Sunday, July 31, 2011

Pemuda sahkan video polis, RTM tipu

TEMERLOH, 30 Julai: Seorang pemuda tampil menyangkal video polis disiarkan sebuah televisyen yang menggambarkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, membuat provokasi terhadap polis ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Anggota Unit Amal yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 30, mendakwa berada betul-betul di belakang Tian Chua bersama kira-kira 2,000 orang di KL Sentral ketika itu dan beliau sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis.

“Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini dan sanggup dipanggil jadi saksi jika diperlukan,” katanya ketika menemui Harakahdaily di sini.

Lan berkata, sebagai anggota Amal dari Pahang beliau ditugaskan untuk mengawal pemimpin di KL Sentral yang sedang membuat sidang media di Hotel Hilton untuk berarak ke Stadium merdeka.

Tambahnya, mereka menunggu pimpinan turun dari di Hotel Hilton, kira-kira pukul dua petang dan dianggap tempat yang paling strategik dan penting kerana menghimpunkan paling ramai pemimpin.

“Antara pimpinan yang ada di situ ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, Tian Chua, Khalid Samad, Dr Zul. Ambiga, Pak Samad dan AJK Bersih. Kami menanti pimpinan di KL Sentral dan saya lihat selepas itu entah dari mana datangnya, kurang lebih 2,000 orang anak muda mengelilingi pimpinan yang turun tadi.

“Lepas itu kami berarak masa itu tengah hujan renyai-renyai berhampiran terowong di situ. Sebenarnya kami ingin bergerak ke hadapan, tetapi FRU sudah menutup dan membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata kiri, kanan, depan dan belakang.

“Saya sendiri mendengar suara kuat seorang pegawai polis yang mengarahkan menembak gas pemedih mata tepat ke arah peserta, bukan seperti biasanya ditembak ke atas. Jelas tembakan itu untuk paling kurang mencederakan peserta jika tidak membunuh,” ceritanya.

Tambah Lan, oleh kerana kawasan tertutup dan polis menembak gas memedihkan mata jadi mereka terpaksa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Katanya, polis pula gunakan taktik merempuh peserta perhimpunan dan membantai dengan belantan supaya rebah lalu memberkas mereka. Namun ada yang berjaya meloloskan diri, ada yang melarikan diri ke kawasan pembinaan dan patah balik ke dalam kompleks KL Sentral.

“Dengan mata yang kabur kerana dilepaskan bom asap oleh polis, saya lihat seperti kiamat kecil. Depan mata saya lihat, Pak Samad terbaring, Khalid Samad berdarah kepala. Masa itu juga saya lihat pembantu Anwar, Fayaad tercedera.

“Saya bersama Pemuda Amal untuk menyelamatkan diri daripada polis yang mengejar untuk memberkas kami, terpaksa masuk semula ke dalam kompleks untuk menyorok. Jadi tidak langsung provokasi kami kepada polis, yang ada ialah untuk menyelamatkan diri termasuk Tian Chua,” ujarnya.

Lan menganggap di KL Sentral tempat paling teruk menerima tindakan keras daripada polis dan paling ramai anggota keselamatan yang lengkap dengan trak serta kenderaan lain kerana di situ paling ramai pemimpin Bersih.

“Tapi kami tidak pernah merasa serik dengan hambatan dan rintangan yang berlaku, bahkan jika dipanggil untuk memperjuangkan hak-hak rakyat seperti Bersih, saya bersedia untuk turun lagi ke Kuala Lumpur,” katanya bersemangat.

Harakahdaily

Friday, July 29, 2011

Semua aktivis PSM dibebaskan, apa kesalahan?

Setelah menerima asakan dan desakan pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri dimalukan ketika melawat ke luar negeri, akhirnya tahanan atas tuduhan menghidupkan semula ideologi komunis dilepaskan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan di Kuala Lumpur hari ini, semua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lepas telah dibebaskan petang tadi.

Katanya, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Mereka ialah Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devara, 56, setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M.

Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R.Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan pada 2 Julai lepas iaitu seminggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Julai dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana tuduhan cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Pada hemat saya, Yang di-Pertuan Agong pun tak tahu mereka mahu melancarkan peperangan. Mereka merupakan ahli parti berdaftar. Yang lojiknya ialah Umno sendiri yang merasa tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Sebagai contoh pakai baju kuning ditangkap. Apa rasionalnya?

Kedai 1Malaysia mamak Mydin punya, ingatkan Melayu...


Kedai Rakyat 1M’sia: Mydin dapat RM1 bilion


Bagaimanapun, pemberian peruntukan RM1 bilion kepada Mydin tidak disenangi oleh pemimpin perniagaan Melayu.

PETALING JAYA: Pasar raya besar Mydin mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan sebanyak RM1 bilion bagi projek pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Menurut sumber, peruntukan besar itu diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Kedai Rakyat 1Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun 2011 di LRT Kelana Jaya di sini.

Bagaimanapun, pemberian peruntukan RM1 bilion kepada Mydin tidak disenangi oleh pemimpin perniagaan Melayu.

“Mengapa diberikan kepada pasar raya Mydin, apa yang mereka bantu kepada peniaga Melayu.

Gergasi runcit


“Begini bukan cara untuk membantu peniaga Melayu…..ia untuk mengkayakan lagi gergasi runcit itu,” kata seorang pemimpin dewan pernigaan Melayu yang enggan namanya disiarkan.

Beliau menambah, sepatutnya peruntukan sebegitu besar diberikan kepada dewan perniagaan kerana mereka lebih tahu dan memahami bagaimana untuk memajukan peniaga Melayu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) Datuk Syed Amin Aljefry berkata, tahap perniagaan orang Melayu masih tidak berganjak.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan pihak tertentu kononnya peniaga Melayu tidak mampu bersaing dengan peniaga kaum lain.

“Cuma barangkali peniaga Melayu masih menghadapi kelemahan dalam bidang pemasaran tetapi dalam bidang yang lain kita boleh bersaing dengan sesiapa pun,” tambahnya.

~ FMT

Thursday, July 28, 2011

Cukuplah, Najib tak percaya blogger Umno


Blog sahabat membongkar, bahawa Presiden Umno Najib Razak mengupah sekumpulan penulis-penulis blog Amerika yang anti Islam dan sering menghina Islam untuk menaikkan imej pentadbiran.

Terdapat maklumat, mereka merupakan bangsa Yahudi.

Rahsia besar itu didedahkan oleh portal Free Malaysia Today.

Jika sebelum ini didedahkan pemimpin negara mengupah APCO sebagai penasihat pentadbirannya, terutama berkaitan media baru.

Jadi apa gunanya blogger upahan Umno yang ada dan tidak dipercayai?

Malaysia boleh menang malam ini jika Noradlan Talha turun

Anak saya kata: "Skuad Harimau Malaya Malaysia boleh menang 2-0 dengan Singapura malam ini jika pemain Noradlan Talha turun bergabung dengan Safee Sali di jentera serangan".

Beliau membayangkan jika keduanya bergabung tenaga, samalah juga dengan Ultraman Taro dan Ultraman Mebius diberi peluang besar menumpaskan raksasa kejahatan yang mahu memusnahkan bumi ini.

Tergelak besar saya, kerana saya sendiri tidak pernah terfikir.

Tetapi, itulah. Saya sebenarnya tidak sedar entah bila pulak anak saya ini boleh menjadi peramal bola sepak. Tetapi itulah hakikatnya, hakikat yang menjadi 'kegilaan' global bukan senang untuk disekat masuk ke dalam rumah kita.

Dengan ketidak upayaan, dia juga mahu terus menyertai masyarakat sekelilingnya untuk membicarakan apa yang diminatinya!

Dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia minggu lalu yang menyaksikan Malaysia tewas 5-3, Noradlan tidak bermain kerana dikatakan cedera.

Tetapi siapa tahu di Stadium Bukit Jalil malam ini jika beliau sempat sembuh, dengan percaturan Rajagobal, beliau turun beraksi bersama Safee Sali.

Jika menang 2-0 sahaja, Malaysia dikira sudah layak untuk ke pusingan selanjutnya.

Good luck...


