras keganasan. Itulah harga yang perlu dibayar selepas ‘cucuhan api’ dan provokasi dimainkan saban hari oleh lidah rasmi Umno. Namun oleh kerana ‘keganasan’ tersebut dipancarkan daripada pihak yang memerintah, maka seolah-olah semuanya menjadi halal. Ini semua senario politik baru negara ini selepas PRU 2008 apabila BN hampir menjadi pembangkang! Apa gunanya sistem demokrasi jika yang menang tidak boleh menerima kekalahan?


Monday, September 19, 2011

548 peneroka Gugusan Bera saman Felda esok

Seramai 548 peneroka Felda Gugusan Bera, Pahang akan menfailkan saman terhadap Felda pada di Mahkamah Tinggi Temerloh esok, 20 September 2011 (Selasa).

Menurut kenyataan media Pegawai Khas Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat, Fadhil Osman, saman tersebut akan dimulakan pada jam 9.45 pagi oleh peguam Hanipa Maidin.

Butiran lanjut saman akan diumumkan oleh peguam.

Semua media / blogger dijemput hadir.

Sebelum ini, seramai 1,200 peneroka Felda telah tampil menyaman Felda atas isu KPG yang didakwa rendah tidak mengikut indeks sebenar.


Ahli PAS tertua maut motosikal dirempuh kereta

TEMERLOH: Ahli PAS Kampung Paya Luas Jantan Taib (Pak Cu), 95, meninggal dunia semalam (Ahad) selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dari arah belakang berhampiran simpang lampu isyarat Hospital Ahmad Shah di sini.

Menurut Ketua Cawangan PAS Paya Luas Ustaz Najmi, Pakcu yang juga bapa mertua kepada Ketua Kampung Paya Luas, Nordin Idris, pada kira-kira 4 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat kecederaan parah di kepala.

Najmi berkata, dalam kejadian 11.30 pagi itu, Pak Cu yang baru keluar dari simpang 7-Eleven (seberang hadapan hospital), ketika mahu membelok motosikalnya masuk ke kampung Paya Luas, telah dirempuh kereta berkenaan menyebabkan arwah tercampak lalu koma dan di bawa ke wad kecemasan hospital.

Pemandu kereta berumur 37 tahun dari Kampung Badok dan isteri serta tiga anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pak Cu menjadi ahli PAS Cawangan Paya Luas sejak tahun 1980-an. Beliau berasal dari Kampung Bangau Tanjung di sini dan merupakan anggota pejuang Angkatan Pemuda Insaf (Api) di zaman mudanya.

Pak Cu semasa hayatnya pernah memberitahu , beliau dilahirkan pada 1916, menjadikan beliau ahli PAS tertua di Temerloh. Tetapi dalam kad pengenalannya dicatatkan 1927.

Beliau memberi bukti, masih ingat dan sempat menyaksikan bah besar tahun 1926 dulu.

~ gambar hiasan

Saturday, September 17, 2011

Hidangan basi, duit RM2 di jamuan raya bersama MB

Beberapa orang penduduk Taman Bukit Bendera, Mentakab melahirkan rasa tidak puas hati dengan majlis sambutan raya taman berkenaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada Sabtu, 10 September lalu.

Salah seorang penduduk yang memperkenalkan dirinya sebagai Bob, berkata mereka selaku penduduk taman berkenaan tidak berpuas hati kerana program yang diadakan di Sekolah Menengah Hwa Lian itu, dikatakan mendapat peruntukan berbelas ribu daripada pejabat Menteri Besar, tetapi apa yang dihidangkan sangat jauh daripada apa yang sepatutnya.

Kata Bob, kebanyakan makanan didakwa pengunjung sudah basi. Beliau diberitahu, makanan ditempah daripada caterer yang sama dengan majlis sambutan raya Datuk Sharkar, yang juga mengadakan jamuan terbuka di Lanchang pada hari yang sama.

“Sudahlah begitu, apabila sampai masa sumbangan duit raya kepada lebih kurang 30 anak yatim Bukit Bendera, duit yang diagih hanya berjumlah RM2 seorang. Ini memang tak patut.

“Tak padan langsung dengan peruntukan berbelas ribu yang kami dengar disalurkan melalui seorang pemimpin Umno di sini.

“Agaknya MB sudah mengetahui rungutan penduduk. Sebab beberapa hari selepas itu ada arahan supaya kami membawa anak-anak yatim Bukit Bendera ke Kuantan, barangkali untuk diberi wang raya semula,” kata Bob.


Friday, September 16, 2011

Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan - A Samad Said

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

~ Merdeka Review

Thursday, September 15, 2011

Anak Azizah Khatib Mat meninggal

Al-Fatihah. Sahabat kami, Mohd Faiq bin Mohd Alwi, 30-an, meninggal dunia sebelum subuh tadi di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dipercayai komplikasi daripada kanser darah yang dideritainya sejak lebih setahun lalu.