Wednesday, July 27, 2011

"Daripada cempedak baiklah nangka"

MPK Larang Wanita Islam Bekerja Sebagai GRO Mulai Tahun Depan

KUANTAN, 27 Julai (Bernama) --
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini pada Rabu dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.

Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

"Di samping itu, kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, July 26, 2011

Ustaz Mahmud bekas Adun Chenor meninggal dunia

Bekas Adun Chenor Dato’ Hj. Mahmud Mat Taib, yang juga Pengetua Sekolah Menengah Agama (SABK) Al-Mahmudi, Kampung Awah, Maran telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Demikian menurut Ustaz Nik Ahmad Tarmizi.

Difahamkan, lulusan agama universiti Timur Tengah itu merupakan antara pengasas ABIM negeri Pahang dan agak rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke akhir hayatnya. Beliau menyertai Umno pada tahun-tahun 1980-an dan dipilih sebagai wakil rakyat selama dua penggal.

Namun selepas era reformasi, beliau dilihat agak condong kepada Keadilan dan rapat dengan PAS.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang dari Allah serta dibalas segala amal kebaikannya... Al-Fatihah

Media baru akan kuasai penduduk


Kira-kira 98 peratus daripada 26 juta penduduk negara ini akan beralih kepada sumber media baru dan laman sosial seperti blog, Facebook serta Twitter sebelum November tahun ini.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jumlah itu tidak mustahil dicapai kerana saluran media baru merupakan landasan paling berpengaruh yang berupaya melakukan perubahan sosial di negara ini.

"Perkara itu bukan mitos tetapi realiti. Saluran media baru berjaya mencetuskan revolusi sosial di Mesir, Tunisia, Amenia dan Ukraine. Kini media mempunyai kuasa sepenuhnya malah ia begitu kompleks dan boleh menyebarkan maklumat kepada sesiapa saja setiap saat. Perkara itu turut diakui kebanyakan ahli falsafah," katanya.

Menurut beliau, peralihan tersebut turut didorong oleh beberapa faktor seperti rakyat mahukan ruang untuk berkongsi pendapat dan terlibat dalam sesuatu perkara kerana dunia sekarang bersifat terbuka.

"Kita perlu menerima perubahan ini. Kita sudah memasuki era perundingan... media moden mesti mengamalkan kepelbagaian. Stesen radio sudah melalui proses perubahan ini. Pelbagai topik turut dibincangkan oleh penyampai radio. Mereka akan berinteraksi secara interaktif bersama pendengar menerusi telefon," jelasnya.

"Oleh itu, kita perlu menerima Internet sebagai peradaban manusia yang positif. Kita perlu berkongsi emosi, karakter, teknologi sains dan menerima kehadiran media baru. Saya yakin anda merujuk kepada Internet kerana ia dapat menjimatkan masa, ruang dan kos.

"Orang pertama yang menyebarkan maklumat akan dapat menguasai dunia. Saya pasti media konvensional tidak dapat mengatasinya kerana perlu melalui proses cetakan dan edaran," katanya.

~ Penangdaily

Umno patut teliti titah Raja Nazrin

Apabila Baginda Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah Negara ini perlu ada sebuah institusi yang berkecuali bagi menurunkan suhu politik negara yang semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), sewajarnya semua pihak menelitinya.

Mungkin titah baginda ini tidak senada dengan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, atau Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, atau Datuk Seri Rais Yatim atau Ibrahim Ali. Tetapi realiti yang dikehendaki baginda inilah yang sepatutnya muncul bagi mengekang transformasi ‘mengumnokan’ semua agensi kerajaan dan media perdana pada masa ini.

Sebagai sebahagian daripada institusi kesultanan yang berdaulat, Raja Nazrin mungkin nampak semua ini. Sedangkan dalam perspektif yang lebih besar, baginda melihat semua warga negara Malaysia adalah sama di sisi hak berkehidupan di negara ini, termasuk menuntut keadilan dan hak asasi.

Baginda tentulah malu dengan kenyataan yang melampau-lampau daripada Umno atau rakan kongsinya mengenai sesuatu isu. Umpamanya, ‘arahan’ Ibrahim Ali (yang pernah dilucutkan gelaran oleh Sultan Kelantan) yang mahu peserta himpunan Bersih 2.0 dilucut kewarganegaraan, ditangkap atas tuduhan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Mungkin Baginda Raja Nazrin sendiri malu dengan kenyataan Presiden Perkasa yang sepatutnya muncul pada tahun 1500 itu.

Ketika beberapa orang AJK Bersih diperkenankan menghadap Baginda Yang Di Pertuan Agong dulu, baginda sendiri sudah bertitah mahu segala persoalan diselesaikan di meja rundingan. Bukannya menanti peserta Bersih dengan meriam air asid, gas pemedih mata dan cota.

Baginda juga mungkin kecewa dengan janji Najib yang mahu bertemu pemimpin Bersih dan membenarkan berhimpun di stadium. Tetapi Najib kemudian mungkir janji. Kemudian disiarkan video suntingan di kaca televisyen bagi menyembunyikan kesilapan pihak penguasa?

Apakah semua fakta ini boleh disorokkan begitu saja?

Dalam konteks ini Raja Nazrin melihat institusi raja perlu dijadikan ‘orang tengah’ yang perlu diterima, dan mampu menenangkan suasana serta dapat memastikan raja bebas dari segala polemik politik.

"Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun damai. Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi. Namun raja tidak ada 'lampu ajaib' yang mengupayakan raja memupuk perpaduan sekelip mata,” titah Raja Nazrin ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk ‘Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara’ di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM semalam.

"Perlu ada penerimaan kepada realiti, perlu ada fahaman bahawa tuntutan untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran, perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan. Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan positif nadanya akan berikan kesan yang positif; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik.

Itu betul. Kalau ikut Brahim Ali, tegur saja ditarik kerakyatan dan ‘orang Cina jangan keluar rumah’. Kalau ikut Ali Rustam dan bekas pesalah Pulau Jerjak Omar Din, ada pihak tuntuk hak keadilan saja mahu hantar pasukan silat

“Dalam setiap perbalahan, tidak mungkin satu pihak yang betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, adat, moral dan agama. Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan,” titah baginda.

Bagi kita, titah baginda ini amat dialu-alukan dan patut menjadi iktibar kepada kerajaan yang ada kerana selama ini apa saja selain daripada Umno akan dianggap penderhaka apabila bersuara. Isu perkauman dan agama sengaja dipermainkan bagi keuntungan poliotik parti pemerintah.

Sedangkan kita juga sebahagian daripada negara dan rakyat yang setia membayar cukai dan tidak menceroboh hak orang lain.

Monday, July 25, 2011

Menteri tarak guna, MIC tarak guna, Umno lagi tarak guna...

15 tahun warga emas tunggu pampasan Perkeso

TEMERLOH, 25 Julai:
Seorang bekas pekerja kilang papan kesal dengan menteri, agensi kerajaan dan wakil rakyat yang gagal menyelesaikan masalah wang pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang tertangguh sejak 15 tahun lalu meskipun semua dokumen sudah lengkap.

Warga emas Mohan Mariappan, 59, yang mengalami kemalangan di tempat kerja di kilang T. S. Gan Timber Trading dekat sini pada tahun 1995 lalu sehingga tidak boleh bekerja lagi dan disahkan pegawai perubatan layak menerima pencen ilat dan bantuan ilat.

Malangnya setelah enam tahun barulah beliau mendapat wang sebanyak RM315.55 iaitu pada Ogos 2002, tetapi bantuan bulanan langsung tidak ada dalam tempoh selama itu dan mendakwa wang pampasan terkumpul miliknya sudah lebih RM40,000.

“Saya bekerja di kilang papan berkenaan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan sehinggalah pada 13 Mei 1995 mengalami kemalangan dengan tangan sebelah kanan saya termasuk dalam mesin gergaji sehingga mengakibatkan tidak boleh bekerja berat lagi untuk selamanya.

“Doktor yang merawat kemudian mengesahkan saya hilang upaya kekal dan layak mendapat 35% daripada gaji iaitu RM520. Semua dokumen telah dihantar kepada Perkeso Temerloh, tetapi hanya enam tahun kemudian saya baru menerima RM315.55. Itupun setelah tersiar cerita dalam akhbar Tamil.

“Pegawai Perkeso ada berjanji dengan saya wang selebihnya akan dibayar pada setiap bulan. Namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang bayaran yang dimaksudkan,” katanya ketika menemui Harakahdaily di sini.

Sejak itu Mohan telah beberapa kali menemui pengarah Perkeso, menteri, pemimpin tertinggi MIC, wakil rakyat Umno dan Menteri Besar Pahang namun semuanya hanya janji tinggal janji.

“Kalau tidak silap, sudah enam kali saya bertemu Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam untuk mengadu hal dan minta selesai masalah, kali akhir tahun lalu. Begitu juga dengan Senator T. Murugiah dan semua pemimpin MIC, tapi tetap tiada penyelesaian.

“Jumpa dengan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang juga Exco Kerajan Negeri Pahang janji nak selesai terus senyap. Juga jumpa MIC Mentakab, pun hanya tinggal janji.

“Setelah mengetengahkan kes ini kepada media, barulah pada bulan Januari 2009 saya dibayar RM70 sebulan, mula bulan September tahun itu dibayar RM140. Sehinggalah bulan September tahun lalu saya dibayar RM250. Tetapi masih jauh daripada jumlah sebenar (RM520),” katanya dengan nada sayu.

Soal Mohan, jika sudah 15 tahun seorang menteri tidak boleh selesaikan satu kes seperti beliau, macam mana menteri mahu selesaikan rakyat dan orang ramai? Beliau hairan bagaimana kesnya menjadi rumit sangat hingga tertangguh lama sedangkan semua dokumen ada dan mereka akui.

Mohan yang juga menghadapi masalah jantung dan akan membuat pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) berpendapat, masalahnya kesnya ini tidak diambil berat kerana beliau ‘orang kecil’.

“Sepatutnya menteri atau wakil rakyat tahu bahawa RM250 sekarang ini tidak cukup untuk menampung kos hidup yang tinggi sekarang. Saya masih ada isteri dan seorang anak yang sedang bersekolah dalam tanggungan. Saya juga masih perlukan duit untuk rawatan dan ubat-ubatan,” rayunya.

Justeru beliau yang tinggal di Taman Bukit Bendera, Mentakab merayu pihak berkuasa segera menyelesaikan kesnya sementara usianya masih ada.

~ harakahdaily


Friday, July 22, 2011

Kalau tak percaya, Tok Nan berilah PAS perintah...

Belum apa-apa lagi, belum sempatpun menggantikan kerajaan BN Pahang, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sudahpun mengingatkan penduduk Pahang agar tidak terpedaya dengan janji PAS untuk memberikan tanah kepada mereka jika parti itu berkuasa di Pahang pada pilihan raya umum akan datang.

Itulah standard Menteri Besar kami!

"Semua janji ini bohong, tiada janji sebenar atau yang tepat malah semuanya satu pembohongan," katanya seperti dipetik Bernama, selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Masyarakat, di Kuala Lipis, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PAS Raub yang mengedar borang permohonan tanah (Felda Plantations) kepada penduduk di daerah itu.

Barangkali Tok Nan tidak membaca, atau buat-buat tak tahu dengan sebab agihan borang tersebut adalah sebagai bukti komitmen Pakatan Rakyat seperti terkandung dalam tawaran Buku Jingga, bahawa jika berkuasa akan memansuhkan Felda Plantations lalu tanah tersebut diagihkan kepada rakyat.

Sebabnya, kewujudan syarikat tersebut adalah menyalahi dasar Felda sendiri iaitu memajukan tanah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat. Bukan korporat!

Setakat program yang dilancarkan oleh PAS Pahang dua bulan lalu dan kemudiannya diteruskan ke peringkat kawasan-kawasan, ia berjaya menarik rakyat terbanyak. Barangkali inilah yang amat dibimbangi oleh Tok Nan lalu ditohmahnya sebagai: “bohong, bohong, bohong!”.

Memang itulah stail Tok Nan, perengus... itu semua orang tahu!

Sebenarnya, apa yang susah sangat untuk mengagihkan tanah kepada rakyat jika berkuasa? Sebab kuasa memberi tanah tertakluk kepada kerajaan negeri. Inilah yang telah dilakukan oleh PAS Kelantan dan juga kerajaan Pakatan di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak pada satu masa dulu.

Jika Kerajaan Pahang pimpinan Tok Nan dan Umno boleh berikan tanah seluas beribu ekar kepada seorang tauke Cina di Gambang, apa yang susah sangat untuk kerajaan Pakatan diagihkan kepada rakyat sendiri?

Jika tanah seluas beribu ekar di Bukit Tinggi boleh diberi kepada seorang tauke judi, apa yang berat sangat jika kerajaan Pakatan mahu rakyat negeri Pahang memiliki tanah?

Bukankah hutan balak dan lombong-lombong sudah lama diagihkan kepada tauke tertentu?

Tidakkah bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin pernah dakwa parti itu jual tanahnya (yang dianugerahkan kerajaan negeri) kepada tauke Cina?

Tetapi, (agihan tanah kepada rakyat) memanglah belum berlaku sebab Pakatan atau PAS belum memerintah lagi. Pembangkang tak boleh beri tanah.

Seperti juga janji dalam Al-Qur-an, yang baik dibalas baik dan begitulah juga sebaliknya. Macam juga seperti maksud sebuah hadis, orang mati syahid pada hari kiamat akan bangkit dengan keadaan bercahaya. Orang yang tak bersembahyang akan dipatuk ular dalam kubur.

Semua itu akan terjadi. Apakah sesiapa berani mengatakannya bohong?

Jadi jika Tok Nan mahu Pakatan agih tanah kepada rakyat, pada PRU akan datang, saya cadangkan berilah laluan untu pakatan yang diterajui PAS memerintah, supaya rakyat dapat hak mereka, termasuk tanah !


Thursday, July 21, 2011

Takpe, pakai baju “kotor” tak kena tangkap

Mangsa tangkapan polis kerana memakai baju kuning “Bersih” Peguam Mohd Fadzli Ramly dan Abdul Manaf Md Hassan tampil dengan memakai baju t-berwarna kuning dengan logo “Kotor 13.0” di Mahkamah Sesyen Kuantan semalam.

Kedua-duanya didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.


Kedua-dua dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mangsa tangkapan diwakili peguam, Hon Kai Ping dan Hisham Ramzan.

Perbicaraan kes ini semalam mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran ramai peguam tempatan dan dari luar. Terdapat ramai juga siswazah dari kuliah undang-undang universiti yang hadir.

PRU 13: Umno mula turun ambil hati Cina

Hari ini (Khamis), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Mentakab bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Dana Pinjaman bagi penduduk Kampung Baru Cina pada jam 2.30 petang di Dewan SJK (Cina) Mentakab 1.

Program anjuran Umno Temerloh.

Mentakab merupakan majoriti pengundi Cina di Parlimen Temerloh, atau kira-kira 30% daripada keseluruhan pengundi, terutama di bandar.

Pada PRU lepas dianggarkan 60% pengundi Cina di sini berpaling kepada Pakatan Rakyat.

BN menang dengan majoriti 2,000 lebih dengan kelebihan undi pos dua buah kem (Kem Batu 5 & Kem Batu 5) di sini.

Wednesday, July 20, 2011

Badrul dakwa dibelasah 20 orang polis


Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19, mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu.

Katanya semasa perjalanan pulang menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain kira-kira pukul 4.30 petang selepas perhimpunan bersurai, beliau dibelasah ketika melalui tangga menara OCBC Bank. Beliau juga diheret hingga ke Dataran DBKL.

Ustaz Tuan akan dibawa ke hospital pakar

KEMAS KINI: Jam 3.20 petang sebentar tadi menerima info dari saudara Nazarudin Pegawai Khas Dato Tuan Ibrahim. Selepas selesai waktu lawatan tadi,keadaan Dato Tuan yang tadinya ceria tiba tiba bertukar. Beliau bertambah menggigil. Seorang sahabat sedang menguruskan beliau untuk dihantar bertemu pakar di Hospital Pakar Alor Akar Kuantan. Marilah kita doakan kesihatan beliau.