Beliau merupakan anak sulung kepada AJK Muslimat PAS Pusat Ustazah Azizah Khatib Mat dan bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Allahyarham Ustaz Alwi Abdul Hamid.

Faiq merupakan seorang pegawai di Takaful Malaysia Temerloh. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Isterinya masih menyambung pelajaran di Australia.

Jenazahnya dijangka akan disembahyangkan selepas Solat Zohor ini di Darul Hijrah, Paya Pasir, Maran.



Wednesday, September 14, 2011

Isa Samad akan ketuai koperasi Felda?


Saya menerima satu emel yang mengatakan Pengerusi Felda sekarang sedang melobi untuk mempengerusikan koperasi-koperasi Felda.

Berita tersebut belum sahih, jadi tidak wajar dibuat ulasan.

Bagaimanapun disertakan di bawah ini emel berkenaan:

Assalamualaikum;

Saya terdengar isu Pengerusi Felda sedang sibuk melobi Perdana Menteri utk menjadi Pengerusi KPF pula …. Sejauh mana kebenaran berita ini saya kurang pasti, tapi di kalangan kakitangan felda di Ibu Pejabat sudah sibuk memperkatakannya. Dengar2 cerita sampai PM pun dah merestuinya. Memandangkan anak2 syarikat felda adalah 60-70% milik KPF, sekiranya benar isu ini terjadi, mendedahkan KPF pada satu risiko politik yg besar. Saya berharap, abg2 yg lebih dekat dengan HQ berbanding saya dapat membuat sedikit siasatan dan ulasan. Kakitangan2 felda hanya dapat memerhatikan dan katanya menyerahkan hal ini kepada pihak peneroka dan genarasi ke-2 utk menghalangnya.

Kalau di ikutkan undang2 koperasi, memang pengambil alihan ini patutnya di buat dlm AGM KPF, namun, berbagai usaha telah dibuat oleh orang berkepentingan dlm usaha pengambilalihan ini. Rata2 kita yg menjadi ahli/pemegang saham KPF dan membawa brand Felda, patut cakna dgn isu seperti ini.



Tuesday, September 13, 2011

Tanah Umno tergadai kepada Cina

TEMERLOH: Gara-gara tanah milik Umno dilelong dan berpindah milik kepada bukan Melayu, seorang peniaga gerai makan yang menyewa di tapak tersebut terpaksa menutup perniagaannya sekali gus menjejaskan sumber pendapatan sekeluarga selain kerugian ratusan ribu ringgit.

Peniaga terbabit Zarima Abdul Aziz, 45, berkata, ini disebabkan pemilik baru tanah yang terletak berhampiran Pejabat Pos Mentakab dan bangunan Mara itu baru-baru ini telah menyerahkan surat mengarahkan dia mengosongkan tanah terbabit dalam tempoh 14 hari.

Menurut Zarima, apa yang beliau kesalkan ialah sepatutnya beliau sebagai penyewa perlu diberi keutamaan jika berlaku lelongan namun yang berlaku Umno Cawangan Bandar Mentakab sebagai tuan tanah langsung tidak memaklumkannya.

Menurutnya, dia mula menyewa tanah berkeluasan 2,250 meter persegi dalam bandar Mentakab itu pada 9 Julai 2009 dengan kadar sewa RM250 untuk tiga bulan pertama dan RM500 selepas tempoh itu sehingga hari ini.

“Pada mulanya saya berniaga gerai makanan di medan selera Mentakab, tetapi terpaksa mencari tapak baru selepas arahan dikeluarkan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

“Pada ketika itu muncul seorang pemimpin Umno Mentakab menawarkan bantuan dan atas keprihatinan diberikan, saya dapat menyewa tanah baru iaitu di tapak ini.

“Ketika mula menyewa, tanah ini dimiliki tiga nama individu dan saya difahamkan tanah ini adalah milik Umno Cawangan Bandar Mentakab,” katanya kepada media di gerainya di sini baru-baru ini.

Zarima berkata, selepas siap surat perjanjian sewa, beliau melaburkan lebih RM100,000 bagi membina gerai dan peralatan memasak lalu terus berniaga tanpa sebarang masalah sehinggalah didatangi seorang lelaki yang mendakwa tanah tersebut sudah menjadi miliknya sejak awal tahun ini.

“Apabila disiasat, saya dimaklumkan tanah ini telah dilelong dan akibatnya saya yang menanggung rugi kerana telah melabur ratusan ribu ringgit sedangkan perjanjian sewa belum lagi tamat,” katanya yang mengikat perjanjian selama lima tahun.