BERITA TERDAHULU: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam (Selasa) direhatkan di Hospital Jengka, setelah disyaki suspek denggi. Beliau pada mulanya ke hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam untuk pemeriksaan darah, kemudian ditahan masuk wad.

Pada sebelah siangnya, beliau masih sempat menyertai program Ijtimak Pilihan Raya PAS Kuala Krau di Kerdau.

Bagaimanapun ketika menziarahi beliau pada sebelah malam, Ustaz Tuan yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kelihatan tetap ceria melayan beberapa orang yang menziarahi.

"Ana dah lima hari demam dan biasanya badan panas bermula jam 5 petang. Tetapi ada masanya kebah semula selepas makan ubat," katanya.

Tambahnya, beliau pada mulanya hanya menganggap demam biasa kerana kepenatan akibat tugas yang berlanjutan tanpa rehat.

Kami mendoakan agar Ustaz segera pulih seperti sedia kala bagi memimpin perjuangan ini yang belum selesai ini.

Gambar mneunjukkan Ustaz Tuan sempat bergambar bersama Nizam yang menzirahi beliau semalam.

Tuesday, July 19, 2011

Najib bertemu ketua paderi: Apa kata Utusan?


Pada satu ketika dulu ketika mendedahkan pertemuan antara Ketua Mneteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (LGE) dengan paderi, begitu gamat dan becoknya lidah rasmi Umno Utusan (ada yang meanggilnya Utusex) Malaysia membuat tohmahan kononnya ada 'agenda untuk menjadikan Malaysia agama rasminya Kristian'.

Begitulah jahat, hipokrit dan jijiknya media propaganda parti pemerintah ini. Kebenaran fakta tidak pernah dipedulikan, yang menjadi perhitungan hanyalah asalkan tuduhan dan serangan kepada lawan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat ke Vatican, Rom bertemu Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI.

Ada yang berkata Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan pengaruh BN yang amat ketara menurun di kalangan pengundi bandar sekarang.

Sebenarnya Najib lebih berkuasa daripada LGE untuk berbuat apa saja di negara ini. Sepatutnya demi negara, media wajar lebih mencurigai lagi.

Tetapi Utusex Malaysia, oleh kerana bersifat telunjuk lurus kelingking berkait dan double standardnya tidak pula melihat persepsi itu. Fakta dibutakan.

Selebihnya terpulanglah kepada anda semua untuk menilai media dayus perdana ini!


Monday, July 18, 2011

Keajaiban Mahkota Dewa

Mahkota Dewa
Phaleria macrocarpa

Family: Thymelaeaceae
Mahkota Dewa
Origin: New Guinea, Indonesia
small tree 10-20 ftfull sunregular wateryellow/orange flowersethnomedicaledible

Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema).Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.

Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.

Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser & Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal

~ http://miraclecottage.blogspot.com

(Mahkota Dewa yang sudah diproses boleh dibeli melalui telefon 013-9580104)

Saturday, July 16, 2011

Tiong Lai lebih gentleman dari Hishamuddin?

Kesediaan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang juga Timbalan Presiden MCA untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat serangan polis ke atas Hospital Tung Shin semasa himpunan Bersih minggu lalu, memberi satu persepsi baru.

Persepsi itu ialah Ahli Parlimen Bentong tampak lebih berani, betanggungjawab dan sedia dipersoalkan peranannya berbanding Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein apabila secara berterusan dipertikaikan umum.

Tiong Lai dalam satu kenyataan semalam berkata Kementeriannya telah menubuhkan satu jawatankuasa peringkat tertinggi kementeriannya bagi menyiasat isu kenderaan water cannon polis yang secara terus melepaskan gas pemedih mata.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh para doktor hospital berkenaan dan laporan orang ramai yang berada di situ.

Bahkan lawatan Tiong Lai ke hospital Cina Tung Shin didakwa sesetengah pihak bagi menyampaikan sumbangan RM2 juta dengan tujuan menutup isu berkenaan.

Tiong Lai sendiri mangakui, bahawa ada pihak cuba menjatuhkannya melalui isu berkenaan. Maknanya beliau melihat ada nilainya untuk bertindak, atau akan dijatuhkan Cina pada PRU nanti.

Apa-apapun keputusannya jawatan kuasa tersebut nanti, jelaslah beliau lebih gentelman daripada Hishamuddin yang terus ‘menikus’ selepas 9 Julai.

Walhal berapa banyaknya aduan telah ditimbulkan rakyat berkaitan keganasan polis termasuk kekasaran, tiada budi bicara, menangkap sesuka hati dan melepaskan gas pemedih mata sehingga ada yang hadir menemui ajalnya. Berapa ramai pula yang tercedera dan menanggung kesusahan.

Sedangkan polis merupakan agensi di bawah Hishamuddin. Pelbagai dakwaan keganasan polis telah diperkatakan dalam seminggu ini. Kenapa tiada suara langsung daripada Hishamuddin untuk menubuhkan sisatan Di Raja umpamanya, selaras dengan desakan Suhakam?

Hishamuddin sejak awal lagi melabelkan himpunan Bersih yang menuntut keadilan berpilihan raya sebagai pengacau. Isu permit menjadi ‘permainan’ beliau. Pelbagai ugutan dibuat seperti mengenakan perintah darurat di Kuala Lumpur selain draipada tangkapan demi tangkapan sebelum dan selepas himpunan.

Tiong lai menyedari bahawa masyarakat Cina amat sensitif dalam hal kekerasan, nyawa dan kesusahan yang timbul. Beliau terasa ada pihak yang memberi tekanan kepadanya supaya meletakkan jawatan.
Bahkan pengundi Cina boleh ‘menukar kerajaan’ apabila mereka merasakan terdesak dan tercabar.

Namun yang paling banyak terjejas dan teraniaya pada 9 Julai lalu adalah orang Melayu!

Kenapa sebagai seorang menteri Melayu, tidak tercetus sebutir perkataanpun daripada mulut Hishamuddin untuk menyiasat kekejaman yang berlaku pada 9 Julai?

Friday, July 15, 2011

Najib dimalukan dengan kuning Bersih di London

Entahkan secara kebetulan, entahkan untuk memperli, Ratu Elizebeth tiba-tiba tergerak hati untuk mengenakan baju berwarna kuning ketika menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ‘pengikut setianya melawat ke sana sini’ iaitu Rosmah Mansor.

Kuning ialah warna yang amat menjadi kegerunan kerajaan pimpinan Najib dan rakan-rakannya pada masa ini. Di Malaysia, siapa yang berbaju kuning bersih akan diberkas polis!

Ini disebabkan warna kuning menjadi lambang tuntutan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, yang sehingga ke hari ini menyebabkan media dayus perdana ternakan Umno serta para menterinya masih merepek dan meracau-racau.

Penuntut keadilan pilihan raya Bersih bukan sahaja berhimpun di Kuala Lumpur, bahkan di serata dunia.

Itulah takdir Tuhan, ketika polis, kerajaan dan media Umno berjempas pulas menghentam Bersih, Najib pula dimalukan di London ketika lawatannya bertemu Queen Elizebeth dan PM Britain.

Namun tidak kelihatan pula Hishamuddin mengarahkan FRU dan water canon memancutkan air kimia ke arah Bersih!

Akhbar The New York Times melaporkan:

Malaysian Prime Minister Defends Muzzling of Protests

By MATTHEW SALTMARSH AND LIZ GOOCH
Published: July 14, 2011

LONDON — If the Malaysian government allowed street demonstrations of the kind seen in Kuala Lumpur last weekend, the country would face protracted instability, Prime Minister Najib Razak said Wednesday.

Mr. Najib spoke after thousands of advocates of electoral change defied a government ban and held a large street protest Saturday, during which the police fired tear gas and water cannons and arrested nearly 1,700 demonstrators.

“Public order is very important in Malaysia because if we allow for street demonstrations, there’s no end to it, there will be another group that wants to demonstrate,” Mr. Najib told a small group of international reporters Wednesday in London, where he was to meet the British prime minister and attend an investment conference.