Beliau difahamkan, tanah tersebut yang dicagarkan kepada sebuah bank di sini, dilelong setelah Umno gagal membayar pinjaman.

Zarima berkata, apa yang dipersoalkan di mana surat tawaran lelong dan bila ia dilelong kerana sepatutnya penyewa perlu diberi keutamaan jika berlaku lelongan tetapi orang Umno tidak sedikitpun memaklumkan kepadanya.

“Kalau hendak lelong kenapa tidak beri keutamaan kepada saya yang mengikat perjanjian selama lima tahun, saya bina kedai ini dengan duit sendiri dan sudah melabur banyak.

“Saya begitu mengharapkan perhatian daripada pihak yang terlibat supaya dapat menyelamatkan perniagaan dan periuk nasi saya untuk menyara empat anak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Mentakab, Norazmi Abdul Majid, ketika diminta mengulas isu berkenaan, berkata Umno sepatutnya tidak boleh berlepas tangan begitu saja sedangkan tanah tersebut pada asalnya milik awam yang ditukar kepada parti itu.

“Saya pertikaikan kenapa Umno boleh miliki tanah sedangkan ia hanya sebuah parti politik seperti PAS dan ini mungkin boleh dikaitkan dengan salah guna kuasa.

“Keduanya, jika tanah yang dah jadi hak milik tidak boleh dijaga dan diurus dengan baik sehingga tergadai, bagaimana untuk menjaga tanah air dan rakyat yang lebih besar?,” soalnya.

Zarima menunjukkan surat perjanjian dengan Umno di hadapan kedainya


Monday, September 12, 2011

Penceramah sensasi Umno tarik balik saman 'rakan seks’nya

Media melaporkan Ummi Hafilda menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Sebelum ini Baginda melaporkan Ummi ialah rakan seksnya.

Bagaimanapun Ummi menafikannya dan menyaman Baginda.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin menfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.

Saman ditarik balik kerana faktor writ yang dikatakan tidak teratur.

Beberapa ketika dulu, Ummi pernah dikaitkan dengan seorang usahawan dari Sarawak Dato S’ng.

Ummi Hafilda adalah merupakan penceramah utama Umno semasa PRK Kerdau tempoh hari dan ditugaskan untuk ‘menyerang’ peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjeritkan kata-kata kesat dan lucah di pentas berdekatan.

Masih diingati, ketika itu Ummi menaiki kereta mewah dengan beberapa orang bodyguard Umno dan bertugas beberapa hari sepanjang kempen PRK berkenaan.

Ummi dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi tetapi digilap semula imejnya oleh lidah rasmi Umno Utusan Malaysia, khas untuk mengetengahkan isu-isu Anwar dengan beberapa dakwaan.


Najib bohong dalam isu kenaikan caj 6%

Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia semalam secara bekerjasama berbohong dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu kenaikan caj 6 % cukai pra-bayar.

Katanya: "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Cara Najib menjawap itu, seolah-olah syarikat telekomunikasi sengaja memandai-mandai untuk naikkan caj bermula 15 September ini?

Kenapa Najib begitu selamba saja berbohong sedangkan kenaikan tersebut telah diucapkannya dalam pembentangan bajet 2011 tahun lalu?

Memetik daripada blog sahabat, selama ini memang pengguna pra-bayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.

Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar.

Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi.

Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan.

Sebenarnya memang Najib dan Kerajaan UMNO/BN tidak pernah meluluskan kenaikkan ini tapi mereka telah menetapkannya di dalam Bajet yang dibentang pada 15 Oktober 2010.

Sebahagian Budget:


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN BERDASARKAN PENGUMUMAN BAJET 2011


1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran Televisyen Berbayar
Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad cajPindaan kadar cukai perkhidmatan ini dikuatkuasakan melalui Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2010 [P.U. (A) 411/2010].

Dengan pindaan di atas, butiran (a) kepada perenggan 3, Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 [P.U(A) 468/2009] akan dibaca seperti berikut:

“3. Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai pada kadar yang berikut:

“(a) dalam hal perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai selain perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai berhubung dengan perkhidmatan kad kredit atau kad caj, 6% daripada harga, caj atau premium perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai yang ditentukan mengikut seksyen 4 Akta; dan”

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 [P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.

3.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
(i) Orang yang kena membayar cukai (“OKC”)
Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan komunikasi yang berdaftar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] atau yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 2000.

(ii) Perkhidmatan yang kena dibayar cukai
Penyediaan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar – cukai perkhidmatan dikenakan atas yuran langganan.

(iii) Perkhidmatan yang tidak kena di bayar cukai
Bayaran-bayaran lain yang dikenakan selain yuran langganan.

(iv) Kadar cukai perkhidmatan
Kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah 6%.


Sunday, September 11, 2011

Allah, Rasul dicerca: Pihak berkuasa buat apa?

Dalam kesibukan dan keserabutan media propaganda Umno menghentam Timbalan Presiden PAS dan menafikan peranan kumpulan selain Umno menuntut kemerdekaan, sudah muncul manusia yang secara terang-terangan memaki Allah dan Rasul.

Warganegara Malaysia itu menggelarkan dirinya: sitt-al-wuzara di laman sosial Facebook.

Tidak cukup dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga dihina dengan perkataan, “takde otak” dan “babi”.

Namun yang menghairankan, semua pihak berkuasa terus menjadi bacul bila Agong dihina dengan gelaran yang melampau itu. Malah Allah dan Rasul serta Islam dihina, tiada pihak berkuasa yang boleh bertindak.

Susah sangat ke?

Ini berbeza dengan reaksi dan respons yang sungguh pantas dan keras apabila ia melibatkan soal sejarah kemerdekaan (yang semakin kabur) apabila dibangkitkan oleh Mat Sabu.

Apakah "usikan" kemerdekaan oleh Umno lebih sensitif daripada penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Agong?

Kata sahabat bloger, pihak berkuasa hanya gah pada nama, hanya gah dengan pangkat dan jawatan. Bila berlaku hal seperti ini, semua senyap macam ayam berak kapur. Inikah etika sebagai pemegang diamanah awam yang digaji oleh rakyat?

Tetapi apabila lidah rasminya (yang sesekali mempromosi video porno, sesekali menghina hukum Islam melalui kartun) berbunyi, mulalah melompat dan menerjang sehingga seperti perang dan huru-hara akan berlaku!

Apakah sesuatu tindakan hanya akan diambil apabila disuarakan oleh lidah rasmi Umno saja?

Jangan hairan jika penghinaan secara terang-terangan seperti inipun tidak boleh ditangani, bayangkan apa yang boleh dilakukan andainya penghinaan lebih besar kepada Agama, bangsa dan negara ini pada masa akan datang!

Friday, September 9, 2011

Profesor Umno akhirnya kata Malaysia tak pernah terjajah!

Lagi kusut. Setelah hampir sebulan media Umno dan medium rakyat, tokoh politik kerajaan dan pembangkang serta sesama rakyat bergasak, berpolemik dan hentam menghentam dalam isu perjuangan menuntut kemerdekaaan, akhirnya seorang profesor Umno Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sudah berminggu-minggu ‘pelawak-pelawak’ Umno menerpa balai polis dan berdemo sambil mengherdik bahawa Umnolah pejuang kemerdekaan dan selain Umno adalah pengkhianat, tiba-tiba itu semua tidak bererti kerana Malaysia tidak pernah dijajah.

Ertinya, semua orang kena tipu sekarang bahawa penjajah negara adalah British. Lojik yang disebut Zainal Kling, British bukan penjajah tetapi merupakan rakan yang sama-sama tolong mentadbir.

Berapa banyak wang dihabiskan untuk menyambut tarikh 31 Ogos selama ini? Berapa kali diulang-ulang saban tahun di kaca televisyen Tunku melaungkan merdeka di hadapan raja-raja Melayu? Berapa ramai pahlawan Melayu dan dan rakyat kebanyakan yang gugur menentang penjarah itu, untuk menuntut apa?

Setelah sekian lama rakyat ditipu dalam buku sejarah mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan, hari ini Zainal Kling muncul mengisytiharkan tidak ada penjajahan dan Melayu sentiasa merdeka.

Patutlah selama ini rakyat amat loya dan malas mempamerkan sifat-sifat patriotik, kerana barangkali mereka sendiri merasakan sambutan hari kemerdekaan sekadar ciptaan pemerintah semata-mata.

Secara peribadi, saya fikir penjelasan Zainal ini akan makin mengelirukan orang ramai buat masa ini. Banyak persoalan yang akan timbul. Kenapa baru sekarang cerdik pandai Melayu baru sedar bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah? Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Naning, Maharajalela di Perak, Abdul Rahman Limbong di Terengganu itu berjuang menentang siapa dan untuk apa?

Saya fikir sejarah mesti ditulis semula sebab orang ramai pasti semakin keliru. Persoalannya, siapa yang layak menulis? Saya fikir tidak semua orang Melayu bersetuju dengan kenyataan Zainal.

Jika cendekiawan Melayu pun boleh berbalah dalam soal sejarah, bagaimana pula pemahaman rakyat terbanyak?

Benarlah kata pemimpin PAS, pengajian dan buku sejarah bukan seperti sebuah Al-Quran dan Hadis. Mempertahan buku sejarah tulisan penulis berkepentingan, tidak ada gunanya. Namun ketaksuban pemuja Umno tanpa kewarasan selama ini menyebabkan mereka sendiri terkurung di bawah tempurung kebodohan!