Berita lanjut boleh dilayari di:
http://www.nytimes.com/2011/07/15/world/asia/15iht-malaysia15.html?_r=1


Doakan kesejahteraan Dr Lo' Lo'

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali, dikatakan dalam keadaan agak tenat ketika ini akibat sakit yang dialaminya. Bagaimanapun beliau masih dirawat di hospital dan di bawah kawalan doktor pakar.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Pusat Dauk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan Dr Lo’ Lo’ yang sedang bercuti sakit agar banyak bersabar, perlu ada kekuatan diri dan juga ketahanan diri dan tingkatkan amalan spiritual yang boleh membantu kita mampu bertahan dengan ujian Allah ini.

“Saya ingin memberitahu Dr Lo’ Lo' bahawa semua pimpinan, penyokong dan ahli-ahli parti akan tetap bersamamu. PAS mengharapkan ahli seluruh negara mendirikan solat hajat memohon kepada Allah agar disembuhkan penyakit beliau.

“Ana mengharapkan agar beliau dipelihara Allah; disembuhkan penyakitnya bagi meneruskan khidmat beliau kepada parti dan rakyat seluruhnya. Ingatlah "apa sahaja yang menimpa orang mukmin adalah tanda ingatan Allah untuk menghapuskan dosa untuk mengangkat darjat di dunia dan akhirat.”

“Ya Allah sembuhkanlah penyakitnya dan berilah kesabaran dengan ujian Mu ini.”

Apa yang berlaku pada diri beliau ialah satu ujian besar yang perlu terus didepani dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.


Thursday, July 14, 2011

Bapak borek anak tak rintik

Marina Dr Mahathir merupakan pejuang hak asasi yang terkenal seantero dunia, selain daripada sumbangan dalam kerja-kerja amal persatuannya menangani mangsa HIV Aids.

Dalam himpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, anak bekas PM itu turun ke jalan raya mewakili NGO yang dipimpinnya bagi menyatakan sokongan tuntutan terhadap reformasi pilihan raya di negara ini. Ertinya beliau juga tahu berlaku ketidakadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Sebelum ini, bapanya agak lantang mengkritik himpunan tersebut apabila mengaitkannya dengan huru-hara. Namun Marina tidak percaya dengan adu domba pihak yang sentiasa gerun dengan bayang-bayang sendiri itu. Malah dalam blognya beliau mengakui perhimpunan berjalan dengan aman. Malah dalam blognya juga disertakan video himpunan Bersih, yang menurutnya dirakam oleh anak perempuannya (yang dibawa bersama).

Bagaimana media dayus perdana ternakan Umno boleh mengaitkan himpunan menuntut keadilan itu sebagai kumpulan pengacau yang mengganas?

Dalam gambar di atas, Marina (dua, kiri) yang ber T-shirt Pagoda kelihatan basah kuyup tetapi santai tanpa timbul riak-riak cemas. Walau bagaimanapun beliau basah bukannya dipancut air kimia water canon polis, tetapi ditimpa hujan ketika sedang berhimpun.

Berada di sebelah kanan beliau ialah Ketua Cabang PKR Bentong, Mohd Noor Hassan yang menyumbangkan foto ini.


Wednesday, July 13, 2011

Ditangkap kerana pakai baju Bersih


Dah gila agaknya negara Malaysia ini. Perhimpunan Bersih berlangsung Sabtu, tetapi polis terus menangkap.

Seorang peniaga sayur ditangkap di Pasar Malam Temerloh (tapak pekan sari_ jam 6.40 petang semalam, hanya kerana memakai baju T berwarna kuning berlogo Bersih.

Aktivis PAS, Suhaimi (depan, lima dari kiri) walau bagaimanapun dibebaskan kira-kira jam 10 malam selepas peguam Ahmad Nizam Hamid turut hadir ke balai.

Turut menemui Suhaimi ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, YDP PAS Temerloh Hj Jusoh Darus, Setiausaha Ahmad Zubir Omar, Pengarah JPN Abdul Majid Hasan serta sahabat-sahabat lain yang menyambut pembebasan Mi Sayur daripada kurungan polis.

Mi sayur mengsyaki, beliau diberkas polis selepasbertemu seorang pemimpin Umno yang ke pasar malam dan menegurnya kerana memakai baju kuning itu!


Tuesday, July 12, 2011

Badan khas hadapi PR: Umno jangan guna dana kerajaan

Umno sudah memiliki jentera propaganda dan gerak saraf yang menyalur maklumat sekehendak hati mereka masuk ke tiap-tiap serambi rumah rakyat Malaysia iaitu Tv3.

Umno juga menguasai sepenuhnya akhbar berbahasa Melayu yang boleh diberi percuma dari kedai kopi, hinggalah ke rumah dan sekolah. Iaitu Utusan Malaysia, akhbar yang gemar menyiarkan gambar porno dan pernah menghina hukum Islam melalui kartun.

Namun semua ini seolah-olah masih belum memuaskan hati mereka untuk menghadapi Pakatan Rakyat di Pahang.

Di Pahang, mereka juga rangkaian bloger upahan yang mereka namakan cyber trooper bagi memburukkan Pakatan. Itu juga nampaknya tidak memuaskan hati mereka.

Ini terbukti apabila BERNAMA hari ini (Selasa) menyiarkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Adnan Yaakob mengisytiharkan,
Umno Negeri Pahang menubuhkan satu badan khas yang berperanan untuk menangkis segala tohmahan dan dakwaan PR di setiap pelusuk negeri itu.

Katanya, badan khas itu akan dianggotai oleh ahli-ahli Umno Pahang akan bergerak ke setiap lokasi di mana pihak pembangkang akan turun untuk berceramah atau berkempen kepada rakyat.

"Badan khas ini akan menangkis apa saja bentuk penipuan atau tohmahan yang dibuat oleh mereka di mana kita akan perbetulkan balik apa yang mereka dakwa tidak betul itu kerana kita sedia maklum mereka pandai putar belit fakta dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Inovasi Wacana Pahang Siri 2011 di Kuantan hari ini yang dihadiri barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan dan agensi dan pakar-pakar industri.

Adnan berkata badan khas itu akan mula bergerak pada September dan penubuhan badan itu amat penting bagi memastikan rakyat tidak tertipu dengan muslihat pembangkang.

"Bila kita balas balik apa yang didakwa oleh pembangkang, rakyat tidak mahu mendengarnya walaupun ia satu kebenaran tapi kita tetap akan jalankan tugas kita kepada rakyat," katanya.

Kita tidak kisah dengan apa yang Umno mahu tubuhkan, sebab negara ini asalanya mengamalkan demokrasi. Cuma kita harap, jangan petugas badan propaganda itu nanti gaji dan elaunnya dibayar dengan duit kerajaan negeri.

Kita mengingatkan demikian kerana Umno Pahang mendapat keistimewaan dan mengambil kesempatan daripada negeri ini. Buktinya, berapa banyak tanah dan kawasan balak milik negeri ini diserahkan kepada Umno.

Umno sebagais ebuah parti politik di Pahang ini sangat istimewa, kerana memiliki tanah dan balak. Malah jika dirujuk kepada aduan bekas Setiausaha Perhubungan Umno Pahang dulu, ada tanah milik Umno itu telahpun dijual kepada tauke Cina!

Jadi kita harap. Janganlah untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat pun Umno Pahang nanti guna dana dari tabung kerajaan negeri ini!


Saifuddin lebih cerdik sikit dari Najib

Walaupun berlainan parti politik, tetapi yang benar tetap benar.

Berbanding dengan Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak memungkiri janji tetapi mengecam habis-habisan perhimpunan Bersih, Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin kelihatan pandangannya agak cerdik sedikit daripada bosnya.

Ketika ditemuramah laman The Malaysian Insider, Saifuddin yang juga anak arwah ahli PAS Temerloh itu mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Malah Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaimana cara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."
Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN pimpinan Najib yang “pekak” itu terus menerus menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Jika dilihat kepada akhbar jentera propaganda Umno, terus melabelkan perhimpunan itu didalangi Komunis, atau juga pengganas antarabangsa!