Pemuda PAS Pahang bantah cukai pra-bayar 6%

KUANTAN, 9 September: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang membantah kenaikan cukai caj pra-bayar sebanyak enam peratus yang akan dikuatkuasakan mulai 15 September ini kerana rakyat sudah menderita dengan kenaikan harga barang.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Fadhli Ibrahim dalam kenyataan medianya menyebut, ini bermakna seorang pengguna telefon pra-bayar yang membeli tambahan kredit (top up) RM10.00, beliau perlu membayar sebanyak RM10.60.

“Tidak sepatutnya kerajaan meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi ini, di saat rakyat pada hari ini bergelumang dengan penderitaan kenaikan harga barang, bil elektrik dan sebagainya tiba-tiba dibebankan lagi dengan cukai pra-bayar ini.

“Sedangkan kita semua sedia maklum bagaimana syarikat-syarikat telekomukasi ini meraih keuntungan yang sangat besar pada setiap tahun”.

Tambahnya lagi, cuba bayangkan sebanyak 80 bilion SMS dan MMS yang telah dihantar oleh pengguna telefon bimbit dengan kadar RM18 juta setahun dengan pengguna seramai 25 juta orang ( tahun 2007), manakala kos iklan syarikat-syarikat ini pada setiap tahun bernilai RM100 juta-RM300 juta.

“Ini bererti syarikat-syarikat tersebut meraih keuntungan yang sangat besar pada setiap tahun jadi kenapa kerajaan lebih mementingkan keuntungan mereka sedangkan dalam masa yang sama rakyat bawahan yang menggunakan telefon yang sebagai bahan keperluan masa kini terus tertindas,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pahang berkata, kerajaan perlu sedar bahawa pengguna telefon bimbit ini bukan hanya di kalangan orang-orang yang berada, tetapi juga golongan marhaen seperti petani, pekerja kilang, pelajar sekolah, nelayan dan ramai lagi.

“Sekiranya bantahan dari pelbagai pihak ini tidak dilayan bererti kerajaan hanya menjaga kepentingan ahli-ahli korporat dan syarikat-syarikat telekomunikasi ini dengan menutup mata kesusahan yang sedang ditanggung rakyat.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mengingatkan kepada kerajaan supaya meneliti semula skim kenaikan ini yang boleh membebankan rakyat terbanyak, sekiranya bantahan ini tidak diendahkan kita akan bergerak dengan lebih agresif bersama-sama NGO untuk menerangkan perkara ini kepada rakyat,” tambahnya.

Thursday, September 8, 2011

Di mana silapnya ucapan Mat Sabu?

Sesungguhnya penyokong Umno, baik yang mengaku cerdik atau terasa diri bodoh, semuanya sudah hilang sensitiviti deria kewarasannya, sehinggakan apa saja yang dimomok dan disuapkan oleh lidah rasmi mereka akan dibaham serakus-rakusnya menjadi akidah dan iman.

Belumpun mereka mendengar sendiri apa yang diucapkan oleh Mat Sabu dalam satu ceramahnya, dengan hanya propaganda daripada lidah rasmi Umno, mereka sudahpun berarak ke balai polis seluruh negara, berdemonstrasi dan mahu kerakyatan Timbalan Presiden PAS itu dilucutkan. Pendek kata, perang sudah dilancarkan!

Demikianlah sengkeknya pemikiran pendokong-pendokong parti pemerintah ini. Bayangkan, ini hanya untuk satu isu.

Di bawah ini disiarkan kembali transkrip ucapan Hj Mohd Sabu untuk di nilai. Saya percaya bagi mereka yang masih terbuka deria pintu hatinya, tidak akan tergamak melompat tidak tentu pasal:



Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak?

Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..

Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana

…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….

Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.

Semua sejarah negara kita bohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu bohong kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran bohong dia….jadi , depa duk lawan bohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…

Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….

Wednesday, September 7, 2011

Hipokrit, Umno sendiri jalin hubungan dengan komunis!

Di sebalik kerancakan upahan-upahan Umno kelas bawahan yang beria-ia berarak ke balai polis dan berdemonstrasi sehari dua ini kerana marahkan komunis, mereka seakan-akan tidak menyedari bahawa pemimpin tinggi mereka di Kuala Lumpur sendiri menjalinkan hubungan akrab dengan komunis.

Gambar di atas membuktikannya di mana Setiausaha Agung Umno Dato Tengku Adnan Mansor yang mewakili parti itu dan kerajaan memeterai MOU dengan Parti Komunis China untuk bekerjasama. Ia berlaku pada bulan Ogos 2010, di Beijing China.

Sejarah dan kebenaran tidak boleh ditipu!

Apa yang menyedihkan kita sekali gus lucu, ialah kelas bahawan Umno bukan main sibuk memekik dan melolong marahkan komunis. Melihat kepada media tunggangan Umno, Malaysia seolah-olah kembali kepada tahun 1948. Kisuk dan becok benar mereka marahkan komunis tanpa menyedari sedang ditertawakan.

Kalau dalam bahasa dulu sikit ia dipanggil taksub melulu.

Apakah mereka tidak sedar bahawa pimpinan tertinggi mereka sendiri ada hubungan rapat dan berurusan dengan komunis? Sampai bila mereka terus ditipu dengan propaganda lidah rasmi Umno Utusan Malaysia? Sampai bila mahu terus membutakan mata dan memekakkan telinga dengan penipuan demi penipuan akhbar tersebut yang ada kalanya mempromosikan porno dan ada kalanya menghina hukum Islam melalui kartun?

Jika perkara sebegini besar dan jelas pun orang Melayu boleh ditipu, maka tidak hairanlah dalam urusan yang lebih besar lagi mereka sentiasa ditipu pemimpin Umno dulu, kini dan selamanya... selagi belum sedar!

Itulah nasib bangsa Melayuku...


Tuesday, September 6, 2011

Artikel Berita Harian sahkan Mat Indera bukan pengkhianat bangsa

Artikel bertarikh 13 Dec 2010 ini disiarkan dalam satu lagi akhbar Umno, Berita Harian. ia mengesahkan Mat Indera bukan pengkhianat bangsa sebagaimana didakwa Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.
Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.


The article 13 Dec 2010 can be found at: http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/


Pengkhianat dari kaca mata Umno

Mudahnya untuk menuduh orang lain pengkhianat, hanya bukan di kalangan orang Umno dan anda bercakap pada bukan garisan parti itu, anda akan dicop pengkhianat dan penderhaka. Trend terbaru ialah apabila kenyataan anda dimanupulasi oleh media Umno, maka akan berbondong-bondonglah juak-juak Umno ke balai polis membuat laporan terhadap anda dan mereka berdemonstrasi seluruh negara.

Inilah yang terjadi dalam isu Mat Indera dan Balai Polis Bukit Kepong sekarang. Tidak ada kewarasan lagi apabila sejarah kemerdekaan negara telah 'diumnokan'.

Bayangkan, jika sejarah kemerdekaan negara sendiri boleh dipolitikkan, apa lagi yang anda mahu harapkan daripada Umno?

Artikel menarik di bawah adalah kiriman seorang sahabat.

PENGKHIANAT: HANYA MASALAH WAKTU

Oleh: Abu Husna Firdaus

Tiba tiba kita didendangkan dengan masalah PENGKHIANAT. Ketua Pembangkang di Parlimen telah di cop sebagai Pengkhianat Melayu oleh TPM. Kenyataan ini telah di sambut dengan saman oleh DSAI dan dibalas oleh UMNO Johor dengan menyebut Pengkhianat Melayu beramai ramai kepada DSAI.

Sebenarnya kita mungkin lupa atau tidak tahu atau buat buat tidak tahu ungkapan Pengkhianat ini hanyalah masalah waktu dan peredaran zaman sahaja. Hari ini mungkin seseorang itu pengkhianat mungkin di masa akan datang ia akan di angkat sebagai wira.

Mari kita lihat beberapa contoh.

1. Bekas Menteri Pelajaran Tan Sri Khir Johari semasa mula menghapuskan tulisan Jawi di sekolah sekolah di tanah air telah di lihat sebagai seorang yang berpandangan jauh dalam bidang pendidikan kerana menguatamakan tulisan rumi . Ia di anggap wira ketika itu. Hasilnya 30 tahun kemudian beliau telah di anggap sebagai pembunuh tulisan jawi kerana tulisan itu kini hanya di gunakan oleh segelintir orang sahaja . Beberapa generasi telah menjadi buta jawi.

2. Hitler semasa di zaman kebangkitannya di anggap wira bagi bangsa Aryan dan hampir menguasai Eropah. Di kala itu tiada siapa yang berani mengatakan Hitler itu pengkhianat Eropah melainkan ia diangkat sebagai Wira. Namun oleh kerana ia telah di kalahkan semasa Perang Dunia Kedua, sekelip mata ia telah menjadi sejahat jahat manusia di zaman moden ini.

3. Tidak berapa lama selepas Perang Dunia Kedua di Hungary, kerajaan yang ada telah di gulingkan oleh puak komunis yang mendapat sokongan Soviet Union. Ribuan kereta kebal menggempur Budapest, ibu negaranya. Ramai penyokong kerajaan ketika itu di bunuh. Mereka dianggap pengkhianat Negara . Bagaimanapun setelah fahaman komunis tumbang pada 1989 , kubur pengkhianat ini telah di gali semula dan di kembumikan semula sebagai Wira Negara.