Najib pada mulanya ada nada sedikit lunak apabila mencadangkan agar perhimpunan diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Najib pula sehari selepas perhimpunan Bersih telah memanggil pimpinan Umno Bahagian ke PWTC lalu mengecam tindakan perhimpunan rakyat menuntut Keadilan, tanpa sebarang janji untuk penambahbaikan sistem pilihan raya.

Kini dendam pihak berkuasa kerajan nampaknya belum berakhir. Selepas perhimpunan, masih ada yang ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih.



Monday, July 11, 2011

Transformasi MEMBANGLAKAN Umno

Seperti kata Najib di hadapan perhimpunan Umno semalam, beliau minta majoriti senyap rakyat Malaysia yang anti Bersih 2.0, bangun membantah.

Lalu bangunlah pemain import dari Bangladesh menyahut cabaran Najib. Menurut maklumat sahabat di Petaling Street, oleh kerana kurangnya Pemuda Umno mahu menjadi 'beruk' (meminjam istilah Khairy) berdemo, maka 100 helai baju Patriot diserahkan kepada Bangla.

Tulis sahabat facebook saya RhZaaba Putra: sekadar renungan: UMNO BN dalam kebingungan.. mana dia geng pukida?mana geng mahaguru silat lucah.? mana geng perkosa?mana geng kimma.?mana geng cina gerakan ?mana geng cina mca?mana geng hindraf?mana geng mic? mana yang ngo2 menyalak sebelum 9 julai kemarin..napa kemarin hanya segelintir anak muda upahan yg datang? itu pun melayu yg di beri upah.....

opss jangan kata pic mat bangla pakai baju patriot tu superimpose pulak..nak tahu ketulinan ke tak sila hantar ke USA..uji ketulinan perlaku nya......nyot nyot nyot


Komen saya: jika tokki Hishamuddin bin Hussein bin Onn masih hidup, beliau tentu menangis. Ini disebabkan susah-susah beliau mengumpulkan orang Melayu hampir 7 dekad lalu, tiba-tiba senang-senang zaman cucunya Umno boleh dipajak dan dipawah saja kepada Mat Bangla.

Selepas ini jika diberi tawaran sudah tentu Mat Indon, Myanmar, Nepal, Afrika dan lain-lain sanggung ditransformasi menjadi Umno. 1Umno, 1Malaysia!

Akhbar Umno penipu!

Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno (Berita Minggu dan New Sunday Times) itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.

“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya.

Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.


~ Ihsan : Harakahdaily

Sunday, July 10, 2011

Jadikan pembunuhan Baharudin sebagai “Beng Hock Melayu”

Seperti dijangkakan, media dayus perdana cengkaman Umno hari ini terus menurut telunjuk pemimpinnya memburukkan himpunan rakyat Bersih 2.0 semalam. Tiada tanda kerajaan serik atau sedar dengan tuntutan asal rakyat.

Malah media yang dianggap “kitab suci” oleh pakcik=makcik di kampung itu, melebihkan kerugian peniaga dan kesesakan lalu lintas (akibat tindakan polis sendiri) daripada kehilangan nyawa seorang Melayu beragama Islam.

Semua media ternakan Umno menyembunyikan kematian seorang peserta himpunan aman yang terbunuh akibat ditembak gas pemedih mata polis.

Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, dari Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang meninggal dunia selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL, akibat keganasan pihak berkuasa dalam himpunan Bersih di ibu negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang menghadiri persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di Langkawi pagi ini, patut dedahkan perkara ini supaya seluruh dunia tahu sampah yang ingin “disapu ke bawah karpet” oleh Umno ini.

Ada sahabat berpesan, supaya menulis: jadilanlah kematian Baharudin sebagaimana orang Cina menerima kematian Teoh Beng Hock dulu.
Selepas kematian Beng Hock, undi orang Cina sentiasa tidak menyebelahi BN hingga kini. Bagi orang Cina, kehilangan satu nyawa bangsa mereka boleh menukar kerajaan!

Dari segi ini, orang Melayu “sejuk” sikit.

Semoga kematian Baharudin mencelikkan mata orang-orang Melayu dan bangun sebagaimana reformasi 1998.

Kenyataan Abdul Hadi perhimpunan 9 Julai hanya satu permulaan, juga amat disokong. Jika boleh selepas ini kembangkan gerakan himpunan Bersih menuntut keadilan pilihan raya ke tiap-tiap ibu negeri!



Saturday, July 9, 2011

Rekod, lebih 1000 diberkas termasuk pimpinan tertinggi!

Menurut SMS sahabat lebih 1,000 penuntut keadilan demokrasi diberkas di serata KL termasuk semua pemimpin tertinggi PAS Datuk Seri TUan Guru Hadi Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Dari PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh dan yang lain-lain juga ditangkap.

Sepanjang hari ini, pasukan polis masih belum berhenti melepaskan gas pemedih mata.


KL darurat!

Akhirnya ibu negara menjadi kawasan ‘zon perang’, tidak boleh dimasuki dan diperintah polis sepenuhnya apabila semua jalan ke ibu kota dihalang masuk. Usaha yang sengaja dilakukan bagi memburukkan persepsi pencinta keadilan.

Mereka ke Kuala Lumpur setelah semua pintu perundingan bagi mengukuhkan demokrasi berpilihan raya, ditutup serapatnya. Media dayus perdana kongkongan Umno, lebih acap menamakan pencinta keadilan sebagai ‘kumpulan pengacau’. Barangkali makcik dan pakcik di kampung-kampung yang ‘beriman’kan Utusan Malaysia dan Tv3 sahaja yang termakan penipuan itu!

Jauh daripada nasihat Payung Negara DYMM SPB YDP Agong supaya menyelesaikan masalah dengan rundingan, pihak penguatkuasa atas arahan Najib lebih ghairah bertindak ganas terhadap rakyat yang menuntut keadilan. Bahasa mereka ialah tangkap!


Beginilah caranya karajaan Umno-BN melayan rakyat Malaysia. Janji untuk memberi ruang di stadium, hanya ucapan munafik bagi memperolok-olokkan pencinta keadilan, atau merasakan pencinta keadilan tidak berani mara ke hadapan setelah diugut dengan tangkapan.

Menurut twitter yang diterima, polis di Dataran Maybank telah menyerang dengan gas pemedih mata tetapi ribuan masih berkumpul. Setakat artikel ini ini ditulis 700 warga negara Malaysia yang merdeka telah ditangkap, termasuk pemimpin, pemilik baju kuning dan wanita yang sedang bertahlil.

Tetapi ratusan ribu lagi sedang mara tanpa rasa gentar!

Saya tidak fikir imej kerajaan Umno-BN Najib lebih baik selepas tragedi ini. Saya fikir Najib bakal menerima nasib seperti Dr Mahathir dulu. Najib barangkali tidak terfikir ataupun mendapat gambaran yang salah tentang kekuatan rakyat,

Kita mohon, apalah sudi kiranya Payung Negara selepas ini memanggil Najib dan menasihatkan beliau semula agar selesaikan masalah berbangkit dengan perundingan, bukan mengisytiharkan peperangan dengan rakyat sendiri!

Friday, July 8, 2011

Fadzli akan lawan di mahkamah

KUANTAN, 8 Julai: AJK Dewan Pemuda PAS Pahang, Fadzli Ramly, 33, berikrar akan lawan habis-habisan di mahkamah ekoran penangkapannya di Rompin minggu lalu kerana memakai baju kuning Bersih.

Beliau semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan kerana mempamerkan logo pertubuhan haram.

“Saya rasa pendakwaan dan penangkapan saya hanyalah satu tindakan terdesak kerajaan, berniat jahat, zalim, tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan.

“Dakwaan hanya memakai lambang satu usaha mereformasikan sistem pilihan raya pada baju jelas menampakkan sikap pengecut kerajaan. Perhimpunan belum berlangsung, sedangkan perhimpunan patriot yang jelas sebuah pertubuhan tidak berdaftar memakai baju merah bertulisan ‘patriot’ dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

“Jadi ini jelas satu tindakan terdesak Umno yang takut melihat kebangkitan rakyat dan gerun berhadapan dengan realiti demokrasi,” katanya bersemangat ketika ditemui di luar mahkamah.