4. Semasa Napoleon di kalahkan kali pertama pengikut pengikut beliau telah di angkap pengkhianat dan pengacau Negara kerana cuba untuk membawa beliau kembali ke Perancis. Namun setelah Napoleon Berjaya kembali ke Paris, pengkhinat ini di diangkat sebagai wira Negara.

5. Semasa pemerintahan Tun Mahathir , ramai menganggap beliau sebagai wira dan sangggup cium tangan beliau. Namun setelah beliau meletak jawatan dan mengkritik kerajaan Abdullah Badawi , beliau di anggap pengacau sahaja dan di katakana mengalami Sindrom Orang Pencen.

6. 6 bulan dahulu dulu , di Libya rakyat yang bangkit melawan Ghadafi di anggap pemberontak dan pengkhianat negara oleh banyak pihak. Tetapi setelah perjuangan mereka berjaya , mereka dianggap hero dan dunia termasuk Malaysia telah mengiktiraf kerajaan mereka.

Oleh itu, DSAI tidak perlu gusar hanya kerana orang memanggilnya pengkhianat.Hanya peredaran masa menentukan samada ia terus menerus di panggil pengkhianat atau di angkat sebagai wira kemudian hari nanti.Yang nyata jika ia masih lagi Ketua Pembangkang selepas PRU 13 nanti , sah lah ia akan di terus di panggil pengkhianat. Jika ia menang dan menjadi PM selepas PRU 13 nanti, nescaya DSAI akan di angkat sebagai wira , hero dan bermacam macam gelaran yang akan memuja beliau. Kepada pembaca semua patut mengetahui bahawa SEJARAH DI TULIS OLEH MEREKA YANG MENANG.

(Tulisan ini pernah disiarkan di sidangonline satu masa dulu dan masih relevan ketika Timbalan Presiden PAS di serang sekarang ini. Dinukil semula dengan sedikit tambahan.)

Monday, September 5, 2011

Sekitar sambutan hari raya anak perantauan di Jengka 18, 3 September









Umno, Utusan mesti mohon maaf kepada waris keluarga Mat Indera


Tajuk Buku : Pengukir nama Johor
Terbitan : Yayasan Warisan Johor
Tahun terbit : 2004
Pra Kata: Menteri Besar Johor - Dato Abd Ghani Othman
Ringkasan buku: Memuatkan 22 tokoh Johor. Salah Seorangnya Mat Indera


Umno dan Utusan sememangnya bebal dan buta sejarah akibat terlalu taksub dengan tuan Inggerisnya. Sehinggakan tidak dapat mengenal yang mana penjajah yang mana pejuang bangsa.

Sejauh ini dalam mengecam kenyataan Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu demi politik yang sempit, Umno dan Utusan begitu rakus menyanjung polis kerajaan Inggeris dan dalam masa yang sama mengutuk dan melabelkan penentang penjajah Mat Indera sebagai pengganas.

Namun dalam sebuah buku biografi pengarang Ismail Adnan secara jelas menukilkan betapa keperibadian Mat Indera disanjung kerani berani menentang laknat Inggeris yang menjajah selama lebih dua abad di tanah air ini . Latar belakang ketokohan dan pendidikan agamanya juga mengagumkan.

"Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis menyebut:

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat? Bilakah pula UMNO seluruh negara nak buat laporan polis pada Yayasan Warisan Johor.

Jelasnya, Umno yang merupakan budak-budak British, sememangnya menyanjung penjajah tersebut lebih daripada pejuang di kalangan bangsanya sendiri!

~ Dari blog: http://najwasuhaimi.blogspot.com/

Keris warisan Kiyai Saleh

Haji Abdullah Hashim, 86, dari Kampung Tanjung Batu, Temerloh mendakwa, beliau menerima khazanah keris berkenaan daripada anak murid Kiyai Saleh yang berasal dari Terengganu.

Kiyai Salleh ialah seorang pahlawan Melayu Johor yang berperanan besar menentang Inggeris dalam ‘Perang Natrah’ di Singapura sekitar tahun 1950-an dan dikatakan amat ditakuti oleh musuh Islam.

Menurut Abdullah yang merupakan pesara imam masjid, keris pusaka Kiyai Saleh itu mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia diperbuat daripada waja terpilih, bertulang dan berlok-lok serta jika dicium berbau hanyir.

Abdullah yang juga seorang tabib, bersedia menjual keris dalam simpanannya itu andainya ada yang mahu membuat koleksi asalkan dengan harga yang berpatutan.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang khazanah senjata Melayu silam itu, bolehlah menghubungi beliau di nombor: 0142199890.


Thursday, September 1, 2011

Debat merdeka perlu demi serlah kebenaran

Politik dan propaganda Umno tidak terhenti dengan sambutan hari raya yang jatuh serentak dengan ulang tahun kemerdekaan tahun ini.