Semalam beliau bersama AJK PAS Dun Tioman, Abdul Manaf Hassan, 41, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 masing-masing dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula di mahkamah 20 Julai ini.

Sabtu lalu Fadzli yang juga seorang peguam bersama Abdul Manaf, telah ditahan polis kerana memakai baju Bersih selepas berceramah di Markaz PAS Kampung Mentara, Rompin kira-kira jam 11 malam.

Mereka dibebaskan kira-kira pukul 3 pagi dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

“Sebenarnya saya telah berhujah panjang lebar depan polis bahawa penangkapan seorang peguam adalah satu sikap bermain api dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

“Kalau peguam dilayan sebegini teruk, apa jaminan rakyat biasa boleh dilayan baik oleh peguatkuasa kerajaan?,” soalnya.

Tambahnya, rakyat bukannya mahu dilayan seperti warga kelas pertama tetapi cukuplah adil dalam pentadbiran dan tindakan.

Fadzli merupakan peguam pertama yang ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih.


Gambar-gambar dipetik daripada posting terbaru facebook Fadzli

~ Harakahdaily

Amanat sahabat

Salam, sahabat-sahabatku.

Tanah air kita berada di persimpangan sejarah bagi menentukan masa depan negara yang lebih gemilang atau kian kelam. Semuanya di tangan kita menentukan hala tuju dan masa depan negara serta bangsa. Kita tidak ada masa untuk berpeluk tubuh melainkan kita hanya bersedia menjadi pemerhati tanpa punya keberanian untuk turut serta membina tanah air tercinta ini yang lebih makmur, adil dan saksama.

Dari itu, ayuh saudara-saudara sekelian kita bangkit dan bangun, seiring jalan sederap langkah menuju ke medan juang. Walau apapun yang berlaku sehari dua ini. Tetap teguhkan hati dan semangat, bekerja untuk rakyat, jangan berpusing ke belakang, maju dan mara ke hadapan pantang mundur. Berjanjilah untuk kita berjuang demi tanah air hingga ke penghujungnya.

Semoga Allah Yang Maha Besar melindungi kita, negara ini dan memberikan kemenangan. Reformasi! Hidup rakyat! Allahuakbar!


~ Ahmad Nizam Hamid


Thursday, July 7, 2011

Jangan percaya SMS ini!

Pelbagai cara cuba diambil pihak lawan BERSIH 2.0 dengan 'menangguk di air keruh' bagi memastikan berlaku kecelaruan. Di Pahang terdapat sebaran meluas satu SMS berbunyi: "Sila ambil maklum: pihak penganjur bersetuju menanggong segala perbelanjaan makan, minum, pengangkutan dan tempat tinggal peserta (himpunan BERSIH). Sila datang ke pejabat PAS, DAP dan PKR kawasan masing-masing untuk urusan serta merta. Matlamat kita akan tercapai. Maklum juga pada rakan-rakan seperjuangan yang lain. dari 0199804948".

Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat menafikan pernah menghantar SMS seperti itu.

Selamatkan Pahang berkali-kali menghubungi nombor tersebut, tetapi tidak dilayan.

Diharap semua pencinta kebenaran dan keadilan mengabaikan sebaran SMS tersebut.

Wednesday, July 6, 2011

"Jika tak selesai kami tukar kerajaan"

TEMERLOH: "Jika tak selesaikan masalah tanah kami yang diceroboh Risda ini, kami akan tukar kerajaan", demikian ugut Roman A/L Achai dari Kampung Paya Mengkuang dekat sini.

Roman bersama kira-kira 50 Orang Asli suku kaum Jahut, dalam Dun Mentakab, membantah tindakan Risda yang menolak tanah dalam kampung mereka untuk ditanam getah.

Sudahlah kemasukan mereka tidak dibawa berbincang dengan penduduk, mereka kawasan tanah perkuburan nenek moyang juga habis ditolak.

Pencerobohan didakwa telah dilakukan sejak enam tahun lalu. Setelah getah ditanam, kebun tersebut pula diluluskan kepada orang lain bukan daripada kalangan mereka.

Di situ terdapat 643 orang penduduk dengan 153 penduduk.


Tuesday, July 5, 2011

Inilah buku yang menjadi tumpuan MB dalam ucapannya

Saya menerima telefon semalam, mengatakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Di raja Adnan Yaakob, dalam ucapan bulanannya kepada kakitangan awam negeri Pahang pagi semalam, telah menyentuh mengenai sebuah buku. Buku tersebut ialah '10 Tahun Setelah Bekas Guru Besar Menjadi Menteri Besar: Report Card'.

Sejak itu, buku yang ditulis dalam format mudah itu menjadi luar luar biasa larisnya!

1. Buku tersebut (gambar) menjelaskan dan membincangkan mengenai realiti sebenar pentadbiran Kerajaan BN Pahang, khususnya dalam tempoh “guru besar menjadi Menteri Besar”. Ia meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial.

2. Orang berkata Pahang memiliki khazanah tanah yang luas, namun kenapa hasil tanah yang tidak setimpal dengan kerancakan pembangunan di negeri ini. Bahkan hutang negeri menjangkau ke angka RM2 bilion.

3. Kebanyakan daerah berada di pinggir Sungai Pahang yang kaya dengan sumber air, namun kebayakan kawasan masih menderita ketiadaan bekalan air paip atau sering terputus. Ertinya pengurusan sumber air yang lemah menimbulkan masalah kepada rakyat. Mengapa? Dimana silapnya?

4. Semua anak-anak syarikat diberi keistimewaan mendapat kawasan balak dan tanah untuk dibangunkan. Tetapi anak-anak syarikat kerajaan negeri inilah yang membawa beban kewangan. Apa sebenarnya yang terjadi?

5. Tanah yang luas gagal mempelbagai dan memaksimumkan hasil pertanian, lokasi yang menarik dan pesisiran pantai kosong tanpa pembangunan pelancongan, bahan mentah yang mewah dan sumber yang strategik tetapi gagal menarik pelaburan.

Kenapa semua ini berlaku? Mahu tahu penyelesaiannya? Anda perlu memiliki buku kecil ini dengan harga RM5 sahaja hasil cetusan idea penganalisis.

Dapatkannya segera (sebelum kehabisan atau sesuatu berlaku) dengan menempah di talian: 013-9580104.

Titah Agung kemenangan awal rakyat cinta keadilan

Apa-apapun orang kata, saya menganggap Titah Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong semalam berkenaan Perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai nanti, merupakan kemenangan pertama kepada rakyat.

Biarpun Sultan Mizan tidak 100% menyokong BERSIH, namun jelas beliau tidak cepat menuduh kumpulan yang mahukan reformasi demokrasi pilihan raya itu sebagai komunis, pencetus huru-hara, dimasuki ejen asing, pengacau, pengguling kerajaan.

Bahkan beliau menegur kerajaan supaya memegang amanah dan melaksanakan keadilan yang dituntut rakyat. Ertinya apabila rakyat menuntut keadilan, bukannya mengisytiharkan negara ini darurat.

Ramai yang tertarik dengan Titah Baginda, "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

Bagi saya, masih ada ruang yang mahu mendengar suara yang dambakan keadilan di negara ini. Jika diikutkan kerajaan yang diterajui Umno, sesiapa saja yang memakai ‘baju kuning’ ditangkap. Pengeluar baju dilokap.

Saya pasti, Tuanku juga tida gemar dengan cara penangkapan sebegini, meskipun ada alasannya.

Alangkah baiknya jika Titah ini yang mahukan kerajaan bertindak secara adil dan bijaksana dapat dipatuhi. Bahkan BERSIH mahu menghantar memorandum kepada Tuanku juga ialah mahukan keadilan.

Semua orang tahu, setiap kali pilihan raya media perdana hak milik kerajaan termasuk media cetak dipergunakan sepenuhnya berkempen untuk Umno/BN, dan semua agensi kerajaan dipergunakan semahu-mahunya termasuk beberapa peruntukan segera dikeluarkan ketika kempen pilihanraya sedang berjalan.

Di pihak Pembangkang pula, akses kepada media tidak diperolehi langsung. Pembangkang tidak diberi ruang untuk mereka menggunakan media kerajaan bagi menyampaikan dasar atau manifesto mereka walaupun sekadar 5 minit. Bahkan, Pembangkang terus difitnah dan diperburukkan tanpa mereka diberi peluang untuk menjawab. Ini semua ketidakadilan yang jelas berlaku.

Titah Tuanku, yang mahu agar kerajaan bertindak secara bijaksana juga gagal dilakukan. Najib selaku Ketua Kerajaan sewajarnya bertindak dengan bijaksana apabila BERSIH mahu mengadakan perhimpunan aman ini. Salah satu caranya, BERSIH diberi ruang untuk berhimpun dengan mendapat kerjasama dari pihak keselamatan. Di dalam masa yang sama, pihak yang tidak sependapat dengan BERSIH juga diberi hak yang sama berhimpun tetapi bukan bersamaan dengan tarikh perhimpunan BERSIH. Sudah tentu BERSIH sedia berbincang dengan pihak mereka agar dapat bersama-sama merancang jadual perhimpunan yang berlainan.

Titah Baginda lagi, " Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik".

Kita faham dengan titah Baginda ini. Sudah sememangnya kitapun mahukan kedamaian dalam negara tetapi bukannya dengan menggadaikan demokrasi. Kita bukannya mahu beramuk-amukan sesama sendiri seperti yang dikehendaki Perkasam, sebab kita ada agama.

Bahkan kita mahu pergi ke kuala Lumpur dengan aman sambil membawa anak-anak, bukannya membawa senjata. Kita juga tidak mahu ditangkap.

Kita tidak mahukan huru-hara, buktinya Pengerusi BERSIH Ambiga, sanggup membatalkan himpunan jika Agong berkenan menerima mengadap untuk menerima memorandum rakyat. Itu lebih baik supaya kita boleh jelaskan kepada baginda semua kepincangan.

Lebih baik menjelaskan kepada baginda segala yang terbuku daripada menjelaskan kepada kerajaan yang hanya kenal bahasa ‘tangkap’ dan menutup semua pintu perundingan!

Al Fatihah - Anak Ustazh Nuridah meninggal dunia

Anak bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh telah meninggal dunia semalam selepas kira-kira sebulan menjalani pembedahan kerana ketumbuhan pada tulang belakangnya.

Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, telah meninggal dunia di Cape Town iaitu tempat pengajian beliau dan dikatakan tidak mampu menggerakkan badan beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah tiba di rumah keluarga Alljavascript:void(0)ahyarham di Taman Melewar, Gombak pada pagi ini.

Ustazah Nuridah yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dikatakan masih dalam perjalanan dari Australia ke Malaysia setelah menyertai misi dakwah di Negara tersebut.

Warga Pahang Selamat mendoakan agar Ustazah Nuridah sekeluarga tabah dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah.

Monday, July 4, 2011

Lambang PAS ‘diputihkan’ sempena keberangkatan sultan

BERA: Demi untuk mengampu, menunjukkan kekuatan palsu dan takut dengan bayang-bayang sendiri, upahan Umno dipercayai telah bertindak menyembur cat warna putih sepenuhnya kepada mercu tanda PAS Cawangan Felda Purun.

Tindakan pengecut itu dipercayai dilakukan sejurus sebelum keberangkatan tiba DYMM Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, ke perkampungan Felda berkenaan minggu lalu.

Sehingga kini tidak diketahui siapakah individu yang bertanggungjawab dan apakah tujuan mereka melakukan sedemikian.

Bagaimanapun, ahli-ahli PAS di cawangan berkenaan bertekad dan makin bersemangat untuk memulihkan kembali mercu tanda yang dianggap syiar kekuatan PAS di tanah rancangan tersebut.

Felda Purun pernah menjadi kubu PAS paling kuat antara tanah rancangan di Bera dan seluruh Pahang pada satu ketika dulu dengan acap kali peti undi tersebut dimenangi PAS dalam pilihan raya.


Saturday, July 2, 2011

Bolehkah jaga undang-undang dengan melanggar undang-undang?

Tindakan polis yang mengugut mahu ‘menahan sebelum perhimpunan’ dan menahan mereka melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu perbuatan melanggar undang-undang negara ini sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badarudin berkata, jika ini dilaksanakan ia jelas bercanggah dengan undang-undang kerana penahanan dilakukan sebelum sebarang kesalahan dilakukan.

Akhbar Sinar Harian hari ini di bawah tajuk ‘Tahan sebelum perhimpunan’ melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak menolak kemungkinan menahan penganjur perhimpunan haram Sabtu depan termasuk menahan mereka di bawah polis akan mengambil apa jua bentuk tindakan undang-undang bagi memastikan perhimpunan tanpa permit itu tidak diteruskan.

“Jika belum berhimpun, iaitu belum melakukan kesalahan sebagaimana menurut kaca mata polis rakyat sudah ditangkap, tidakkah ini melanggar undang-undang?

“Bagi saya polis boleh bertindak begitu tetapi terlebih dulu mestilah mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agung untuk diisytihar negara ini di bawah perintah darurat. Baru boleh tangkap sebelum rakyat melakukan kesalahan,” hujahnya.

Mengenai ugutan mengenakan ISA, Syed Ali berpendapat negara ini sudah mahu berundur ke belakang kepada tahun 1960 iaitu sewaktu perisytiharan darurat.

Sedangkan perhimpunan aman hanya mahu menuntut reformasi dalam pilihan raya yang mana pintu perundingan tidak dibuka.

“Saya fikir mengenai perkara sebesar ini, rakyat dan raja-raja Melayu juga sepatutnya dibawa berunding. Sudah tentu tidak sewajarnya hanya dibiarkan antara Umno, kerajaan dan polis sahaja yang membuat keputusan sebesar ini!”


Friday, July 1, 2011

Pelajar sekolah dikerah promosi program Umno?

Seorang guru mendakwa, besok (Sabtu), seluruh sekolah di Malaysia akan bersekolah semata-mata untuk mempromosi program Umno iaitu 1 Murid, 1 Sukan 1 Malaysia. Peringkat Kebangsaan akan diadakan di padang Explanade, Taiping. Program mempegunakan pelajar itu akan dicatat dalam Malayisan Book of Record.

Menurut laman web Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Majlis Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) pada 02 Julai 2011 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 7.45 pagi. Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah Larian Serentak 1M
1S 1Malaysia seluruh negara.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep larian serentak , semua sekolah dikehendaki terlibat dalam pelancaran larian serentak 1M 1S pada hari dan waktu yang sama anjuran.

“Umno takut Bersih 2.0 berjaya, jadi diperalatkan budak-budak sekolah untuk promosi 1 Malaysia. Tarikh “mengejut” 2 Julai mungkin kerana pada hari itu diarahkan pemuda-pemuda memakai baju berwarna kuning lambang Bersih”, katanya.

Umno upah budak-budak demo depan pejabat PAS

TEMERLOH: Umno disyaki mengupah 20 orang budak-budak sedang jaras membuat demonstrasi di depan pejabat PAS Pahang, di jalan Dato’ Bahaman di sini.

Salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 – RM30 seorang daripada pihak tertentu.

Mereka yang kononnya mengaku NGO Temerloh membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Budak-budak tersebut dikenali datang dari kampung-kampung Belengu, Jalan Bahagia, Bukit Kelulut dan Paya Keladan memegang sepanduk sambil dan memekik perkataan “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS.

Mereka kemudiannya bertempiaran lari dan menonggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita.

Anggota Unit Amal, YB Syed Hamid, Lawyer Nizam serta ahli-ahli PAS kelihatan turut berkumpul di depan pejabat PAS sambil memerhatikan gelagat budak-budak baru lepas sekolah itu.

Sejak semalam, SMS berlegar mengatakan ada kumpulan yang mahu berdemonstrasi di depan pejabat PAS selepas Solat Jumaat hari ini.