Jika lidah rasmi Umno akhbar yang sesekali mempromosikan video porno dan sesekali menyiarkan kartun menghina hukum Islam Utusan Malaysia terus menyerang Timbalan Presiden PAS dalam isu serangan terhadap polis penjajah di Bukit Kepong, media propaganda Umno Tv 3 juga terus membangkitkan kekeliruan dalam isu yang sama.

Propagandanya disiarkan melalui ucapan-ucapan dan ulasan pengampu dimanupulasi menjadi serangan politik tanpa Haji Mohamad Sabu sendiri diberi peluang untuk membuat penjelasan. Medium yang ada digunakan untuk menghentam, bukannya memberi penjelasan.

Jalan ceritanya cuma satu, iaitu Umno mahu menggambarkan hanya parti itu yang menjuarai perjuangan kemerdekaan.

Tapi pernahkah mereka menilai balik kenapa sambutan kemerdekaan atau sikap patriotik dengan mengibarkan bendera tidak dihiraukan langsung oleh majoriti rakyat? Mengapa rakyat teramai seolah-olah tidak menghargai langsung detik-detik kemerdekaan? Kenapa kemerdekaan yang dianggap begitu bermakna di negara-negara lain, tetapi tidak begitu di sini?

Semuanya kerana fakta perjuangan kemerdekaan yang sebenar sudah dipesongkan, dan sudah tentu oleh Umno sehingga rakyat meluat dengan sejarah kemerdekaan yang sudah berbaur dengan propaganda dan gerak saraf politik kepartian.

Kenapa dalam sejarah kemerdekaan negara tidak disebut langsung peranan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy) yang terlebih dahulu menuntut kemerdekaan?

Saya pernah menemubual bekas anggota PKMM Allahyarham Ustaz Jamaher Idris pada satu masa dulu.

Katanya PKMM yang ditubuhkan sebelum Umno itu (sekitar 1943) pada masa itu terus melaungkan tuntutan merdeka daripada penjajah Inggeris. Umno yang ditubuhkan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan anak didik Inggeris kemudian, hanya melaungkan slogan “hidup Melayu”.

Sehinggalah kira-kira tahun 1950 apabila Umno berada di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, slogannya ditukar kepada “merdeka”. Tetapi kena ingat, bahawa bahang dan tuntutan kemerdekaan ketika itu telah meluas di kalangan segenap peringkat rakyat di seluruh tanah air.

Tidak ada siapa pun yang menafikan peranan pemimpin Umno (lama) berusaha menuntut perisytiharan kemerdekaan bertulis daripada penjajah. Tetapi perlu diingat, semua kelompok pejuang kemerdekaan lain seperti PKMM, PKM, Hizbul Muslimin, Api, Awas, Peta dan sebagainya telah diharamkan oleh penjajah Inggeris pada 1948 sementara pimpinan dan anggota mereka diburu, diberkas dan sumbat ke penjara ISA!

Kenapa Umno tidak diharamkan? Kenapa pemimpin mereka tidak “diusik”? Dalam masa pejuang kemerdekaan merengkok di penjara, diburu di hutan dan dibunuh oleh tentera penjajah, tidakkah pemimpin Umno masih boleh duduk dan minum-minum sambil berbincang dengan kepimpinan penjajah?

Semua pengorbanan dalam tuntutan sejarah menuntut kemerdekaan ini digelapkan dalam buku-buku sejarah pelajar sekolah. Yang hanya tertonjol ialah Umno memerdekakan negara sedangkan rakyat melihat bagaimana pemimpin Umno hari ini yang berada di puncak kekuasaan berlumba-lumba mengumpulkan kekayaan, rasuah dan berbuat apa sahaja sekehendak hati.

Apakah rakyat boleh ditutup mata terhadap semua ini?

Kenapa rakyat seolah-olah tidak berbangga dan tidak menghargai kemerdekaan negara jika diukur daripada kibaran bendera gemilang?

Akhirnya saya fikir debat kemerdekaan mesti diadakan secara meluas bagi menarik kembali ghairah anak muda berbicara tentang kemerdekaan. Yang benar mesti serlahkan kerana sejarah tetap sejarah.

Jika Karangkraf boleh menemukan Ambiga dan Wan Ahmad dalam isu pilihan raya, Tuan Ibrahim dengan Harussani dalam isu ulamak, maka saya fikir Haji Mohammad Sabu juga boleh berdebat atas satu pentas dengan Muhyiddin Yassin dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Tindakan mengaitkan ‘hanya Umno pejuang kemerdekaan’ boleh mengakibatkan generasi muda dan akan datang makin jauh daripada penghayatan kemerdekaan sebenarnya. Dan inilah harganya sebuah penipuan!